October 27, 2005

saya pasrah untuk kesekian kalinya

saya baru pulang dari ipoh. dari pejabat setiausaha kerajaan negeri. dari bilik mesyuarat B1. dari menghadiri temuduga untuk M41 Pegawai Tadbir dan Diplomatik. letih. sesi 15 yang cukup lama untuk memerah otak hingga hampir berdarah. dua orang pegawai penemuduga yang datang bersama soalan soalan bombastic yang membuatkan aku terasa diriku semakin kecil, huhu. harapan? entahlah. bukan aku malas untuk berharap. atau berhenti untuk berharap. harapan tetap ada untuk digantung. jika ada peluangnya, dan ada rezeki yang telah ditetapkanNya insyaAllah. berkat doa Guru, Ibu dan Bapa, serta saudara-mara dan sahabat handai, di bulan ramadhan penuh berkat ini kumengharapkan ada sedikit titipan dan harapan untuk aku. cewah, macam jiwang karat pulak. keputusannya akan diumumkan disember ni. entahlah...

October 24, 2005

jobstreet.com

tak sangka plak aku rupanya laku jugak ye ijazah chemical engineering aku ni, hahaha.. setelah sekian lama aku dok apply thru jobstreet.com for jobs (rasanya dah tiga tahun lebih), barula hari jumaat lepas ni Agni Chemical call for interview sebagai chemical engineer kat kilang di seksyen 15 shah alam (i applied for the job last two months i guessed). hehehe.. company tu call for an interview on saturday morning at 11 am, dan pastinya aku xkn dpt nk pegi sbb notis terlalu singkat, lgpun tmptnye jauh. so dia kata bole dtg on monday 10 am. i said i'll try but yet i'll call if i couldn't make it. kadang tu aku terfikir gak kenapa masa aku nk sgt jd engineer tp xde satu company pun nk panggil aku keje, tp bila aku tak terasa mcm nk keja sbg engineer plak, masa tu la ada offer dtg (walaupun baru intebiu dan x tentu lg nk dpt job tu). semestinya ada hikmah di sebaliknya tu kan. kadang kadang tu aik fed-up jugak dgn jobstreet ni. x tau la sejauh mana keberkesanannya dalam membantu graduan kita mencari kerja. kadang aku menyampah sbb xde satu pun application aku yg lepas. ke mmg sijil aku tu x qualified utk semua job offers yg ditawarkan thru jobstreet tu? nak nak pulak masa aku pegi walk-in inteviu utk petronas yg jobstreet anjurkan tu. first stage penapisan oleh jobstreet je dh x lepas. pemilihan mcm terlalu rigid, qualification x dipertimbangkan langsung kalau x ikut spec yang diberikan. lemah betul aku. dah le jauh pegi ke kl tu. bgn awal pagi. x smp 30 minit kat situ, dah kena balik ke ipoh. isk isk.. letih jugak. tp aku amik tu sbg satu experience yg baik utk aku. apa nak buat, dah bukan rezeki aku.

hari kamis ni ada satu lagi intebiu, tp bukan yg diapply thru jobstreet. yang ni adalah yg aku apply thru SPA. untuk PTD - lagi skali! aku failed the interview last few months, so dia pnggl lg skali for second chance without requiring me to attend the exams and assessment. masih dlm pertimbangan sebenarya sama ada untuk meneruskan atau tak. tapi harapan ibu supaya aku meneruskan saja. entahlah (aminuddin's fav word, hehe).. Tuhan, berilah aku petunjuk dan hidayahMu. andai inilah jawatan yang sesuai untuk kubawa dalam meneruskan perjuangan ini, berilah aku sedikit kekuatanMu dalam mengharungi segala ujian dan cabaran untuk mendapatkannya. amin.

October 20, 2005

al-Fatihah

my deepest condolences to Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia's fifth Prime Minister and family - di atas kehilangan seorang insan tercinta - Datin Seri Endon Mahmud, yang telah kembali ke rahmatullah pada 7.55 pagi tadi. semoga keluarganya diberikan kesabaran dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. al-Fatihah.



October 19, 2005

takkan melupakanmu

new hit in my head. a song by indonesian band called - radja, said to be as top and as favored as peterpan in malaysia's music industry.



saya sedih

saya sedih. kawan kawan saya tak mau join majlis buka puasa yang utp alumni anjurkan. diorang wat majlis buka puasa sendiri. alasannya tempat yang dipilih tu jauh dan sesak lalulintasnya. saya sedih. sebab hari sabtu tu adalah hari cuti. apalah salahnya kalau semua keluar awal sikit untuk sampai ke tempat majlis tu. saya sedih. sebab mereka sanggup memulaukan saya macam ni. saya sedih. kalau mereka sekadar buka puasa di rumah saya tak kisah. saya sedih. sebab mereka sanggup anjurkan majlis lain untuk menggantikan majlis yang utp alumni anjurkan. saya sedih. saya sangat sedih.

October 7, 2005

kene tag lagi!! SEVEN~

've been tagged again, kali ni by NEKZA. sakit otak gak memikirkan perkara ni, hehe.. neway, enjoice~

seven things I plan to do before I die:
1) own a house and a car (first, have to get a job la!!)
2) get married.. have kids (or just one kid) (ni tiru nekza, hehe)
3) drive F1 car - nk kereta Kimi Raikkonen hehe..
4) beli SLR digital sebijik dan shoot gmbr sesuka hati di mana saja
5) beli henpon/PDI baru dan beberapa gadget canggih untuk komunikasi
6) hantar mak ayah pegi haji (mampukah aku?)
7) to see Rumah Persatuan PSSCMCP siap dibina :)

seven things I could do:
1) i could be in front of the PC from 8am-5pm, dari masuk opis smp punch out!
2) i could watch TV all day
3) i could sleep and sleep and sleep sampai sakit otak! haha
4) i could eat and eat smp kadang² mt housemate kepelikan dgn my tabiat makan
5) i could drive for hours and sing along the radio loudly in my car
6) i could talk talk and talk sampai kadang mak saya malas nk layan saya bercakap
7) i could play chuzzles for hours until i kept thinking of it even when i'm at home

seven celebrity crushes:
1) Faizal Hussain (zaman skolah rendah dulu)
2) Azhar Sulaiman (tiru nekza lagi, hehe)
3) Prince William (walaupun dia budak kecik)
4) Rosyam Nor (walaupun dia bapak orang)
5) Kimi Raikkonen
6) Azmi Aziz
7) Wahid Senario, hehehe...

seven often repeated words:
1) laaa ya ka..
2) oo ok
3) erm, baik!
4) tu la, dah kata tadi
5) bongek betul la
6) sengal la
7) huh? serius?! (tiru nekza lagi)

seven physical traits I look for in the opposite sex:
1) gigi yang cantik dan putih berseri :)
2) rambut warna asli (no dyeing).. dan wangi, hehe
3) those eyes yang sangat tajam menusuk kalbu.. wahaaaa (tiru ayat nekza lagi, haha)
4) taller than me and not too skiny
5) a bit tan, not too fair, satgi jambu sgt pun payah gaks, hehe
6) no misai and janggut is more preferable
7) sempurna di pandangan mata saya, hehe

seven tags go to:
1) masfarita
2) suhana
3) wardina
4) melor
5) shariza & zen (dua² pun buat kalo nk, hehe)
6) rafael (walaupun dia malas nk buat benda ni)
7) aznor

selamat bertagging kengkawan seme~ sorila nekza, aku trpksa tiru hang nye ayat sbb aku dh xtau nk tulis apa, huhu.. dan kebetulannya ada ayat tu yg mmg le nk sama, hehe..

October 5, 2005

cerita berterabur

helo helo.. bertemu lagi di alam siber, hehe.. dah lama aku x post entry utk blog ni.. walaupun x ramai yg baca blog aku ni aku ske² je pun nk post, koman² pun aku jugak yg akan baca balik apa yg aku postkan hehehe... sedar sedar je dh masuk bulan oktober.. tnggl 3 bulan lg untuk ke tahun 2006.. cepat sungguh masa berlalu.. hr ini 5 oktober bersamaan 1 ramadhan... selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berpuasa.. semoga segala ibadat kita diterimaNya..

bila bercakap psl oktober, mengingatkan aku kpd nobel prize. lecturer EEE aku dulu selalu ckp, oktober ialah bulan Nobel Prize. apa itu nobel prize? aku pun x brp pasti. tp yg aku tau ialah nobel prize dianugerahkan kepada mereka yg berjaya membuat breakthrough atau penemuan baru dlm bidang² tertentu, cth fizik, kimia, ekonomi, peace dan perubatan.. sebut ttg penemuan baru, supervisor aku kata, projek yg aku sedang buat ni pun adalah satu penemuan yang baru dalam bidang kimia. so, adakah aku layak menrima nobel prize? hahahahaha.. lawak bodoh je nih, haha..

mnggu lps aku jmpa supervisor untuk mengupdate keje² aku yg dah dibuat selama sebulan. apakah update itu? xde progress!! supervisor aku bengang, dia tny aku apa masalah aku sbnrnya. dia kata rektor dh mula tny kenapa projek aku x siap lagi. dan org lain pun turt tanya kenapa aku masih di sini, dia kata seolah mereka tu menyalahkan dia yg menyebabkan aku x grad smp skrg.. siap bole nangis nangis lagi, huhu.. kesian plak aku tgk dia nangis tu, tp apa bole buat?? aku senyum je la, haha.. dia tu sbnrya pressure sbb kena marah ngn bos dia.. pastu dia cuba nk pressure kau tp last² dia yg nangis plak, so how? pasrah je la kan.. esoknya tu aku miting lg ngn dia.. plan bbrp kerja yg perlu disiapkan dlm masa 2 minggu.. insyaAllah aku akan cuba siapkan. dia mntk aku pndh ke blok 3, bilik roi, supaya dkt dgn equipment dan dia pun senang nk cari aku.. so pasni, susah le skit nk update blog ni sbb kat opis roi xde internet access.. mungkin dlm seminggu aku bole dtg ke opis aku ni smula untuk wat mende² yg perlu yg berkaitan dgn internet.. aduila.... tertekan jugak rasanya, tp apa bole buat, pasrah je la lagi skali...

lagi satu perkara yg hangat diperkatakan skrg ialah pasal demam denggi. aedes mengganas di beberapa tmpt. ustaz ngn maktam penah citer pasal umah derang kat setapak kl. nyamuk mmg byk. maktam kata dia selalu bakar sampah untuk menghalau nyamuk yg bersembunyi di balik pokok dan rimbunan semak. ustaz kata mmg berkesan cara tu.. nyamuk mmg terbang bertempiaran sbb x tahan ngn asap sampah tu. tp asal bakar sampah je jiran tetangga mula la keluar, cekak pinggang, marah sbb asap masuk ke dalam rumah derang. dh brp kali pun kena warning dgn bandaran tp maktam wat dek je. hehe.. mmg cool abis.. dan skrg, setapak tu mmg kawasan yg ada nyamuk aedes yg byk. kira kawasan kritikal la tu.. tu la.. lainkali bakar la sampah tu.. biar nyamuk tu lari.. jgn bg nyamuk dok wat rumah kat situ... tp degil.. x nk dgr ckp org.. konon nk jg kebersihan udara, tp last² sapa yg susah.. mereka dan keluarga mereka...

ok lah tu je yg aku larat nk taip kali ni.. sakit tekak la.. agaknya sbb mkn ikan terubuk ngn sambal kicap smlm.. huhu.. adios cikapot kengkawan seme...