November 16, 2006

saja sesuka - silalah jawab ye

hehe.. amek kat blog nekza.. kepada para pengunjung blogku (yang seciput je, hehe) silalah jawab soklan² ni kalo rajin ye.. kalo malas pun kena jugak, hahaha!

1. Who are you?
2. Are we friends?
3. When and how did we meet?
4. Do you have a crush on me?
5. Would you kiss me?
6. Give me a nickname and explain why you picked it.
7. Describe me in one word.
8. What was your first impression?
9. Do you still think that way about me now?
10. What reminds you of me?
11. If you could give me anything what would it be?
12. How well do you know me?
13. When's the last time you saw me?
14. Ever wanted to tell me something but couldn't?
15. Are you going to put this on your blog and see what I say about you?

cheers~!!

November 14, 2006

macam² hal aje ye..

hal 1
hari jumaat lepas, pulang dari majlis sambutan aidilfitri kat dewan intim ngn ahli ksc poli ungku omar, rabung je bersembang ngn nazri dan arif dlm kreta. dari ipoh pun dah 12 lebih.. sampai di sekitar tronoh dah kul satu lebih.. kelajuan kereta cuma sekitar 70-80km/j je.. silau pun memalam, x bleh bawak lelaju. sampai kat selekoh je tetiba terlihat sekumpulan kerbau melintas! ya Tuhan.. dalam hati punyala saspen. kaki tekan brek cepat², tgn kanan pegang stereng kuat², tgn kiri dah mendepang nak menahan nazri drpd terkejut. kereta dibawak rapat ke tepi kiri jalan. skali si ketua kerbau tu toleh pandang kat kereta dan lantas berpatah balik! adeh la.. alhamdu lillah.. selamat.. mujur la kreta blkg pun bawak pada jarak yang jauh.. jantung? bagai nk tercabut dari tangkainya.. adeh adeh.. balik rumah.. solat.. baca yaasin.. syukur seme selamat...

hal 2
hari sabtu plak.. balik dari rumah Guru Utama di bm.. alhamdu lillah.. Guru Utama beransur baik menurut maktam.. cuma keletihan.. fatigue.. bukan setakat tiredness.. perlukan rehat yang byk. gerak balik dari rumah GU jam 12.15 mlm. singgah dulu mkn char kuey teow kat pekan BM (wajib sggh ni especially kalo abghalim turut serta dlm rombongan tu.. huhu). jadinya, kul 1 lebih gak le baru nk gerak balik ke utp. sampai katjelapang dh dkt pukul 4.. mengantuk? x de la sgt, tp masa kul 2 lebih tu mmg ala ngantuk skit. nyanyi la, apa lagi. sian bebudak tu, haha. sape suh tido, x sembang ngn aku, kalo x, x payah la nk dgr aku nyanyi. hehe. sampai dkt ngn area traffic lite kat siputeh, tetiba ada plak kucing hitam melintas! bole plak berenti kat tgh tu dan pandang kreta aku, hijau matanya! apa lagi... innalillah la jawabnya.. panjang mengucap aku.. mntk maaf la kucing ya.. mmg x smpt.. kat blkg pun ada van, laju plak tu.. sampai kat rumah.. tido.. esok baru la dibasuh dan ditawasulkan keretaku itu.. 3 kali.. huhu..

hal 3
lepas je menembak dengan mahadhir kat tepi kolam yg byk munge teratai tu tghari td, aku pun balik la ke rumah.. nk makan nasik kerabu yang dibeli pagi tadi. tgk dlm peti pos, ada bil air. aku pun amik dan menelek.. uiks? 203.34rm! biar betik ni. tgk pada bil bulan lepas baru 40 lebih je.. x bleh jadi ni. mesti ada yg x kena. aku tgk meter kat depan rumah. mak aiiii!! lajunye berputar.. harus ada kebocoran la ni. tgk pada paip kat dpn rumah, ada bunyi mcm bocor. tgk pada longkang, byknye air meleleh. konfem! adeh la.. ralat sungguh rasanya. sbbnya mmg dh dgr bunyi tu hr ahad lepas masa basuh kereta. rupanya paip bocor. pakcik paip tu plak x bleh dtg hr ni, esok baru boleh.. erm.. duit mengalir laju bak air.. benar la kata orang.. adeh..

hal 4
yang ni hepi bercampur sedih skit. hepi sebab... i'm in! hehe.. sila lihat gmbr di bawah hehe. dah dpt masuk conference CUTSE 2006 kat miri tu. yg x hepinya, financial support belom clear! adeh... IK akan balik esok dr edinburgh. kamis la tu baru dpt approval. harapnya by friday dh konfem, nk beli teket lagi.. nak confirm lodging lagi..



hal 5
paling sedih. paling sedih apabila kau memalingkan wajahmu di saat aku berada paling cinta pada kamu..

"Sia-Sia Sudah Kita Jalin Cinta
Bila Hati Selalu Berbeda
Sampai Kapan Lagi Ku Harus Menahan
Rasa Kecewa Di Dalam Dada
Seandainya Kita Masih Bersatu
Tak Mungkin Kan Menyatu
Walau Masih Ada Sisa Cinta
Biarkan Saja Berakhir Sampai Di Sini
Tiada Lagi Yang Ku Harapkan
Tiada Lagi Yang Ku Impikan
Biar Aku Sendiri Tanpa Diri Mu
Tiada Lagi Kata Cintaku
Tak Kan Lagi Ku Bersamamu
Biarkan Ku Simpan Semua Kenangan Ku Bersama Mu..."

November 9, 2006

saja nak kongsi

Ilmu silat bawa Steven Eric Krauss kepada Islam

PENGALAMAN hidup yang dilalui oleh setiap individu adalah berbeza. Dalam melayari kehidupan juga, banyak persoalan timbul tetapi gagal untuk mencari jawapan yang sering berlegar-legar di fikiran. Begitulah kembara hidup yang ditempuh Dr. Abdul Lateef Abdullah atau Steven Eric Krauss dalam perjalanannya menyahut seruan Islam.


Pensyarah berusia 34 tahun ini yang bertugas di Jabatan Pembangunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), menyifatkan Cikgu Sulaiman sebagai individu terpenting yang membawanya menyelami agama Islam.

Menurut beliau, Islam memberinya jawapan kepada persoalan mengenai kewujudan Tuhan yang dicari-carinya selama 26 tahun menjadi penganut Kristian Protestan.

“Jiwa saya lebih tertarik kepada pembinaan rohani dan mula mencari-cari sesuatu yang bermakna dalam hidup. Ketika itu, saya menyedari bahawa terdapat banyak persoalan yang tidak mampu dijawab seperti Tuhan dan sebagainya,” cerita Lateef yang memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Ekonomi dari Universiti Delaware, Amerika Syarikat (AS).

Jalan menuju keislaman bermula ketika beliau menuntut di Universiti Columbia New York pada 1998 bagi mengikuti pengajian peringkat sarjana. Lateef tinggal sebilik dengan rakannya, Seth yang beragama Yahudi. Seth mengikuti kelas silat gayung iaitu seni mempertahankan diri orang Melayu yang berasaskan kepada ajaran Islam.

Setiap kali pulang dari kelas, Seth menceritakan keunikan silat hingga pada suatu masa ia menarik perhatian Lateef untuk turut sama menyertainya. Atas dasar ingin tahu, beliau mula mengikuti kelas silat bersama-sama dengan Seth di bawah tunjuk ajar Cikgu Sulaiman. Tanpa diketahui, jiwa halusnya disuntik riak-riak keislaman sejak mengikuti kelas tersebut buat pertama kalinya pada 28 Februari 1998.

Akui Lateef, beliau cukup tertarik dengan pendekatan Cikgu Sulaiman mengajar silat yang mengaitkannya dengan konsep mengenali Allah dan mengagumi kebesaran-Nya. Silat juga banyak berkait dengan pembinaan kekuatan dalaman dan spiritual.

“Ia bukan sahaja berkaitan dengan silat tetapi cara Cikgu Sulaiman mengajar dan falsafahnya begitu menarik. Bagi Cikgu Sulaiman, apa sahaja agama dan kepercayaan yang dianuti, kita perlu menjadi pengikut yang baik dengan mengikut setiap perintah dan amalannya.

Maksudnya, kalau anda seorang Yahudi atau Kristian jadilah penganut yang baik.

“Sejak mengikuti kelas silat, Seth banyak berubah dan menjadi seorang yang alim walaupun sebelum itu dia tidak mementingkan agama,” cerita Lateef mengenai keistimewaan Cikgu Sulaiman.

Untuk mendalami Islam, beliau dan Seth pernah tinggal selama dua bulan bersama-sama Cikgu Sulaiman dan keluarganya. Dalam tempoh tersebut, Lateef berpeluang melihat kehidupan dan amalan sebagai orang Islam seperti mendirikan solat, berdoa dan berzikir. Walaupun Seth berminat dengan Islam tetapi hingga kini difahamkan masih belum memeluk Islam. Berbanding dengan Lateef, beliau menemui jawapan yang dicari-carinya selepas mengenali Islam melalui Cikgu Sulaiman.

“Sejak belajar silat, saya merasakan kesempurnaan jiwa, minda dan pemikiran. Apabila kemahiran silat semakin bertambah, ilmu pengetahuan mengenai Islam juga semakin meningkat. Tambahan pula, ketika itu, saya sedang tercari-cari sinar baru dalam hidup setelah merasakan agama dianuti tidak mampu memberi jawapan kepada persoalan saya mengenai ketuhanan dan spiritual,” ujarnya yang mengambil keputusan melafazkan syahadah pada 30 Julai 1999.

Buat pertama kali Lateef menemui ketenangan jiwa dan panduan yang akan membawanya ke arah jalan yang benar dengan berpaksikan kepada kebesaran Allah s.w.t. dan kitab suci al-Quran.

“Saya percaya kepada kewujudan Tuhan semasa menjadi penganut agama Kristian tetapi setelah memeluk Islam, saya melihat kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia amat berkait rapat dengan setiap perkara yang kita lakukan seperti memandu kereta, makan dan bekerja.

“Allah s.w.t. sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Ini membuatkan saya merasakan agama Islam sangat unik. Tidak dinafikan, sebagai orang Barat, mereka juga mencari persoalan yang sama iaitu tentang kewujudan Tuhan. Dan Islam adalah jawapan kepada pencarian saya selama ini,” tambahnya.

Lebih manis, selepas empat bulan memeluk Islam, atas ketentuan Allah, beliau dipertemukan dengan Dr. Latiffah Hassan, 35, yang ketika itu menuntut di Universiti Cornell, AS pada peringkat Doktor Falsafah (PhD). Enam bulan kemudian iaitu pada Jun 2000, mereka berkahwin. Sejurus Latiffah tamat pengajiannya, mereka kembali ke Malaysia pada 2001.
Perkahwinan dengan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Veterinar, UPM itu yang telah mencecah usia enam tahun mengurniakan mereka dua cahaya mata, Maryam Jameelah, 4, dan Mohd. Adam Firdaus, tiga bulan.

“Sekali lagi Cikgu Sulaiman membantu saya dalam urusan perkahwinan termasuklah menghubungi bapa Latifah untuk mewalikan hakim isteri saya kerana beliau tidak dapat hadir.
“Kami juga menempuh pengalaman yang cukup menarik apabila diraikan dalam satu majlis perkahwinan tradisional Melayu lengkap berpakaian songket dan persembahan silat,” jelasnya.
Kata Lateef, ibu mertua Cikgu Sulaiman yang datang ke New York turut membawa kelengkapan perkahwinan termasuklah perhiasan dan sebagainya.

“Lebih menarik kerana ia turut dihadiri oleh tetamu berbilang agama seperti Yahudi serta Kristian,” tambahnya yang menyifatkan Latiffah sebagai wanita yang sangat istimewa dalam segala aspek.

Selepas bergelar Muslim, pandangan Lateef terhadap prospek kehidupan semakin berkembang luas terutama menjaga hubungan yang baik dengan ahli keluarga. Katanya, di AS, ibu bapa yang telah tua selalunya menjadi beban kepada anak-anak tetapi Islam mengajar agar setiap umatnya bertanggungjawab kepada ibu bapa walaupun mereka sudah tua.

Secara tidak langsung Islam mendidiknya supaya menjadi anak yang lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan ayahnya sudah meninggal dunia pada 2002.

Kini, ibu dan kakaknya menetap di Pennsylvania, AS. Banyak nilai dalam hidupnya sudah berubah dalam usaha meningkatkan kualiti hidup.

Menurut Lateef, Cikgu Sulaiman kini berada di Bayan Baru, Pulau Pinang dan masih mengajar silat gayung kepada anak muridnya. Malah hubungan baik yang terbina antara Lateef dan Cikgu Sulaiman masih diteruskan hingga ke hari ini.

Beliau menggambarkan Cikgu Sulaiman sebagai lelaki yang dinamik dan pernah merantau ke beberapa buah negara. Cikgu Sulaiman pernah menetap di Jerman selama tujuh tahun dan kemudiannya di AS selama 13 tahun.

Malah dia dan isterinya mempunyai restoran di Philadelphia dan sekolah berasrama penuh yang mempunyai 30 pelajar Islam AS. Semua orang mengenali mereka dan sekolah tersebut.

*Disoal siasat

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba semua keadaan tersebut berubah selepas peristiwa 11 September 2001. Orang Islam tidak kira berasal dari negara mana menjadi suspek dan disoal siasat.

“Keadaan ini menyebabkan Cikgu Sulaiman dan keluarganya mengambil keputusan pulang ke Malaysia dan menetap di Pulau Pinang,” ujar Lateef mengenai kesan peristiwa tersebut ke atas masyarakat Islam di AS.

Beliau yang memperoleh PhD dari UPM pada tahun lalu dan merupakan penulis jemputan untuk islamonline.net berpendapat, wujud banyak perbezaan dari aspek pembangunan dan pendidikan Islam di AS dan Malaysia. Jelasnya, Islam di negara ini mempunyai susur galur sejarahnya tersendiri yang tidak boleh dipisahkan dengan budaya.

Berbanding di AS, hampir 70 peratus penduduknya masih menganggap Islam adalah perkara baru bagi mereka. Situasi ini menyebabkan masyarakat Islam termasuk saudara baru sukar untuk mempraktikkan agama itu.

Selain itu, cabaran utama yang perlu dihadapi saudara baru ialah kekurangan guru agama walaupun ramai yang berminat mendalami Islam.

“Ketika di AS, saya tidak terlepas berhadapan dengan masalah ini. Keadaan ini amat sukar kerana sebagai saudara baru, kita memerlukan panduan dan bukannya hanya belajar dari buku-buku dan Internet. Bahkan sokongan keluarga juga amat diperlukan,” katanya.
Selain Cikgu Sulaiman, beliau turut belajar mengaji daripada Ustaz Johari yang ketika itu berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Washington. Lateef bekerja di Washington selama tiga tahun selepas menamatkan pengajian peringkat sarjana.

(Dipetik dari Utusan online)

November 2, 2006

derma organ? derma darah?


sbnrnya bole ke x?

setitik darah yang baru akan terhasil daripada makanan yang kita makan, 40 hari tempohnya. bole ke senang² nak bagi pada org lain. pada siapa yang kita nak bagi? saidatina siti khadijah r.a. pernah menyatakan hasrat untuk memberikan sebarang organnya kepada para pejuang peperangan menegakkan syiar islam di zaman rasulullah. tapi... itu pejuang di jalan Allah. kita? kita nak bagi pada siapa? tahukah kita? entah kan pada pemabuk yang kemalangan di jalan raya. entah kan kepada bakal pengkhianat bangsa, pengkhianat negara, pengkhianat agama. entah pada siapa? entahlah.

bagaimana jika nanti bila pulang ke sana, ditanya pada kita- di mana paru-parumu? di mana sebahagian hatimu? di mana buah pinggangmu? di mana korneamu? sedang semasa dihantar ke bumi ini, semua itu lengkap. ku kira ianya sama saja seperti amanah yang tidak dijaga. bagaimana dengan kalian? bukankah begitu adanya? entahlah.

bagaimana pula kiranya yang memerlukan itu saudara kita? ibu misalnya? ayah? atau adik dan abang? bagaimana? entahlah.

(...bersambung nanti)

November 1, 2006

tahniah kepada waq :)

entry untuk waq. tahniah, menang 2 hadiah merit. mekaseh le belanje kitorang minum dan makan popiah ritu, hehe. lenkali bole le outing lagi :P