February 20, 2006

hujung minggu bukan di tronoh

arrived around 5.30 di perkarangan masjid klcc. way to convention centre utk opportunity meeting sempena launching herbalife di malaysia. heran betul aku dengan aksi dan lagak orang² yang wat multilevel marketing ni. hehe.. sgt aktif. tak pernah aku sebelum ni join mana² pelancaran dan perjumpaan macam ni.. we met gina, abgroslizan's upline from south africa. very nice and cool lady. siap blanja kitorang minum di chinoz on the park untuk air yang berharga rm10-rm12 segelas! adui la... kalo x kerana ni mestila xde peluang aku nk minum kat situ, mahai gilos, hehe..

malam lepak di al-malik danau kota dengan abgnordin skali. ramai gile org kat situ sbb layan liverpool dan MU (liverpool menang 1-0). dan kul 11.30 baru la balik ke rumah makteh.. sian makteh.. penat dia tunggu aku malam tu.. sori ye makteh.. sebelum sampai rumah makteh kitorang mntk abgroslizan tunjukkan rumah almarhum ustaz hanafi, dekat je ngn rmh makteh aku. au2a/20. agak speechless bila dpt tgk rumah almarhum. sedih pun ada, gembira pun ada. sebak sikit. tidak terkata dh lps tu.

ahad pagi naik lrt ke klcc dan join abgroslizan, abgbudi dan nasir. japgi tu abgalip dan nani pun ada. abgnordin pun. seminar dari pukul 10 pagi sampai 4.30 petang.. letih, huhu.. tp menarik gak seminar tu.. memberikan semangat, hehe.. pas abih tu makan kat warong perasan kampung baru. (this is where i heard the bad news.. alahai... apo nak dikato~!!) then singgah rumah abg ateng, abgbudi amik cd. shoot ke tanjung malim jumpa ngn ahli poli behrang pasal dia nk bukak kelas silat kat poli tu.

reach ipoh kul 10.30 singgah rmh abghalim. men beskal ngn hanafi. dpt jugak tgk vcd 'cooking' yg hanafi suka sgt tgk tu, hehe.. kul 12 gerak balik ke tronoh.. tido! hehe..

petanda dan petunjuk

jumaat 1: disapa kali pertama

jumaat 2: disapa lagi kali kedua..

isnin 3: meminta agar diberi petanda dan petunjuk

sabtu 3: mencari siapa dia
sabtu 3: menerima teguran

ahad 3: mengenang dalam ingatan
ahad 3: menerima teguran sekali lagi

jumaat 4: mencari tapi tidak ditemui

sabtu 4: masih mengenang dalam ingatan

ahad 4: mendapat khabar kurang menyenangkan


--
adakah teguran yang diterima satu petanda, satu petunjuk.. atau satu amaran...? adakah khabar yang diterima satu petanda, satu petunjuk.. atau satu keputusan...?

February 16, 2006

hati yang mudah jatuh cinta?

hati yang mudah jatuh cinta pada makhluk, adakah itu hati yang sakit? adakah itu hati yang normal?

kali pertama berjumpa, terdetik di hati. mungkin dia yang ditunggu selama ini. atau itu hanya hasutan dari musuh yang sentiasa gembira bila hati ini terbabas dari mengingatiNya.. suara itu terlalu nyaman rasanya bila didengar. gelak tawa itu terlalu menenangkan hati ini. kehadirannya di sisi bagaikan mengisi kekosongan yang selama ini seringkali diabaikan. pergerakannya seolah membuai diri untuk terus mendekati. menggamit hati untuk terus mengenali. mencari siapa dia sebenarnya. adakah dia yang dinanti. rindu sekali rasanya bila dia berlalu pergi...

kali kedua terlihat dirinya, hati menjadi semakin pasti. kehadirannya nyata membuat hati ini berbunga. namun keliru tetap berundang. hati menjadi begitu gembira. terlalu sukar dinyatakan. bercampur baur. rindu dan keliru. adakah itu hanya perasan atau memang perasaan yang nyata. perlukan dilayan, perlukah dilupakan?

---
Sejak terpandang wajahmu Hatiku bertanya selalu Siapa dia mengikat pandanganku Seringkali dia berlalu Di hadapan dan menyapaku Sehingga hatiku seringkali merindu Tak dapat ku melupakan dirinya Terbayang wajahmu di mataku Ingin ku tanya namanya Tapi hatiku rasa malu Tak terucapkan walau sepatah kata Mungkinkah diriku telah dilamun cinta Oh... hatiku resah selalu Haruskah aku menyatakan Perasaanku kepadanya Mungkinkah dia kini telah berpunya Getar hati makin terasa Bila terdengar suara dan bertentang mata Ku bagaikan bebunga kehujanan Berkembang mekar Di setiap ketika Tidur malamku tak lena Asyik teringat padanya Bilakah mentari memancarkan cahaya Hanyalah dirinya bermain diingatan Oh...tuhan ku rindu padanya~

February 8, 2006

salam takziah buat yulie

salam takziah buat sahabatku yulie dan keluarga di atas kehilangan seorang insan tercinta yang bernama ibu~ semoga tabah menghadapinya. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.