June 27, 2007

nur lembah lenggong - a visit

pada hujung minggu lepas, saya ke gerik bersama kak elmi dan suaminya, zack. bese le, kelas silat la, apa lagi, hehe.. menyambil dengan itu, kami singgah di nur lembah lenggong, saja amik gmbr sesikit.. punya besar tmpt tu sampai xtau nak amik gmbr apa, maklumle, xde guide, hehe.. jadi entry ni spesel utk bos tmpt tu yg kami kenali sebagai pejai. hehe.. bole jugak tgk pasal tmpt ni (ini adalah training center sebenarnya, yg menyediakan pelbagai kemudahan), bolela melawat ke website deme ye :) dah semakin berkembang biznes pejai ni, dulu tu satu je kat pangsun, pehtu berkembang ke lenggong dan bukit hijau, dan yg the latest, di bukit unggul. cayalah~!!! pejai, kalau ada yg tetiba call dan merefer blog saya sebagai promoter tmpt tu, jgn lupa bagi komisyen skit tau! haha..

p/s: sbnrnya frust betul sbb salah setting ms amik gmbr kat situ, hmp seme gmbr jadi cerah, overexposed... dem! harus pegi lg skali utk kepuasan yg lebih! kali ni perlu bawak model 2-3 org, hahaha.. sapa nak ikut~?

June 18, 2007

alhamdu Lillah... terima kasih semua~

alhamdu Lillah.. terima kasih semua yang mendoakan...

keputusannya:
minor modification and to submit corrections within one month

terima kasih Guru, mama, ayah, dr suzana, dr hilmi, kak norma, kak lia, semua lecturer, semua kengkawan, kakak², abang², adik², semua skali... terima kasih~

alhamdu Lillah... :)

June 13, 2007

assalamualaikum semua, doakan saya~

assalamualaikum semua,

apa khabar? diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dah sejahtera. semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang hamba dan dalam meneruskan perjuangan.

saya bakal menghadapi sesi 'viva' untuk mengesahkan hasil kerja thesis projek masters saya yang bertajuk 'Application of taguchi Technique for Saponification Process' di Dewan Senat, Bangunan Cancelor, Universiti Teknologi PETRONAS Viva Room 2, Blok J, UTP, pada 18 Jun 2007 (Isnin) jam 9.00 pagi 10.00 pagi. sesi ini akan dikendalikan oleh ketua program iaitu Dr Kamarul Arifin Aminudin dan diadili oleh dua orang pemeriksa. pemeriksa dari utp ialah Dr Fakrudin dan pemeriksa dari luar (UKM) ialah Dr Zahirah.

di sini saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan semoga sesi viva saya akan berlangsung dengan tenang dan baik. semoga semua soalan akan dapat dijawab dengan baik. setelah empat tahun saya berada di sini, akhirnya saya bakal menyiapkan sesi kehidupan sebagai seorang pelajar pascasiswazah.

insyaAllah sekiranya tiada sebarang halangan, majlis convocation akan diadakan pada ogos 27, 2007. semoga kejayaan akan bersama saya, insyaAllah..

dengan berkat Guru, karamah Ibu dan hikmah Bapa, semoga semuanya berjalan lancar... insyaAllah..

amiin..

June 7, 2007

tok wan rimau

"semangat waris rimau, pelindung cinta sejati"
aaa.. dasat tak tagline nye, huhu.. selamat dah aku menonton citer ni smlm, hehe. projek merewang bersama ayu tu menjadik jugak. WJH ni pada aku, best! best sbb jln cerita yang fresh, plot cerita yang menarik, langsung tak membosankan (walaupun kadang tu mcm bosan sikit dgn lakonan maya karin yg kdg mcm stereotype je, hehehe, sori ye maya karin :P) lakonan tok wan rimau (azean irdawaty), ari (rusdi ramli) dan pegawai pejabat pendaftaran (ida nerina) yg paling aku suka, watak yg x penah dibawak org diorang barangkali, jadinya mmg menarik. keluar dari kepompong (cewah, komen mcm pengkritik AF pulak, hahaha). lakonan yg lain pun menarik jugak, cthnye joanna bessy, overacting mcm tu, tp best! yg lain pun best jugak la kiranya hehe.... sinopsis? baca je sendiri kat webpage WJH tu ye, hehe. xpun keme pegi le nengok sendiri ye, x rugi neh, tgk je le. cumanya aku mcm x brp paham tang part semasa tok wan nak perturunkan saka rimaunye tu, andaikata si ari tu x sakit dan x kena berubat ngn tokwan tu, adakah akan berlaku proses pemindahan saka seperti itu? atau akan ada sesi yg lain? hehe... maklumle kan, bukannye paham sgt bab saka² ni.

dan endingnye mcm menampakkan sgt akan ada sequel utk WJH ni, ye ke kak shumi? huhu.. tggu dan lihat je le....