June 23, 2008

bila Tuhan berbicara

RAZLAN:

Kau tahu alam itu ialah dari akar kata ayn lam mim. Hah! akar kata yang sama juga menerbitkan perkataan alamat. Alamat itu tanda, petunjuk, anugerah, indikasi, satu karektor... satu alamat untuk posmen hantarkan surat-surat kita. Satu arah tujuan, penunjuk jalan. Ini bermakna alam ini adalah alamat untuk sesuatu, alamat untuk menunjukkan Penciptanya ialau Allah Ta'ala.

Alam dunia kita ini berfungsi sebagai ayat Allah, menunjukkan destinasi menuju Tuhan. Lebih dekat seseorang dengan alam lebih dekatlah dia dengan Tuhan. Jadi bila kita nak ke sesuatu tempat, alamat itu hanyalah panduan, menunjukkan arah, tak lebih dari itu. Macam satu papan tanda untuk menunjukkan simpang mana yang harus kita ambil. Kebetulan papan tanda itu diukir cantik, dihias dengan air pancuran dan sebagainya, kita pun kadang kala jadi leka dan sibuk melihat kecantikan papan tanda yang dibuat manusia tadi sampai terlambat pula tiba di destinasi. Begitulah ramai orang terpesona dengan alamat, dengan alam, dengan dunia ini sehingga terlupa terus ada destinasi yang harus dituju. Malah ada yang menafikan terus kewujudan destinasi akhir itu.

Untuk merenung alam ini, mestilah dilakukan dengan akal yang sihat, orang sakit dan kacau akal tak boleh berfikir, tak boleh berfalsafah. Mereka tak fahan tanda-tanda atau alamat yang diberi Tuhan.

*memang best. mesti baca. :)

---

hari ini buat kerja typing, printing, dan binding. report 3 powder dah siap alhamdu lillah (tapi lagi 2 metal belum~!!) bosan menunggu giliran nak guna printer, singgah sekejap menulis di sini. hmmm... tiba tiba ramai pulak yang nak menggunakan printer pada pagi ni. mmg bosan.

dilema sedikit dalam pemilihan kerjaya (kerjaya ke? entahlah.. tapi yang pasti, sumber rezeki yang halal, insyaAllah..) alamat apa yang sedang ditunjukkan? harapnya dapat baca dengan tenang dan jelas dan akhirnya sampai juga ke destinasi akhir itu dengan selamat. amiin.

June 15, 2008

kirim salam

sejak kecil (seingatan aku la) mmg seringkali aku mendengar ungkapan kirim salam ni. kalau pegi rumah mak sedara ke, pak sedara ke, mesti akan disampaikan salam dari org lain oleh mama dan ayah kepada mereka atau sebaliknya...

dulu, aku ingt lagi. masa tu mama dalam pantang melahirkan adik yang bongsu (umurku 8 thn ketika itu). aku ke rumah toklang (arwah dah bbrp bulan lepas, alFatihah) dengan ayah. tak ingt atas urusan apa, tp ayah bawak aku sorang je. dan lepas minum-minum, nak balikrumah, aku bersalaman dengan toklang, mak chaq, kak era dan chik, toklang berpesan pada aku:"kirim salam kat mama na.." aku pun ckp:"ok" (sepatutnya, insyaAllah, kan? hahaha.. budak kecik.. besele..)

sampai je kat rumah, mama mmg ada kat bawah, depan tv, atas tangga. aku terus meluru dan bersalam sambil berkata,"toklang kirim salam" hahahaha.. naif tak naif aku pada waktu itu (skrg ni bukan main lagi, selalu je nak sakitkan hati mama, hhmmm.... maaf..) patutnya cakap saja, tapi aku seolah menyampaikan salam yang toklang kirim ketika aku bersalam dgn toklang tadi kepada mama dengan bersalaman jugak, hahaha..

masa sekolah sekolah dulu pun aku ingt lagi, rajin jugak kengkawan aku (dan aku ke? tak rasanya, hehehe) dok kirim salam pada budak laki di sekolah sebelah, haha. (sekolah kami sekolah perempuan saja, sebelah pagar pulak sekolah lelaki saja) masa ni mmg le gatai. bila masuk sekolah menengah pun mcm tu jugak, suke kirim salam dan menerima salam (budak skolah pompuan saja mmg mcm tu ka? hahaha)

dan seringkali kita bila disampaikan salam kepada kita melalui org lain (kirim salam la tu, isk, ayat belit pulak) kita lantas menjawab: "waalaikumsalam"

tapi sbnrnya, tau kah kita sbbnrnya kita perlu menjawab: " alaika waalaihissalam" (sejahtera ke atasmu dan sejahtera ke atasnya) sejahtera ke atas yang menyampaikan dan yang memberi salam.. hmmm... (selalunya terlupa cara menjawab ini. huhu) terima kasih guru yang memberi tunjuk ajar..

dan kepada abgjoe, dah sampaikan ke salam yang saya kirimkan kepada encik itu, huhu~

June 11, 2008

kerja sambilan?

kerja sambilan di hujung minggu bagi menjana pendapatan tambahan untuk menampung kos kehidupan yang kian meningkat.

hmm..

komen: seolah tiada lagi kebajikan. terpaksa bekerja berhempas pulas utk hidup di negara sendiri (atau mmg selama ini sudah terlalu selesa? tapi salahkah kalau hidup selesa di negara sendiri?)
pendapat: kurang sesuai/tidak sesuai.
cadangan: kerja sambilan di hari bekerja jugak. extend working hours atau pegi keje lain, balik kul 8 mlm, ok je, sempat lagi pegi kelas silat lepas tu (kalau ada, hehe)
sebab: wiken utk keluarga, kengkawan dan utk aktiviti sosial yang lain (silat lagi! heheh.. memang le..)
alternatif: tanam sayur, bela ayam itik kambing, lagi baguih!

lain padang, lain belalang~ tp padang kita mcm sudah tiada rumput lagi...


feveret audition ever

June 9, 2008

naik tarikh (update?)

wah. dah lama tak update blog. kepada pengunjung blogku (ada ke, haha) minta maaf byk byk ye. entah apa yang disibukkan. hari ni masuk keje lambat lagi! tiba dari kl jam 5.30 pagi tadi. sesungguhnya kelopak mata terasa seperti diletakkan gam UHU dan double-sided tape semasa menemani nida memandu. nak tukar shift pun sesungguhnya tak termampu. hanya setibanya di bukit gantang barulah mataku kembali terang sedikit, tidak lagi melekat mahu ditutup sahaja huhu. so update skit la ye, lebih kurang, kot ada yang teringin nk tahu apa aktiviti aku, kalau takde yg nak tau pun, aku mmg saja nk update, dah blog aku kan, aku punye suke le kan, haha..

Buku:
saya dah berjaya menghabiskan sebuah lagi novel isa kamari, memeluk gerhana. best, mmg sgt best. terasa diri dikembarakan bersama watak ilham itu, walaupun dia seorang lelaki! terima kasih isa kamari.


Kerjaya:
alhamdu lillah. semuanya ok. tugasan yang diberikan masih dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati masa insyaAllah (maaf Dr T*lib, saya asik dtg lewat je sejak minggu lepas, entahlah kenapa selalu sgt bgn lambat dua tiga menjak ni, huhu) walaupun keje saya skrg ni ialah keja contract-base (sehingga Feb 2010) saya sentiasa mengharapkan supaya satu hari nnt (kalau boleh dlm thn ni jugak le kan, insyaAllah) akan dioffer utk post tetap (tapi tidak berpencen) di syarikat ni, insyaAllah.mudah mudahan, kalau dah ditetapkan rezekinya di sini.

dalam masa yang sama, saya juga ada ditawarkan untuk menyambung pengajian di universiti sy dulu. tempohnya 3 thn dan kemudiannya 'mungkin' akan ditawarkan utk menyertai universiti sebagai pensyarah atau penyelidik ataupun menyertai p*tronas, belum tahu lagi apa postnya. intebiu dah pegi 2 mggu lepas tp saya masih belum punya apa apa keputusan. entahlah. (susah jugak nk buat keputusan bila tak ada hitam putihnya, hanya cakap cakap sahaja.. hmmm..)

dan semalam, saya mendapat peluang yang saya 'pernah nanti-nantikan dan sangat mengharap suatu ketika dulu'. iaitu untuk menyertai p*tronas! panggilan untuk temuduga akan dikeluarkan dalam masa 1-2 bulan dari sekarang. postnya: researcher (chem eng, mmg bidang sy pun, skrg ni wat material) tmpt: prss bangi. tapi adakah saya masih mengharapkannya? entahlah. bila tiba masa untuk membuat keputusan nnt, saya yakin Tuhan akan memberikan petunjuk yang jelas, insyaAllah. (tapi sebenarnya ada mcm tawar hati gak sebab harga minyak dah mahal skrg dan seme org kata semenya adalah kerana petronas! huhu)

Sosial:
bila dikisahkan perihal sosial, saya lebih berkisarkan kepada kehidupan saya di dlm persatuan silat yang sgt sy sayang. semenye ok alhamdu lillah. wiken lepas baru saja berlangsung program sambutan 42 dan 43 tahun di u*iversiti islam antarab*ngsa gombak. seronok dpt jumpa sahabat sahabat dari seluruh tanahair. pakat dok kilik anak kecil sorang satu, sorang dua, huhu. perkembangan yang sgt baik, alhamdu lillah..

majlis konvokesyen ok, perjumpaan tenaga pengajar, sgt ok. alhamdu lillah saya menerima hadiah sepasang uniform daripada YMGU (saiz M lelaki! hehe, kena tukar di kedai aoy nnt). majlis makan malam meriah tapi mata saya tidak tertahan lagi, bagai ditarik tarik seperti bidai di tingkap untuk mengelakkan silau matahari! dan mesyuarat p*rwakilan kali ini adalah yg paling lama pernah sy ikuti, huhu.. tp saya sgt berpuas hati. syukur semuanya selamat.

Keluarga:
tiada apa yang hendak diperihalkan. semuanya seperti biasa. ayah dan mama sihat alhamdu lillah. boy di kl ok ok saja (mama nak sponsor dia utk program mengempiskan perut yang agak bun bun huhu, saya nk jugak? haha!) adik di jerman pun ok jugak, oktober akan kembalik utk baik (back for good) dan nina, masih bercuti semester di rumah. wat semak je! hahaha

Cinta:
ha ha ha (mcm entry ana, hehe tp ada tmbhn skit :P)
pun ada perihal kisah matchmake ni, busan. siap ada keluar desas desus yg majlis pertunangan sy akan dilangsungkan dlm ms terdekat. ha ha ha. dengan sapa?? tlg la bgtau! ha ha ha

dan ini, saya buat/karang/nukil/reka/mengarutkan utk yang diintai dari tirai kamar hati (cewah! ha ha ha)

bila rasa itu singgah di hati
resah jiwa cuba mencari makna dan erti
apa yang cuba dikisahkan
apa yang sedang dibisikkan

hati kecil cuba berbicara
adakah benar yang dirasa
adakah pasti rasa yang menyapa
sekali berlalu dan datang semula

ingin sekali aku zahirkan
segala rasa yang menyapa itu
segala bicara yang dibisikkan itu
tapi hati enggan meluahkan
diam menyimpan dendam sendirian

rindu
adakah itu bicara hatiku

cinta
adakah itu bisik rasaku

atau hati hanya terpedaya
dengan nafsu yang selalu menggoda
adakah kecewa lagi yang menanti
kesekian kali
bagi hati kecilku ini

*format lebih kurang mcm entry anazam, harap maklum, hehe..