July 31, 2008

terima kasih

terima kasih ana (dan haiza) di atas kiriman express yang sangat menggembirakan hatiku ini.. huhu.. semoga dapat memperoleh sesuatu dari bahan bacaan berilmiah ini (berilmiah ke, hehe.. harapnya begitulah..)

dan terima kasih puan sofi a.k.a. mama utk skim pinjaman yang disediakan bagi membolehkan saya memiliki ini sekarang~ huhu... semoga dapat memperoleh kebaikan daripada pemilikan yang tidak ternilai ini.

terima kasih~

July 29, 2008

dalam menyahut saranan

hari ini sedikit lengai. mungkin kerana kekecewaan berterusan akibat daripada tidak dapat menyertai woksyop nanomaterials pagi tadi (cari tempat tak jumpa pulak, mana nak tau program buat di auditorium, padanla bilik erbium lengang saja walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi!)

asyik menaip dan mencetak saja dari pagi tadi. sambil menselusuri laman web yang berkaitan (hehehe, ayat mcm skema ja, haha)

sebenarnya saya sedikit nervous, kerana bermula malam ini saya akan menjadi seorang pensyarah sambilan di UiTM Pmtg Pauh~ huhu.. subjeknye? basic instrumental analysis, senang ke susah? senang je kot.. insyaAllah.. 2 jam lecture dan 1 jam tutorial setiap minggu. saja cari duit minyak lebih sikit.. huhu.. dalam menyahut saranan pak lah.. kerja lebih masa utk menanggung kos hidup yang kian meningkat! hihihi... cuma 11 kali saya perlu ke UiTM itu sepanjang tempoh semester ini (dah siap kira, sebab nk bajet timing utk syllabus :P) dan hari ini, persediaan apa yang telah saya buat? tak byk. cuma pengenalan kepada kursus, nota utk chapter 1 dan jugak Quiz1 ! wahai anak didikku, bersiap sedialah, hehehe.. (9 orang je studentnye.. aduhai..)

doakan kejayaan saya, semoga sy dpt memberikan sedikit tunjuk ajar yang dapat digunakan oleh anak-anak muda itu dalam kehidupan seharian mereka yang fana' ini, dalam proses menuju kehidupan yang abadi. insyaAllah.

* dan ini, menurut mama saya, sudah tiba di rumah melalui courier sebentar tadi! yey! timakaseh ana~


July 18, 2008

ceritaku lagi~

jumaat
hari ini hari jumaat. saya suka dtg keja hari jumaat sebab kereta di jalanraya tak byk, rata ratanya bercuti (kedah kan cuti jumaat sabtu, hehe), cuma kami yang memilih utk bercuti pada sabtu ahad saja yang dtg bekerja hari ni. sepanjang perjalanan, sgt menyelesakan (atau menselesakan?)

temuduga
saya dipanggil lagi utk temuduga. kali ini utk jawatan tetap di tmpt kerja sekarang. alhamdu lillah berjalan lancar utk peringkat pertama. keputusan? belum tau lagi le.. perlu lalui peringkat kedua, barangkali perlu ke shah alam nanti... doakan kejayaan saya, andai ada rezki, insyaAllah, mudah mudahan selamat semuanya..

selamat datang
hmmm.. julai pun dah lebih separuh perjalanannya. rejab pun dah lebih dari separuh, cepat jugak ya... oh ya, tahniah kepada kak elmi dan z atas kehadiran putera sulung, muhammad khalish mifdhal, 10 julai lepas~ ada rezki nnt sy ke sana wat coverage utk mifdhal ok, insyaAllah... dan tahniah jugak kepada ajip dan isteri atas kehadiran puteri sulung, mya marissa, 15 julai lepas.. tahniah tahniah~ assalamualaikum dan selamat datang utk putera puteri kalian.. moga anak anak kalian menjadi insan soleh dan solehah yang cemerlang gemilang dan terbilang, amiin..

nasi minyak
nak masuk bulan ogos ni, byk pulak rasanya jemputan kenduri, huhu. 1-2 ogos, ea di cinta sayang; 8-9 ogos, kakngah di balik pulau; 16 ogos, azirul di sik; dan 23 ogos, eff di alor star. wah, penuh setiap minggu dengan kenduri, hehe.. makan nasik minyak yok~ (bukan saya punya, belum time lagi, hehehe)

baca
dan saya membeli lagi sebuah buku. kali ini andrea hirata pula (mencari Tuhan Manusia oleh faisal tehrani tapi mph itu kehabisan stok, isk isk..)

berbunga
hati sedikit berbunga :) ~
kata penyair sufi terkenal abad ke 13, jalaluddin al rumi,"...ketika aku mendengar cerita cintaku yang pertama, aku mula mencari-cari engkau... tidak tahu betapa butanya aku... pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya... mereka sebenarnya sudah bersama sejak azali lagi..."