Friday, July 10, 2009

sekeping hati

salam semua.. :) hr ni hari jumaat~ ciksarah nk bernasyid ye.. hehe.. suci sekeping hati. kalau x silap ciksarah memula asalnya dinyanyikan oleh the zikr, pastu diberi nafas baru oleh saujana. suke lah nasyid ni, tatau pesaipa..

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


Micrograph ni ciksarah dpt last week ms wat SEM utk powder NanoxS4007. ciksarah tgk kat tgh2 tu mcm ada powder yg berbentuk heart shape , hehe... kebetulan la kan.. sekeping hati... dibawa berlari...

--

hr ni besday mifdhal. yey~ slmt ulangtahun kelahiran yang pertama hensembeeboy~!! (sbb tema besday party dia sabtu ni ialah BEE - mane la acikshayah nk cari baju kuning hitam ni huhu...)

esok ciksarah nak ke kl. kenduri sepupu ciksarah di jalan semarak hr ahad tghari. hm. harap2 event ni la yg akan mencetuskan semula semangat ciksarah utk berfotografi. dah terlalu berkarat ni. hm. ayu, harap2 projek vogue de vast kita menjadi realiti la ye, huhu. insyaAllah.

keje yok keje. hr jumaat ni syok keje, sbb 6.5 jam je utk diclaim hehe.. dan esok pulak cuti.. yeys~!!

cheers to all~!! XOXOXOXXOO

Wednesday, July 08, 2009

nyanyi nyanyi lagi~

slmt pagi~ hr ni upload lirik lagu je. dah lama ciksarah suka lagu ni. sejak2 dgr kat s*nar fm 2-3 bulan lepas. apa yg best? melodi? lirik? entahlah. cuma suka dgr. mgkin melodinya je kot sbb liriknya mcm terlalu jiwang, karats sgt huhu.... hr2 dgr, dok cuba nk paham ape la si jac ni nyanyikan, huhu. ada sesetengah perkataan yg x brp clear. so hr ni ciksarah tringt utk search semula lirik, dh ada yg upload di bbrp site. betul la kot liriknya ni. hmm. lagunye, maleh nk uploadkan, hehe. silelah cari sendiri ok. tajuknya ialah barisan lirik yg terakhir ;P

Kugenggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku madahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun berpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun dihati
Bertamu di kalbu


---

kakG kata: drpd ko dok nyanyi2 je tu, baik le ko bwk2 selawat... baru la Tuhan bukak hati ko tu, baru la tau apa yg ko nak tau. ni dok menyanyi je, apa ko dpt? pastu dok tny kakG pulak, kenapa itu, kenapa ini, kenapa begitu, kenapa begini. hmmm.... (maaf...)

**pagi² chik dah telipon. tahniah katanya. hehe. mcm² je mimpi dia semalam... entahlah.... o ya, satu lg perkara. dah 2 bulan sejak 'projek XYZ' ciksarah dilancarkan (hehe). bulan pertama alhamdu lillah, kesannya terasa, seperti ramai jugak yg perasan akan perubahannya. bulan kedua ni nmpknya terlalu sedikit hasil sy ciksarah dpt. hmm, kena usaha keras lg, mgkin perlu pendekatan yg berbeza sedikit. semoga projek ciksarah ni berjaya, huhu. usaha tangga kejayaan! chayok!!! kisses and hugs to all. cheers~

Friday, July 03, 2009

memberi dan menerima

l*skar pelangi
sepengunjungan sv sy ke s*rabaya minggu lepas, dia bawa satu ole2 utk kami di sini. vcd l*skar pelangi! original punya ni, huhu. setelah dicari-cari di sekitar surabay* dan gagal menemuinya, akhirnya salah seorang daripada pensyarah universitas yg dilawatinya tu memberikan salinan asal vcd miliknya sendiri utk kami. ish3 sungguh terharu sekali. terima kasih byk2 ibu w*dyastuti~ pemberian yang sangat mengharukan. kuterima dengan hati yg besar!

ceritanya? bagus skali! sy suka. suka sgt.. :) :) :) sukar nak explain. huhu..

(ayu kucuri gmbr ini di blogmu, hehe)


badminton (lagi)
semalam satu lagi set perlawanan antara kumpulan kami dan s*kretariat dah slmt berlangsung. ciksarah mcm biasa, partner ngn qam* utk double wanita. menang di set ketiga, huhu. alhamdu lillah. takreti main pun. bola asik dingdong, terkena ring raket, kui kui kui... ciksarah cuma cuba memberi yang terbaik, dan akhirnya kami menerima kemenangan bersama. tapi kumpulan kami sebenarnya kalah pada keseluruhannya, 3-2. tp ok la kan, bersyukur je la dgn apa yg Tuhan dah beri, kita seharusnya menerima, sebab kita dah usaha dan Dia yang tentukan :) semoga pertandingan ni sbnrnya dpt menyatupadukan lagi warga amrec insyaAllah..

tiga julai
hehe. bila diingat2kan balik ttg tarikh ni, ciksarah rasa mcm nk gelak guling2 pun ada, huhu. gila la ciksarah ni. terlalu byk yg nak diberi. tp mgkin terlalu byk juga mengharap utk menerima. kita merancang, Dia yang tentukan. pasti Dia punya rancangan yang lebih baik utk kita, kan? mudah2an begitulah...

cheers to all~ XOXOXXOO

---

pesan pak harfan; hiduplah untuk memberi sebanyak2nya, bukan untuk menerima sebanyak2nya... ;)