ini gmbr team B:
October 12, 2011
walaupun keputusan yang pahit gitu, kita telan yang manis-manis jerrr.. kelass kau jahh~
ini gmbr team B:
May 4, 2010
kanvas



April 13, 2010
sailormoon beraksi lagi
.jpg)
lawan badminton petang semalam. opis ciksarah tu wat perlawanan inter program piala SGM. acara tahunan la ni. semalam 1st game. ciksarah dan opismet ciksarah main utk 1st game. regu utama wanita. cewah, kemain lg namanya. tp tah pape je ciksarah main smlm tu hehehe. hampir2 kena disqualified sbb lewat tiba di court, hehe.
o ye, ciksarah kekalahan! haha. team ciksarah nmpknya agak kecewa sbb awal2 lg dh kalah. tp derang xtau tu adalah trick dan strategi je tu yg bg kalah supaya derang lebih bersemangat waja utk bermain dan akhirnya... mmg program ciksarah menang jugak~!! kuang kuang kuang... tahniah kepada regu2 lain yg berjaya menempah kemenagan utk team kita... sori kawan2, dah buat yg terbaik. tp ciksarah rasa permainan saikologi mereka terlalu hebat buat ciksarah and partner utk bertahan. huuuu...
mcm ada isu panas jugak dengan tournament kali ni. huhu. ciksarah pun x brp paham apa masalahnya. tp rsnya x de la perlu nk dipanas2kan mende gini kan. internal je ni. rilek2 je la. main2 kasi peluh dan mengeratkan kejesama dan semangat berpasukan. (^_^) so lilek2 je ok~
esok ptg ada lg game. seme skali 5 kali perlawanan, sampai akhir bulan nnt. plus kalau masuk final, ada lg la gamenye.
ok la tu je. en z*ber kata, pas abeh game sume, kita satu program p holiday kat bukit mer*h! menang atau kalah, bukan soalnya! hehehe.
ganbatte utk semua. fighttoooo oh untuk SMP~!! (^_*)

April 1, 2010
hari yang gelap kini sudah terang

coti yok~!!!
December 16, 2009
bersokan
dulu ciksarah mmg suka men badminton. masa ciksarah darjah 5 (tudia, crita zaman tok nadoq, hehe) ciksarah ada amik kelas badminton pada hujung minggu. lebih kurang kelas la. ciksarah dan 2-3 org kwn sewa court badminton kat dewan beng siew pekan lama tu dan bljr teknik dan taktik badminton dari sorg apek ni (mgkin apek ni jugak yg ajar lee chong wei, hahaha, spekulasi palsu, jgn percaya ok). masa tu scoring badminton x sama dgn skrg. scoring badminton skrg ni dah lebih kurang menyamai scoring ping pong. game point = 21. dulu tu kan 15 je, tp 15 pun amik masa jugak since nk kena service in hand baru bole kolek point.
ping pong pun ciksarah suke jugak. masa amik kelas ko-Q di utp dulu, ciksarah pilih ping pong, walaupun ramai kwn ciksarah yg pilih utk amik gamelan. ciksarah pun taktau la pesaipa tetiba mai angin nk amik ping pong, mmg amik sampai level 3. kira complete la. 3 semester bljr main ping pong tp xde la pandai pun akhirnya, sama je, hehe. dah lama meninggalkan bat ping pong. entah ingt lg ke x mcmana nk pukul bola tu. heh.
satu lagi, tenis, ciksarah penah citer dh kot dlm entry2 dulu. ciksarah suka jugak men tenis, walaupun x de la reti sgt pun, sekadar minat sbb konon2 mcm ada prestij skit, hehe. raket mahal, bola mahal, tp kalau dpt pukul dengan menghasilkan bunyi 'pak' yg hebat tu, pergghhh... mmg sgt memuaskan hati. mmg best lah. haishhh.. dah lama x men tenis. thn dpn bole start balik kot.. yg penting, kena beli raket dulu (boleh dikecualikan cukai pendapatan huhu...)
tinggal squasy je yg ciksarah x penah try. mmg x penah langsung. entah ada peluang ke tidak. tgk la, kalau ada rezki.. bole la diusahakan. cuma kat sini takde la tmpt nk main. mgkin kena pi pusat squasy di penang kot! cewah, yo yo - o je.
oklah, tu je yg nk dimerapukan hr ni. kisah sokan. bersokanlah utk kesihatan. mmg best! ;)
take care ebelibadi. ailebiu ols.
November 21, 2009
di opis pada hari sabtu
ciksarah kena shut down dan start up kan mesin TEM tu, disebabkan technician x dpt hadir makanya ciksarah la yg dipertanggungjawabkan, hmm.. hopefully semuanya ok. procedure mmg la ada ditulis tp x penah experience hands-on lg, ni la kali pertama.. mudah2an selamat la kan.. amiinn...
dah brekfes, nasik lemak :P tgh tunggu kul 9, ada janji dgn gelfren i nk main badminton satgi huhu.. semangat tak? saja ja mengisi masa lapang hehe.. sbnrnya ada tringin nk wat fotoshoot jugak tp since satgi kami berdua je yg nk main so sape nk shoot? sape nk main? takkan main badminton sorg2? hehehe...
ok lah, tu je yg nk diceritakan.
cheers ya ebelibadi.
whatever it is, just love yourself. love everyone too. the one who treats you right. and the the ones who don't. just because you can. yes, we can surely love everyone...
sayang kamu semua~
July 3, 2009
memberi dan menerima
sepengunjungan sv sy ke s*rabaya minggu lepas, dia bawa satu ole2 utk kami di sini. vcd l*skar pelangi! original punya ni, huhu. setelah dicari-cari di sekitar surabay* dan gagal menemuinya, akhirnya salah seorang daripada pensyarah universitas yg dilawatinya tu memberikan salinan asal vcd miliknya sendiri utk kami. ish3 sungguh terharu sekali. terima kasih byk2 ibu w*dyastuti~ pemberian yang sangat mengharukan. kuterima dengan hati yg besar!
ceritanya? bagus skali! sy suka. suka sgt.. :) :) :) sukar nak explain. huhu..
(ayu kucuri gmbr ini di blogmu, hehe)
badminton (lagi)
semalam satu lagi set perlawanan antara kumpulan kami dan s*kretariat dah slmt berlangsung. ciksarah mcm biasa, partner ngn qam* utk double wanita. menang di set ketiga, huhu. alhamdu lillah. takreti main pun. bola asik dingdong, terkena ring raket, kui kui kui... ciksarah cuma cuba memberi yang terbaik, dan akhirnya kami menerima kemenangan bersama. tapi kumpulan kami sebenarnya kalah pada keseluruhannya, 3-2. tp ok la kan, bersyukur je la dgn apa yg Tuhan dah beri, kita seharusnya menerima, sebab kita dah usaha dan Dia yang tentukan :) semoga pertandingan ni sbnrnya dpt menyatupadukan lagi warga amrec insyaAllah..

tiga julai
hehe. bila diingat2kan balik ttg tarikh ni, ciksarah rasa mcm nk gelak guling2 pun ada, huhu. gila la ciksarah ni. terlalu byk yg nak diberi. tp mgkin terlalu byk juga mengharap utk menerima. kita merancang, Dia yang tentukan. pasti Dia punya rancangan yang lebih baik utk kita, kan? mudah2an begitulah...
cheers to all~ XOXOXXOO
---
pesan pak harfan; hiduplah untuk memberi sebanyak2nya, bukan untuk menerima sebanyak2nya... ;)
June 30, 2009
kerja-gong-badminton
kerja
alhamdu lillah, kerja ciksarah ok. masih menyesuaikan diri dengan jadual tugas yang baru. harap2 dapat cope dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan ikhlas serta beristiqamah hendaknya.. (huhu)
gong
hujung minggu yg lepas ciksarah jadi urusetia penganjuran kejohan*n sukan seni mempertahankan diri di d*rulaman suite jitra. psscm kedah jadi tuan rumah kali (kedah dpt 1 bronze medal, hehe, ok la tu kan.. alhamdu lillah..) keje ciksarah? pukul gong! hehe, takpenah dlm hidup sejak hampir 30 tahun (apa 30 thn? hehe) ni ciksarah wat keje pukul gong ni. huhu. pukulan yg pertama? selow nk mampus sampaikan ketua penerangan siap keluarkan mikrofon letak belakang gong. pukulan yang kedua? kuat sangat! sampai bedengung satu dewan rasanya hahaha. pengalaman yg x dpt dilupakan, hehe. timakaseh la bg peluang kat ciksarah. ciksarah jugak berpeluang jadi tukang bawak dulang hadiah, hihi. takpenah jugak dlm sejarah hidup wat keje mcm tu, maklumle, being oversized never allow ciksarah utk berada di depan pentas. adalah lebih sesuai berada di blkg wat keje2 berat buruh kasar je, hehehe.. tp memandangkan tidak ada org lain lg yg lebih comel dr ciksarah dan aqilah (hahaha) maka kami 2 org je la yg wat keje2 pentas ni... ok la tu. bila lagi kan.. timekaseh la ye.. :)
badminton
semalam, ciksarah partner dgn opismet ciksarah, q*ma main badminton, kami mewakili program kami ni lawan liga dgn grup2 lain yg ada kat amr*c si*rim k*lim ni. lamanye la hai ciksarah x main badminton! ada la dlm 15 thn kot! huhu. lwn pulak dgn bebudak praktikal yg muda remaja. tp mgkin berkat pemukulan gong selama 2 hari wiken lepas, maka kami berdua berjaya mengalahkan bebudak praktikal tu! huhu. walaupun secara keseluruhannya, grup kami kalah, 3-1, tp ok la kan, at least kalah tu ada gak le markah 1 huhu.. ada bbrp siri perlawanan lg yg perlu kami lalui, huhu.. timekaseh le bg peluang ciksarah main badminton. dh lama betul x main. konon dh beralih pada ping pong dan tennis, tp tu pun dh lama jugak x main, hehehe..
---
sekian je dulu kot update serba sedikit ttg ciksarah ni. ciksarah sbnrnya ingin menulis entry dlm bahse inggeris. dh lama x berblog dlm bhs inggeris. asik tulis technical report dan technical paper je dlm bahse inggeris (walaupun englishku sebenarnya berterabur, huhu)
lenkali nnt ciksarah update lg ok. selamat meneruskan perjuangan. kalau kita sayang pada perjuangan kita, kita pasti akan lakukan yang terbaik. apa yang terbaik? mudah2an Tuhan berikan petunjuk. Dia pasti akan tunjukkan, kalau kita mahu mencari...
pis! hugs and kisses XOXOXXOO



