December 16, 2009

bersokan

smlm ciksarah berpeluang bermain badminton dengan jayanya bersama cik ghazi. hehe. perlawanan yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam (skejap je, hehe) tu telah dimenangi oleh cik ghazi dalam rubber set (18-21, 21-10, 14-21) huhu. sbnrnya x de la ikut rules sgt sbb x hengat the exact one. main hentam je la haha. cik ghazi bertindak cemerlang dengan raket barunya yang berwarna pink, i like~ ketegangan string walau bagaimanapun kdangkala menyebabkan pukulan cik ghazi tersasar dari yang sepatutnya, tapi akhirnya dia menang jugak! lenkali kta men lagi nooo.. berpeluh sakan den dengan sesekali membuat aksi sailormoon dlm nk mendapatkan pukulan shuttlecock yg dituju jauh dr tempat berdiri, hehe.... cik ghazi sebenarnya sedang membuat persiapan utk menghadapi tournament yg bakal diadakan pd hari isnin depan. smlm tu kiranya warming up utk perlawanan akan dtg, dan refresh skit ttg rules and regulations. semoga cik ghazi berjaya membuat persembahan yg baik minggu depan insyaAllah. ganbatte kudasai~!!

dulu ciksarah mmg suka men badminton. masa ciksarah darjah 5 (tudia, crita zaman tok nadoq, hehe) ciksarah ada amik kelas badminton pada hujung minggu. lebih kurang kelas la. ciksarah dan 2-3 org kwn sewa court badminton kat dewan beng siew pekan lama tu dan bljr teknik dan taktik badminton dari sorg apek ni (mgkin apek ni jugak yg ajar lee chong wei, hahaha, spekulasi palsu, jgn percaya ok). masa tu scoring badminton x sama dgn skrg. scoring badminton skrg ni dah lebih kurang menyamai scoring ping pong. game point = 21. dulu tu kan 15 je, tp 15 pun amik masa jugak since nk kena service in hand baru bole kolek point.

ping pong pun ciksarah suke jugak. masa amik kelas ko-Q di utp dulu, ciksarah pilih ping pong, walaupun ramai kwn ciksarah yg pilih utk amik gamelan. ciksarah pun taktau la pesaipa tetiba mai angin nk amik ping pong, mmg amik sampai level 3. kira complete la. 3 semester bljr main ping pong tp xde la pandai pun akhirnya, sama je, hehe. dah lama meninggalkan bat ping pong. entah ingt lg ke x mcmana nk pukul bola tu. heh.

satu lagi, tenis, ciksarah penah citer dh kot dlm entry2 dulu. ciksarah suka jugak men tenis, walaupun x de la reti sgt pun, sekadar minat sbb konon2 mcm ada prestij skit, hehe. raket mahal, bola mahal, tp kalau dpt pukul dengan menghasilkan bunyi 'pak' yg hebat tu, pergghhh... mmg sgt memuaskan hati. mmg best lah. haishhh.. dah lama x men tenis. thn dpn bole start balik kot.. yg penting, kena beli raket dulu (boleh dikecualikan cukai pendapatan huhu...)

tinggal squasy je yg ciksarah x penah try. mmg x penah langsung. entah ada peluang ke tidak. tgk la, kalau ada rezki.. bole la diusahakan. cuma kat sini takde la tmpt nk main. mgkin kena pi pusat squasy di penang kot! cewah, yo yo - o je.

oklah, tu je yg nk dimerapukan hr ni. kisah sokan. bersokanlah utk kesihatan. mmg best! ;)

take care ebelibadi. ailebiu ols.

No comments: