Showing posts with label trip. Show all posts
Showing posts with label trip. Show all posts

April 8, 2014

lima hari di perth. itu ini begitu begini.

amaran: entry ini panjang dan banyak gambar. huhu

bismillah.

pertama kali menjejak kaki ke bumi australia. perth jadi destinasi pilihan. cewahh. kemain intro nya. hehe.

tiket kapalterbang sy beli dua bulan lebih awal, 
PEN-KUL return 87RM 
dan KUL-PER return 730RM
asalnya takdak makan dan takdak luggage
sy add on dua menu, chicken teriyaki dan chicken satay for 26RM.
dan sy jugak upgrade seat saya thru optiontown.com
tambah 64RM utk dapat one straight row, which is the three seats, so boleh baring, hihi

ini bukan trip backpackers atau independent traveller. ini trip seorang independent flyer, bersama keluarga rakannya. hihi..

sbnrnya sy menumpang trip bersama keluarga jiran lama saya. mereka bersembilan (tudia!) ke sana melawat anaknya yang dok stadi di murdoch university. tapi depa naik different flight, dengan MAS. anaknya - eia, a.k.a aunty zie (hihi) bersama suaminya udin dan 3 org anak, budi, suci dan caliph, dah lebih kurang 2 tahun berada di sana. pergerakan kami di sana menggunakan sebuah van 12 seaters dan sebuah kia carens / sebuah honda civic. pemakaian tali pinggang adalah sangat diutamakan sbb denda jika tertangkap tidak memakainya dikenakan sebanyak AUD500 (RM1,500 baq hang! huhu). harga petrol di sana adalah sekitar AUD1.56 seliter (kalau ikut rate kita mmg la mahai, tp kalau ikut pendapatan per kapita di sana, rasanya adalah murah sekali dongs!)

ok, entry ni dibuat sbb saja nak share, ke mana, di mana, dan apa aktiviti sepanjang lima hari berada di sana (tak termasuk perjalanan pergi dan balik)

so here it goes~

hari pertama (jumaat): airport, bentley, hilton, cottesloe beach

ketibaan di airport perth pukul 5.45 pagi (flight 12.30 malam dari lcct, dengan air asia la kan)
bersubuh di prayer room berdekatan dengan arrival hall. boleh tanya dgn janitor/cleaner kalau x jmpa :)
bersih biliknya. ada tempat wudhu' jugak kat dalam tu. cuma satu ruang, berkongsi lelaki perempuan.
suhu di luar masa tu 15 degC. wihuu.. 


dijemput oleh aunty zie, terus ke penginapan di bentley. ini rumah alya. dia kawan aunty zie yang masih bljr jugak kat sana. kat bentley, sy tido. mandi. rehat skejap. tghari langsung ke rumah aunty zie di hilton. makan nasik daging. yayy! :)


lepas kekenyangan dan rehat² sekejap, aunty zie bawak ke cottesloe beach. ada sculpture by the sea di situ. ramai org lepak² sambil makan fries. huhu. tujuan utama, nk tgk sunset. ya, indah sungguh lukisan alam.



ayaq laut dia, sejuk mak aii.. bestnya lah kalau boleh mandi. tp segan la plop nk mendugongkan diri. haha. so tgk ja la budak² kecik tu berendam. ish ish. jeles sungguh.. habis sudah hari pertama. balik ke rumah aunty zie utk dinner, dan kemudian kembali ke bentley utk mandi dan rehat dan tidor!

berikut adalah summary utk hari pertama. lebih kurang laa. haha..

(maaf, peta ni lbih kurang ja, sbb x reti nk set point shj, tepaksa buat direction. abaikan yang Walk 7 hours tu, haha)


hari kedua (sabtu): market city, e shed markets, fremantle market, swan river

pagi pagi hari kedua, lebih kurang pukul 6.45 pagi, udin (suami eia) bawak part of the team (5 org saja, yg lain x ikut) ke pasar, org kita kata market. hehe. di market city. bersih tempatnya. berasingan pasar ikan, pasar daging, pasar sayur dan pasar buahnya. kami dapat 'tangkap' sekor salmon, sekor siakap, beberapa ekor ketam dan oysters. dan beberapa kilo daging jugak. haha.


balik dari market ikan, sementara aunty zie nak siap siapkan makanan untuk dibawa ke piknik, udin bawak sebahagian team ke e shed market dan fremantle market. beli souvenirs dan tgk² org berseni. fremantle market tu lbh kurang mcm pasar seni kita jugak la kot. sana sini org buat street performance, especially busking. siap ada sorg makcik ni nyanyi lagu soprano lagi. haisshhh.. impressive sungguh. huhu.





balik ke hilton, lps late breakfast serba sedikit, petang tu, aunty zie bawak geng pegi piknik barbecue di the swan river. angin punya la kuat. hehe. tempat tu disediakan dengan tmpt nk bakar ikan/daging. cuma kita lapik la sikit dengan aluminum foil dan kertas. pakai letrik mendanya tu. bagus skali! huhu. 

so inilah dia aunty zie yang sedang membakarkan daging utk geng geng semua makan. yayy! 

ohoi.. sedapnya lah salmon dan daging tu.. indahnya kalau kat sini pun boleh beli salmon mcm tu hihu...


angin yang kuat pd hr tu telah mengundang ramai kite surfers dan wind surfers untuk beraksi di situ. kagum jugak makcik melihatnya. hehe. meriah gitu.


swan river ni luas. macam laut pun ya. airnya pun masin. tatau la pesaipa disebut river. belum sempat kaji. mgkin satu hari nnt. huhu. dan mmg ada byk swan di situ. black swan.


sekian hari kedua. malamnya rehat rehat sekejap di hilton. makan apa yang patut. dan balik bentley. mandi dan tido! hihu.

dan ni pulak summary utk hari kedua:



hari ketiga (ahad): belmont forum, king's park, mill point (sir james mitchell park), spudshet jandakot

hari ahad ialah hari pasar pagi. pasar pagi ni jual mcm² brg, terpakai dan baru. menarik jugak. mcm car boot sales. tp dibuat di parking lot. ada mcm² brgn rumah, baju, kasut, henbeg, pokok, buku, basikal budak, mainan dan mcm² lg. so sempat 'menangkap' sebuah buku resepi dengan harga 1 dollar. hihu. sampai skrg belum penah try masak lagi. haha. mgkin satu hari nnt inshaAllah. hihu~


asalnya nak ke caversham lps balik dr belmont forum tu. tp disebabkan sudah agak kelewatan, aunty zie tukar plan. lunch dulu di hilton dan kemudian piknik di king's park. ok je macamana pun. hihi. inilah budi, suci dan caliph. amazing kids :)


balik dari king's park, singgah kat sir james mitchell park, dkt mill point road utk tgk city. sbnrnya ada terpengaruh sikit dengan gmbr nite view yang orang dok share kat fb dan blog. tapi x smpt nak gelap, abah aunty zie ligan semua balik magrib di rumah. hihu. maka amik gmbr pre nite view saja lah. ada kecewa sikit. tp xpa lah, nnt bole cuba lagi T_T


balik ke hilton semula. dinner. dan lepas dinner, aunty zie bawak ke spudshed di jandakot. kedai tu 24hrs, lebih kurang mcm 7e la kot kan, tp jauh lebih besar dan lebih convenient. :) lepas beli brg sikit, balik ke bentley untuk rehat dan mandi dan tido. 

so ini summary hari ketiga :)



hari keempat: caversham wildlife park, the blueboat house at matilday bay, sir james mitchell park (lagi!)

wah, dah hari keempat. sat saja no. hihu. pagi² semua dah siap² nak pegi caversham wildlife park. bayaran untuk masuk ialah AUD25 untuk dewasa dan AUD11 untuk kanak² bawah 12 tahun. dan haiwan yang paling excited untuk dilihat ialah kangaroo dan koala bear la kan. hihu. ada juga binatang² lain, cthnya wombat, ular, owls, kuda, biri-biri, llama, dan byk lah lagi, hihu. dpt tgk show sheep sheering jugak. menarik! :)



lepas piknik lunch di caversham (makan ayam masak merah yang berwarna kuning, sedappp.. hihi) kami balik ke bentley untuk rehat sekejap. lepas dah segar sikit, lbh kurang pukul 5 ptg, terus ke matilda bay pulak, untuk ke the blue boat house. yayy! ni pun sbb terpengaruh dengan gambar di net. sy request aunty zie bawak kami ke situ. timakaseh la aunty zie ya hihu~



lepas hr dh nk gelap, jalan kaki balik ke van, dan aunty zie bawak semula ke sir james mitchell park. yayy! akhirnya, dpt jugak amik gmbr nite view. hihi. walaupun x da la santek sgt gmbr yg sy amik ni, tp, ok la kan.. nama pun amatur. cewahh.. :)


lega dah dpt tgk nite view, maka kembali semula ke hilton. makan. dan lepas tu, kembali ke bentley. mcm biasa, mandi, dan tido~

dan ini summary day 4. :)
 


hari kelima (selasa): murdoch university, westfield carousel

ok, sy bgn awal, ikut alya ke hilton, tolong aunty zie masak² sikit pagi tu. dh lepas mkn dan siap², aunty zie bawak pi murdoch university. cari kedai buku, beli pen, buat kenangan. hehe.


dah dpt beli pen, aunty zie bawak the whole geng ke westfield di carousel. mall yang agak besar, ada byk kodai dlm tu, termasuk k-mart dan coles. so sy jln² saja, tlg tgk² budak² dan mkn² apa yg patut hehe.. aunty zie beli barang sikit untuk buat yong tau foo. yayy! tapi takda gambar yong tau foo pulop dalam simpanan. hehe. sedap benor makan sampai lupa amik gmbr la tu. hihi.

mlm tu, lepas dah salam² semua ahli geng yang menetap di hilton, sy balik ke bentley, rehat, mandi mandi dan pack barang. siap² untuk balik the next day.

so summary day 5:


hari terakhir (perjalanan balik): bentley ke airport

pagi² sebelum subuh lagi sy dah ke airport. aunty zie hntr jam 4.00 pagi. hihu.

alhamdu lillah, semua aktiviti selamat, pergi dan balik. cumanya sy kena caj AUD45 di airport masa hala balik, sbb katanya hand carry sy overweight - 11kilo. T_T kecewa. sebab ms naik KUL-PEN ok ja pun. sy cuma bawak backpack 45L. berat sikitla sbb beli garam 2.5 kilo. haha. hmm, nmpknya strict jugak makcik oz yang jaga gate di airport perth tu. takpalah, dh malas nk fikir. dah byr dah pun T_T

terima kasih kepada semua, aunty zie, udin, alya dan keluarga aunty zie, sudi bagi sy join trip bersama family. walaupun x sempat makan fish & chips dan pegi sandboarding, sy dh cukup happy. hihu. maaf sekiranya menyusahkan. ada rejoki lagi nnt kita pi pulak no.. ;) timakaseh jugak kepada keluarga sy yg sudi menghantar dan menjemput di epot penang. hihi.

ok. tu saja. semuga bermanfaat.

sekian :)



p/s: oh ye, kalau ada yang berminat nak tau pasal penyewaan van 12 seaters dan jalan² sekitar perth, mungkin boleh cuba hubungi aunty zie, hihi. nnt sy bg contact number. ;P


November 29, 2013

some tips for short trips. siri dua: hatyai, songkhla, thailand (bahagian dua)

sambungan daripada entry sebelum ini, utk tips for short trips (cewah) ke haytai :)


ok, untuk trip sy ke hatyai yang pertama tahun ini - 2 hari 1 malam. berikut adalah itenerynya:

Day 1 (waktu adalah dalam timezone hatyai - lewat sejam dari malaysia)
12.00 pm ketibaan di hatyai - jalan kaki je ye pegi hotel (sila lihat peta - klik utk besarkan skit)
12.10 pm cek in di hotel - dan rehat rehat (byr tmbhn rm12 utk early check in)
1.00 pm lunch di restoran maliam
2.00 pm naik van ke pantai samila
(ok, citer skit: van tu sy arrange dgn uncle yg berport di lobby tune hotel saja. malas nk reround dah, hihi. utk half day trip, dia caj 1,500 baht. so kami share sorang lebih kurang 220 baht utk return trip. ngam la kan?)
3.00 pm sampai di pantai samila - lepak lepak minum ayaq nyoq. amik gmbr duyung. haha
4.00 pm gerak ke floating market
4.20 pm sggah masjid wilayah songkhla sat
5.00 pm sampai di khlong hae floating market
(ok, crita lagi: excited dia lain macam bila sampai tmpt ni. hihi. padahal, tmpt makan ja pun. mgkin sbb pertama kali membeli makanan dari dalam sampan, hekhek. ada byk fancy food, dan dijual dari 20 - 30 baht. jadi, sgtlah menarik untuk dicuba. sy ni kalau bab makan, suka ja cuba yang aneh aneh hehe)
7.00 pm gerak balik ke hotel - mandi mandi, rehat sat
9.00 pm pasar malam (hihi)
(crita skit: pasar malam yg sy tau cuma di kawasan depan lee garden plaza - jalan kaki jugak, dekat saja. nak beli apa? yaa.. pulut ayam goreng. hihi. ada beberapa gerai yg menjual. sy beli dr sorang macik yg bergerai kecik, dia meniaga dengan anak dia. sebelah gerai makcik tu ada orang jual pulut deroyan, ish ish.. tempting sgguh. tp sy beli pulut ayam dan udang goreng saja - beli, balik mkn kat hotel. sambil jln balik tu, sggah la beberapa kedia, tgk tshirt, tgk beg, dan apa yg yg diminati hehe)
10.00 pm makan dan sembang
11.30 pm tidoq dah la hehe

Day 2
5.00 am subuh masuk dah ni, pahtu, tido semula haha
7.00 am bgn dan siap siap - makan mangga beli kat floating market sebagai breakfast awal hehe
8.00 am turun brekpes di restoran sulaiman - restoran paling dekat dgn hotel
(critanya: roti canai harga 20 baht. roti telur harga 20 baht, jugak. jadi, mestila sy makan roti telur. haha. air, mineral jugak, sama ja, 10 baht. selesai minum pagi.. mazwan belanja semua, hehehe.. timakaseh mazwan)
9.00 am jalan jalan sekitar pekan - beli bilis, udang kering dan kacang dan... miang kham! yum yum
(ada pasar pagi di sekitar kim yong market. buah-buahan ada byk dijual kat situ)
11.00 am balik hotel sat utk check-out bilik 
(kena check-out dua bilik dan tggal satu bilik saja untuk late check-out sbb kretapi pukul 4.30, byr tmbhn lg 120 baht)
12.00 pm makan tengahari di maliam
(budak budak ni suka makan situ, kena dengan selera dan tekak depa, sy ok saja, layann)
1.00 pm balik hotel mandi manda dan pek barang
2.00 pm check-out dan lepak kat lobi sat, hehe
3.00 pm amik tuk tuk depan hotel untuk ke stesen keretapi
(ni la satu satunya kali kami naik tuk tuk sepanjang tempoh dua hari satu malam kat hatyai, hehe. satu kepada 20 bath saja. sebabnya, brg byk dah tak larat nak hangkut ke stesen hehe)
4.30 pm naik tren
5.30 pm baru tren jalan
7.00 pm sampai padang besar
7.40 pm gerak dari padang besar
10.30 pm sampai sungai petani

haishh.. penatt... tu saja. ini hanya trip jalan jalan dan makan makan. ada byk tmpt sbnrnya yg boleh pegi kat hatyai ni. tapi disebabkan mmg trip ni khas untuk trip bajet ketat, so sy plan utk rilek rilek, jalan jalan skit, dan makan makan saja. nmpknya, semua pun hepi. hehehe..

ok, trip yang seterusnya ialah selama 3 hari 2 malam. nanti akan distory dalam entry berikutnya pulak lah. hehe. enjoice some of the fotos. cheers!









July 6, 2012

Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success. - Henry Ford


naik bas, tukar hadiah, trekking, turun naik bukit, redah hujan, makan makan, mandi laut, main bola, lepak lepak, naik bot laju - beronok ronok, beramai ramai.

hmm.. mmg nyamann~ hik hik..

terima kasih dan tahniah semua! :)

"a team is more than a collection of people. It is a process of give and take." 

cewahhh!! hihi.




p/s: tajuk skema skit. haha. italic quote is of Barbara Glacel & Emile Robert Jr.



gambar: credits to rahayurazak