November 29, 2013

some tips for short trips. siri dua: hatyai, songkhla, thailand (bahagian dua)

sambungan daripada entry sebelum ini, utk tips for short trips (cewah) ke haytai :)


ok, untuk trip sy ke hatyai yang pertama tahun ini - 2 hari 1 malam. berikut adalah itenerynya:

Day 1 (waktu adalah dalam timezone hatyai - lewat sejam dari malaysia)
12.00 pm ketibaan di hatyai - jalan kaki je ye pegi hotel (sila lihat peta - klik utk besarkan skit)
12.10 pm cek in di hotel - dan rehat rehat (byr tmbhn rm12 utk early check in)
1.00 pm lunch di restoran maliam
2.00 pm naik van ke pantai samila
(ok, citer skit: van tu sy arrange dgn uncle yg berport di lobby tune hotel saja. malas nk reround dah, hihi. utk half day trip, dia caj 1,500 baht. so kami share sorang lebih kurang 220 baht utk return trip. ngam la kan?)
3.00 pm sampai di pantai samila - lepak lepak minum ayaq nyoq. amik gmbr duyung. haha
4.00 pm gerak ke floating market
4.20 pm sggah masjid wilayah songkhla sat
5.00 pm sampai di khlong hae floating market
(ok, crita lagi: excited dia lain macam bila sampai tmpt ni. hihi. padahal, tmpt makan ja pun. mgkin sbb pertama kali membeli makanan dari dalam sampan, hekhek. ada byk fancy food, dan dijual dari 20 - 30 baht. jadi, sgtlah menarik untuk dicuba. sy ni kalau bab makan, suka ja cuba yang aneh aneh hehe)
7.00 pm gerak balik ke hotel - mandi mandi, rehat sat
9.00 pm pasar malam (hihi)
(crita skit: pasar malam yg sy tau cuma di kawasan depan lee garden plaza - jalan kaki jugak, dekat saja. nak beli apa? yaa.. pulut ayam goreng. hihi. ada beberapa gerai yg menjual. sy beli dr sorang macik yg bergerai kecik, dia meniaga dengan anak dia. sebelah gerai makcik tu ada orang jual pulut deroyan, ish ish.. tempting sgguh. tp sy beli pulut ayam dan udang goreng saja - beli, balik mkn kat hotel. sambil jln balik tu, sggah la beberapa kedia, tgk tshirt, tgk beg, dan apa yg yg diminati hehe)
10.00 pm makan dan sembang
11.30 pm tidoq dah la hehe

Day 2
5.00 am subuh masuk dah ni, pahtu, tido semula haha
7.00 am bgn dan siap siap - makan mangga beli kat floating market sebagai breakfast awal hehe
8.00 am turun brekpes di restoran sulaiman - restoran paling dekat dgn hotel
(critanya: roti canai harga 20 baht. roti telur harga 20 baht, jugak. jadi, mestila sy makan roti telur. haha. air, mineral jugak, sama ja, 10 baht. selesai minum pagi.. mazwan belanja semua, hehehe.. timakaseh mazwan)
9.00 am jalan jalan sekitar pekan - beli bilis, udang kering dan kacang dan... miang kham! yum yum
(ada pasar pagi di sekitar kim yong market. buah-buahan ada byk dijual kat situ)
11.00 am balik hotel sat utk check-out bilik 
(kena check-out dua bilik dan tggal satu bilik saja untuk late check-out sbb kretapi pukul 4.30, byr tmbhn lg 120 baht)
12.00 pm makan tengahari di maliam
(budak budak ni suka makan situ, kena dengan selera dan tekak depa, sy ok saja, layann)
1.00 pm balik hotel mandi manda dan pek barang
2.00 pm check-out dan lepak kat lobi sat, hehe
3.00 pm amik tuk tuk depan hotel untuk ke stesen keretapi
(ni la satu satunya kali kami naik tuk tuk sepanjang tempoh dua hari satu malam kat hatyai, hehe. satu kepada 20 bath saja. sebabnya, brg byk dah tak larat nak hangkut ke stesen hehe)
4.30 pm naik tren
5.30 pm baru tren jalan
7.00 pm sampai padang besar
7.40 pm gerak dari padang besar
10.30 pm sampai sungai petani

haishh.. penatt... tu saja. ini hanya trip jalan jalan dan makan makan. ada byk tmpt sbnrnya yg boleh pegi kat hatyai ni. tapi disebabkan mmg trip ni khas untuk trip bajet ketat, so sy plan utk rilek rilek, jalan jalan skit, dan makan makan saja. nmpknya, semua pun hepi. hehehe..

ok, trip yang seterusnya ialah selama 3 hari 2 malam. nanti akan distory dalam entry berikutnya pulak lah. hehe. enjoice some of the fotos. cheers!









No comments: