November 28, 2013

some tips for short trips. siri dua: hatyai, songkhla, thailand (bahagian satu)

tiba tiba mai mood nak share cerita trip ke hatyai. hekhek.

hatyai. dekat saja kalau dari kedah. nk p sana, sebagai pemastautin di kedah, perlis, perak dan kelantan, kita kat sini boleh guna border pass saja. x perlu buat passport. tapi had perjalanan agak terhad la katsana. seikutnya, boleh sampai ke pekan songkhla saja, x boleh la lajak p krabi atau phuket atau koh lipe atau ka koh samui ka dan pelbagai koh lagi yg ada katsana.. tapi rasanya ok saja untuk pegi up to pantai samila, dan tang kuan hill.. x jauh mana pun dari had sempadan tu.. lagipun, ada kedutaan malaysia di situ. huhu.. tapi... berani buat berani tanggung ye. in case ada apa apa jadi, tanggung sendiri ye. hehehe... tp setakat ni, alhmdu lillah, selamat inshaAllah...

jadi, langkah pertama yang perlu dibuat ialah: penyediaan border pass atau paspok

untuk border pass:

kat mana nak buat? pejabat imigresen la kan.. border pass cuma boleh buat di pej imigresen yang berada di negeri² yang bersempadan seperti yang disebutkan di atas. (skema plop ayat, haishh) cth la kan, kalau mu punya ic mmg alamat kedah, tp mu keja di penang atau kolumpo, mu kena balik kedah gak le buat border pass tu. pej imigresen kat penang dan kl xda servis buat border pass, ok?

apa yang perlu bawa? gmbr saiz paspok 2 keping, dan duit rm10, serta mykad (x perlu potostat)
kalau pegi in group, kita boleh buat group pass jugak - lebih save rsnya, sbb max to 7 ppl, hrga sama ja, rm10 jugak (cuma next visit, kalau nk guna dokumen yg sama, kena org yg sama untuk cross the border. x boleh kurang, x boleh lebih) masa nk pegi buat tu, semua ahli yang terlibat kena hadir. x boleh kirim gmbr saja ok. kalau kanak-kanak, sila bawak sijil kelahiran. atau mykid.

tunggu dalam 10-15 minit, satgi siap la tu.. sekejap saje.. :)

border pass boleh tahan selama 6 bulan. haa.. cross je la brp kali pun yg mu suka noo... hihi..

untuk paspok:
katmana nak buat? imigresen jugak la kann. semua negeri pun boleh..

apa yang perlu dibawa?
gmbr paspok 2 keping, duit rm100 utk paspok 2 thn, rm300 utk paspok 5 thn. dan mykad.
tu saja.. tunggu dalam 1 jam kot. dah siap..

okes. untuk ke hatyai ni, ada beberapa cara. sama ada roadtrip - naik kereta atau bas atau van, amik flight, ataupun naik kretapi. yang sy nk share kali ni ialah: naik keretapi. hihi..

ada dua jenis tren yang kita boleh naik, sama ada tren malaysia atau tren siam. sy pilih tren malaysia. sbb ms tu sy cuma tau cara nak naik tren malaysia sj, x smpt nk survey pasal tren siam. huhu. mgkin next time. inshaAllah ;P

maka langkah kedua yang perlu dibuat ialah membeli tiket tren, atau keretapi

katmana nak beli? sy beli di stesen keretapi la of kos, hehe.
untuk perjalanan dari stesen butterworth dan ke utara (cth: sungai petani, gurun, bkt mertajam, alor star, arau dan padang besar), tiket ke hatyai cuma boleh dibeli sehari sebelum perjalanan. stesen-stesen ni dikira berjarak dekat dengan hatyai. jd x leh beli tiket awai. kalau nak beli awai, kena beli tiket dari nibong tebal, atau lain² stesen yang berada ke arah selatan. (cth lain: taiping, parit buntar, ipoh, kuala lumpur) - tapi of kos harganya akan lebih mahal kan. hehe.. dari sungai petani, tren adalah pada pukul 7.10 pagi. tren akan berhenti di setiap stesen sepanjang perjalanan (gurun , alor star, arau) dan akhirnya berhenti di padang besar untuk lebih kurang satu jam. tukar kepala keretapi ktmb jadi kepala keretapi siam.

meh nak crita skit ttg tiket ni. masa trip pertama sy thn ni, dlm bulan oktober yg lalu, sy dan kwn2 beli tiket sehari sebelum di stesen butterworth. tiket adalah sehala. kami bertujuh - 5 dari butterworth, 1 dari sungai petani, 1 dari alor star. gamble saja, beli tiket sehala, bajet nak beli tiket balik di hatyai nnt. katanya x susah, dari belog yg sy baca.. trip kali itu cuma 2 hari 1 malam (nnt sy crita apa aktivitinya di part yang berikutnya ok). pagi tu, sebelum p jalan jalan pusing pekan, kami pun beli la tiket di stesen hatyai. tiket direct x boleh beli, cuma boleh beli hatyai-padang besar. kat pdg besar nnt br boleh beli tiket ke destinasi seterusnya. ok fine. tren jadualnya pukul 4.30 ptg waktu siam. tren ptg tu, delay, lebih sejam. haishh.. bila sampai di pdg besar, dah pukul 7.00 malam, waktu malaysia. dan kaunter tiket di pdg besar, tutup pukul 6.45 petang! oh tidakk. haha.. sebagai ketua rombongan (kononnya) sy agak gelisah. tapi buat buat cool je lah. hek. kwn sy dgn ringan mulut bersembang dengan station master, katanya, kemungkinan tiket sudah habis juga, sbb tu kaunter tutup awal. dem. bincang bincang dengan geng, salah sorg tu mmg keja buat jln kretapi, jd dia mmg selalu naik kretapi, hehe.. mazwan namanya. dia cdgkan kami duduk di koc kafe saja. ya! cadangan yang baik. hehe.. jadi kami masuk koc kafe direct. station master bgtau, kalau naik keretapi takda tiket, kena byr hrga tiket dan denda. tiket rm10, denda rm10. ok ja (walaupun kecewa, dah la tiket habis, kita pulak kena byr denda, huhu). harga direct trip pun lbih kurang tu jugak. hiuhiu. takkan nak berkampung di padang besar kan? hehehe.. begitulah kisahnya kami. lenguh jugak duduk kat koc kafe. seat x leh incline. hihi. tapi syukurlah, selamat semuanya. kekenyangan mkn pulut ayam kat kafe. hehehe. :) - wah, panjang jugak kisah ni. ahaha..

jadi, untuk trip kali kedua, sy beli tiket hala balik tu awai sikit.. sy beli tiket hatyai-nibongtebal. harganya rm24. (kalau hatyai-sungaipetani rm20) untuk memastikan yg kami mmg ada seat masa hala balik. dan tiket untuk pergi, saya beli di bkt mertajam sehari sebelum trip (sgpetani-hatyai rm20). sbb stesen sg petani takmau juai tiket, dia suh naik ja keretapi pada hari kejadian. xmo lah saya. letih nnt nk jump seat -.-" jadi total harga tiket pegi balik ialah rm44. (mgkin next time sy boleh try beli tiket di pdg besar masa tgh tggu kepala keretapi nak ditukar tu kan? ya, boleh coba)

oh ye, keretapi tu, namanya: senandung langkawi. hanya ada satu trip menghala utara setiap hari. 9.30 pm dari kl. akan tiba di hatyai 11.30 am waktu siam. untuk hala balik, 4.30 pm waktu siam dari hat yai. dan sampai di kl pukul 6.00 pagi esoknya.

ok, langkah seterusnya ialah langkah ketiga. iaitu menukar currency dari RM ke THB (atau Thai Baht)

utk trip pertama, saya pegi ke money changer untuk tukar duit. duit siam ni anggarannya lbh kurang 1:1 jugak. cuma duit dia ada lbh nombor kosong kat belakang. rm10 kita lbh kurang 100 baht dia. tp skrg ni susah nk dpt exact change. selalunya duit kita ni kurang bbrp kupang dr duit dia. mgkin rm10 cuma dpt 940-970 baht. untuk kali kedua trip sy, saya tukar dengan kakak KTMB di padang besar saja. kalau naik tren, ada sorang kakak yg keja KTMB akan tggu di stesen padang besar dan ikut tren ke hatyai membawa duit THB untuk ditukarkan. jadi, kalau x tukar awal, jgn risau, kakak tu mmg spare byk duit siam. ok jugak price dia juai. tapi kalau ada tmpt tukar yg lebih murah di sebelah sini, pegi je la tukar dulu, x salah pun. cuma sy malas nk p ronda ms trip kedua tu.

langkah keempat ialah menempah hotel, atau tempat penginapan

saya bawak geng pompuan semuanya. jadi sy cuba cari tmpt yang mmg dlm town dan selesa. tapi sbnrnya mcm gamble jugak. ye la kan, takpenah pegi tgk sendiri tmpt tu, bc review kat web dan gugel gugel saja. saya pilih tune hotel untuk kedua-dua trip tahun ni. hekhek. kalau kat malaysia, mmg kita saspen jugak, org kata tune hotel ni kecik dan sempit. tapi, lega jugak kat hatyai tu, besar biliknya. sgt selesa. boleh ja masuk 4 orang satu bilik, illegally la tapi. hehehe. satu bilik chargenya lbh kurang 72 - 92 rm. tu rate yg sy dpt. depends bila booking dibuat. kdg kdg ada offer. oh ye, sy beli di agoda.com. dpt rebate point. huhu. 

sbnrnya byk lg hotel lain kat pekan hatyai tu. sgt byk. yg betul2 dkt dgn pasar pun ada. tp pd sy, tune hotel tu pun dh cukup ok. jln kaki tu basah jugak la kalau hjn renyai. kalau tak, setakat peluh kat ketiak sikit² ms hari panas, ok ja.. balik hotel, minum ayaq mineral banyak2, then ok ja. hehe..

ok, seterusnya, langkah kelima ialah merangka aktiviti lawatan

oh, part ni menarik. sbb kedua-dua trip tu, tujuan utamanya ialah - makan. haha. nanti la saya sambung di entry berikutnya. sudah panjang benor pun yg ni. hehe. sekian dulu.

wassalam~

oh, kasi gambar skit. keretapi oh keretapi. hihi.. kbaii






No comments: