Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

April 8, 2014

lima hari di perth. itu ini begitu begini.

amaran: entry ini panjang dan banyak gambar. huhu

bismillah.

pertama kali menjejak kaki ke bumi australia. perth jadi destinasi pilihan. cewahh. kemain intro nya. hehe.

tiket kapalterbang sy beli dua bulan lebih awal, 
PEN-KUL return 87RM 
dan KUL-PER return 730RM
asalnya takdak makan dan takdak luggage
sy add on dua menu, chicken teriyaki dan chicken satay for 26RM.
dan sy jugak upgrade seat saya thru optiontown.com
tambah 64RM utk dapat one straight row, which is the three seats, so boleh baring, hihi

ini bukan trip backpackers atau independent traveller. ini trip seorang independent flyer, bersama keluarga rakannya. hihi..

sbnrnya sy menumpang trip bersama keluarga jiran lama saya. mereka bersembilan (tudia!) ke sana melawat anaknya yang dok stadi di murdoch university. tapi depa naik different flight, dengan MAS. anaknya - eia, a.k.a aunty zie (hihi) bersama suaminya udin dan 3 org anak, budi, suci dan caliph, dah lebih kurang 2 tahun berada di sana. pergerakan kami di sana menggunakan sebuah van 12 seaters dan sebuah kia carens / sebuah honda civic. pemakaian tali pinggang adalah sangat diutamakan sbb denda jika tertangkap tidak memakainya dikenakan sebanyak AUD500 (RM1,500 baq hang! huhu). harga petrol di sana adalah sekitar AUD1.56 seliter (kalau ikut rate kita mmg la mahai, tp kalau ikut pendapatan per kapita di sana, rasanya adalah murah sekali dongs!)

ok, entry ni dibuat sbb saja nak share, ke mana, di mana, dan apa aktiviti sepanjang lima hari berada di sana (tak termasuk perjalanan pergi dan balik)

so here it goes~

hari pertama (jumaat): airport, bentley, hilton, cottesloe beach

ketibaan di airport perth pukul 5.45 pagi (flight 12.30 malam dari lcct, dengan air asia la kan)
bersubuh di prayer room berdekatan dengan arrival hall. boleh tanya dgn janitor/cleaner kalau x jmpa :)
bersih biliknya. ada tempat wudhu' jugak kat dalam tu. cuma satu ruang, berkongsi lelaki perempuan.
suhu di luar masa tu 15 degC. wihuu.. 


dijemput oleh aunty zie, terus ke penginapan di bentley. ini rumah alya. dia kawan aunty zie yang masih bljr jugak kat sana. kat bentley, sy tido. mandi. rehat skejap. tghari langsung ke rumah aunty zie di hilton. makan nasik daging. yayy! :)


lepas kekenyangan dan rehat² sekejap, aunty zie bawak ke cottesloe beach. ada sculpture by the sea di situ. ramai org lepak² sambil makan fries. huhu. tujuan utama, nk tgk sunset. ya, indah sungguh lukisan alam.



ayaq laut dia, sejuk mak aii.. bestnya lah kalau boleh mandi. tp segan la plop nk mendugongkan diri. haha. so tgk ja la budak² kecik tu berendam. ish ish. jeles sungguh.. habis sudah hari pertama. balik ke rumah aunty zie utk dinner, dan kemudian kembali ke bentley utk mandi dan rehat dan tidor!

berikut adalah summary utk hari pertama. lebih kurang laa. haha..

(maaf, peta ni lbih kurang ja, sbb x reti nk set point shj, tepaksa buat direction. abaikan yang Walk 7 hours tu, haha)


hari kedua (sabtu): market city, e shed markets, fremantle market, swan river

pagi pagi hari kedua, lebih kurang pukul 6.45 pagi, udin (suami eia) bawak part of the team (5 org saja, yg lain x ikut) ke pasar, org kita kata market. hehe. di market city. bersih tempatnya. berasingan pasar ikan, pasar daging, pasar sayur dan pasar buahnya. kami dapat 'tangkap' sekor salmon, sekor siakap, beberapa ekor ketam dan oysters. dan beberapa kilo daging jugak. haha.


balik dari market ikan, sementara aunty zie nak siap siapkan makanan untuk dibawa ke piknik, udin bawak sebahagian team ke e shed market dan fremantle market. beli souvenirs dan tgk² org berseni. fremantle market tu lbh kurang mcm pasar seni kita jugak la kot. sana sini org buat street performance, especially busking. siap ada sorg makcik ni nyanyi lagu soprano lagi. haisshhh.. impressive sungguh. huhu.





balik ke hilton, lps late breakfast serba sedikit, petang tu, aunty zie bawak geng pegi piknik barbecue di the swan river. angin punya la kuat. hehe. tempat tu disediakan dengan tmpt nk bakar ikan/daging. cuma kita lapik la sikit dengan aluminum foil dan kertas. pakai letrik mendanya tu. bagus skali! huhu. 

so inilah dia aunty zie yang sedang membakarkan daging utk geng geng semua makan. yayy! 

ohoi.. sedapnya lah salmon dan daging tu.. indahnya kalau kat sini pun boleh beli salmon mcm tu hihu...


angin yang kuat pd hr tu telah mengundang ramai kite surfers dan wind surfers untuk beraksi di situ. kagum jugak makcik melihatnya. hehe. meriah gitu.


swan river ni luas. macam laut pun ya. airnya pun masin. tatau la pesaipa disebut river. belum sempat kaji. mgkin satu hari nnt. huhu. dan mmg ada byk swan di situ. black swan.


sekian hari kedua. malamnya rehat rehat sekejap di hilton. makan apa yang patut. dan balik bentley. mandi dan tido! hihu.

dan ni pulak summary utk hari kedua:



hari ketiga (ahad): belmont forum, king's park, mill point (sir james mitchell park), spudshet jandakot

hari ahad ialah hari pasar pagi. pasar pagi ni jual mcm² brg, terpakai dan baru. menarik jugak. mcm car boot sales. tp dibuat di parking lot. ada mcm² brgn rumah, baju, kasut, henbeg, pokok, buku, basikal budak, mainan dan mcm² lg. so sempat 'menangkap' sebuah buku resepi dengan harga 1 dollar. hihu. sampai skrg belum penah try masak lagi. haha. mgkin satu hari nnt inshaAllah. hihu~


asalnya nak ke caversham lps balik dr belmont forum tu. tp disebabkan sudah agak kelewatan, aunty zie tukar plan. lunch dulu di hilton dan kemudian piknik di king's park. ok je macamana pun. hihi. inilah budi, suci dan caliph. amazing kids :)


balik dari king's park, singgah kat sir james mitchell park, dkt mill point road utk tgk city. sbnrnya ada terpengaruh sikit dengan gmbr nite view yang orang dok share kat fb dan blog. tapi x smpt nak gelap, abah aunty zie ligan semua balik magrib di rumah. hihu. maka amik gmbr pre nite view saja lah. ada kecewa sikit. tp xpa lah, nnt bole cuba lagi T_T


balik ke hilton semula. dinner. dan lepas dinner, aunty zie bawak ke spudshed di jandakot. kedai tu 24hrs, lebih kurang mcm 7e la kot kan, tp jauh lebih besar dan lebih convenient. :) lepas beli brg sikit, balik ke bentley untuk rehat dan mandi dan tido. 

so ini summary hari ketiga :)



hari keempat: caversham wildlife park, the blueboat house at matilday bay, sir james mitchell park (lagi!)

wah, dah hari keempat. sat saja no. hihu. pagi² semua dah siap² nak pegi caversham wildlife park. bayaran untuk masuk ialah AUD25 untuk dewasa dan AUD11 untuk kanak² bawah 12 tahun. dan haiwan yang paling excited untuk dilihat ialah kangaroo dan koala bear la kan. hihu. ada juga binatang² lain, cthnya wombat, ular, owls, kuda, biri-biri, llama, dan byk lah lagi, hihu. dpt tgk show sheep sheering jugak. menarik! :)



lepas piknik lunch di caversham (makan ayam masak merah yang berwarna kuning, sedappp.. hihi) kami balik ke bentley untuk rehat sekejap. lepas dah segar sikit, lbh kurang pukul 5 ptg, terus ke matilda bay pulak, untuk ke the blue boat house. yayy! ni pun sbb terpengaruh dengan gambar di net. sy request aunty zie bawak kami ke situ. timakaseh la aunty zie ya hihu~



lepas hr dh nk gelap, jalan kaki balik ke van, dan aunty zie bawak semula ke sir james mitchell park. yayy! akhirnya, dpt jugak amik gmbr nite view. hihi. walaupun x da la santek sgt gmbr yg sy amik ni, tp, ok la kan.. nama pun amatur. cewahh.. :)


lega dah dpt tgk nite view, maka kembali semula ke hilton. makan. dan lepas tu, kembali ke bentley. mcm biasa, mandi, dan tido~

dan ini summary day 4. :)
 


hari kelima (selasa): murdoch university, westfield carousel

ok, sy bgn awal, ikut alya ke hilton, tolong aunty zie masak² sikit pagi tu. dh lepas mkn dan siap², aunty zie bawak pi murdoch university. cari kedai buku, beli pen, buat kenangan. hehe.


dah dpt beli pen, aunty zie bawak the whole geng ke westfield di carousel. mall yang agak besar, ada byk kodai dlm tu, termasuk k-mart dan coles. so sy jln² saja, tlg tgk² budak² dan mkn² apa yg patut hehe.. aunty zie beli barang sikit untuk buat yong tau foo. yayy! tapi takda gambar yong tau foo pulop dalam simpanan. hehe. sedap benor makan sampai lupa amik gmbr la tu. hihi.

mlm tu, lepas dah salam² semua ahli geng yang menetap di hilton, sy balik ke bentley, rehat, mandi mandi dan pack barang. siap² untuk balik the next day.

so summary day 5:


hari terakhir (perjalanan balik): bentley ke airport

pagi² sebelum subuh lagi sy dah ke airport. aunty zie hntr jam 4.00 pagi. hihu.

alhamdu lillah, semua aktiviti selamat, pergi dan balik. cumanya sy kena caj AUD45 di airport masa hala balik, sbb katanya hand carry sy overweight - 11kilo. T_T kecewa. sebab ms naik KUL-PEN ok ja pun. sy cuma bawak backpack 45L. berat sikitla sbb beli garam 2.5 kilo. haha. hmm, nmpknya strict jugak makcik oz yang jaga gate di airport perth tu. takpalah, dh malas nk fikir. dah byr dah pun T_T

terima kasih kepada semua, aunty zie, udin, alya dan keluarga aunty zie, sudi bagi sy join trip bersama family. walaupun x sempat makan fish & chips dan pegi sandboarding, sy dh cukup happy. hihu. maaf sekiranya menyusahkan. ada rejoki lagi nnt kita pi pulak no.. ;) timakaseh jugak kepada keluarga sy yg sudi menghantar dan menjemput di epot penang. hihi.

ok. tu saja. semuga bermanfaat.

sekian :)



p/s: oh ye, kalau ada yang berminat nak tau pasal penyewaan van 12 seaters dan jalan² sekitar perth, mungkin boleh cuba hubungi aunty zie, hihi. nnt sy bg contact number. ;P


February 6, 2014

being me

sometimes i found me forcing myself doing things; things that are supposedly to be willingly fixed in a daily routine. yet it still feels so not right. it is so heart aching and mind torturing. am i sick? or am i being paranoid? is there something wrong somewhere?

i guessed it’s not really that complicated. perhaps it’s just the way of how things work, how the journey goes, how the world evolves. it’s just the way it should be. that’s all.

ya, that’s all. hekhek.



just keep walking. stop when desired. nobody will tell you when to speed up or to slow down. when the time comes, you will know.




November 29, 2013

some tips for short trips. siri dua: hatyai, songkhla, thailand (bahagian dua)

sambungan daripada entry sebelum ini, utk tips for short trips (cewah) ke haytai :)


ok, untuk trip sy ke hatyai yang pertama tahun ini - 2 hari 1 malam. berikut adalah itenerynya:

Day 1 (waktu adalah dalam timezone hatyai - lewat sejam dari malaysia)
12.00 pm ketibaan di hatyai - jalan kaki je ye pegi hotel (sila lihat peta - klik utk besarkan skit)
12.10 pm cek in di hotel - dan rehat rehat (byr tmbhn rm12 utk early check in)
1.00 pm lunch di restoran maliam
2.00 pm naik van ke pantai samila
(ok, citer skit: van tu sy arrange dgn uncle yg berport di lobby tune hotel saja. malas nk reround dah, hihi. utk half day trip, dia caj 1,500 baht. so kami share sorang lebih kurang 220 baht utk return trip. ngam la kan?)
3.00 pm sampai di pantai samila - lepak lepak minum ayaq nyoq. amik gmbr duyung. haha
4.00 pm gerak ke floating market
4.20 pm sggah masjid wilayah songkhla sat
5.00 pm sampai di khlong hae floating market
(ok, crita lagi: excited dia lain macam bila sampai tmpt ni. hihi. padahal, tmpt makan ja pun. mgkin sbb pertama kali membeli makanan dari dalam sampan, hekhek. ada byk fancy food, dan dijual dari 20 - 30 baht. jadi, sgtlah menarik untuk dicuba. sy ni kalau bab makan, suka ja cuba yang aneh aneh hehe)
7.00 pm gerak balik ke hotel - mandi mandi, rehat sat
9.00 pm pasar malam (hihi)
(crita skit: pasar malam yg sy tau cuma di kawasan depan lee garden plaza - jalan kaki jugak, dekat saja. nak beli apa? yaa.. pulut ayam goreng. hihi. ada beberapa gerai yg menjual. sy beli dr sorang macik yg bergerai kecik, dia meniaga dengan anak dia. sebelah gerai makcik tu ada orang jual pulut deroyan, ish ish.. tempting sgguh. tp sy beli pulut ayam dan udang goreng saja - beli, balik mkn kat hotel. sambil jln balik tu, sggah la beberapa kedia, tgk tshirt, tgk beg, dan apa yg yg diminati hehe)
10.00 pm makan dan sembang
11.30 pm tidoq dah la hehe

Day 2
5.00 am subuh masuk dah ni, pahtu, tido semula haha
7.00 am bgn dan siap siap - makan mangga beli kat floating market sebagai breakfast awal hehe
8.00 am turun brekpes di restoran sulaiman - restoran paling dekat dgn hotel
(critanya: roti canai harga 20 baht. roti telur harga 20 baht, jugak. jadi, mestila sy makan roti telur. haha. air, mineral jugak, sama ja, 10 baht. selesai minum pagi.. mazwan belanja semua, hehehe.. timakaseh mazwan)
9.00 am jalan jalan sekitar pekan - beli bilis, udang kering dan kacang dan... miang kham! yum yum
(ada pasar pagi di sekitar kim yong market. buah-buahan ada byk dijual kat situ)
11.00 am balik hotel sat utk check-out bilik 
(kena check-out dua bilik dan tggal satu bilik saja untuk late check-out sbb kretapi pukul 4.30, byr tmbhn lg 120 baht)
12.00 pm makan tengahari di maliam
(budak budak ni suka makan situ, kena dengan selera dan tekak depa, sy ok saja, layann)
1.00 pm balik hotel mandi manda dan pek barang
2.00 pm check-out dan lepak kat lobi sat, hehe
3.00 pm amik tuk tuk depan hotel untuk ke stesen keretapi
(ni la satu satunya kali kami naik tuk tuk sepanjang tempoh dua hari satu malam kat hatyai, hehe. satu kepada 20 bath saja. sebabnya, brg byk dah tak larat nak hangkut ke stesen hehe)
4.30 pm naik tren
5.30 pm baru tren jalan
7.00 pm sampai padang besar
7.40 pm gerak dari padang besar
10.30 pm sampai sungai petani

haishh.. penatt... tu saja. ini hanya trip jalan jalan dan makan makan. ada byk tmpt sbnrnya yg boleh pegi kat hatyai ni. tapi disebabkan mmg trip ni khas untuk trip bajet ketat, so sy plan utk rilek rilek, jalan jalan skit, dan makan makan saja. nmpknya, semua pun hepi. hehehe..

ok, trip yang seterusnya ialah selama 3 hari 2 malam. nanti akan distory dalam entry berikutnya pulak lah. hehe. enjoice some of the fotos. cheers!









February 13, 2013

heppi besdayy tu yuu: ain surayya binti fazril sani


selamat ulangtahun cik ain surayya. semuga yang baik² dan indah². 
and... just be naughty, girl. keh keh. 

cheers~ from a.l.o.n.g. awong! ;P


July 19, 2011

walaupun tak dapat jumpa rusa dan tenuk kat sana, saya dapat bagi ikan kelah dan jelawat makan, memang syahdu rasanya

kali pertama menjejakkan kaki ke daerah itu. ya. sibuk sibuk pegi obersea hr tu, dlm negara sendiri pun belum abes pusing sbnrnya :) kalau sebelum ni, asik ke taman negara pulau pinang setelah diperkenalkan oleh makcik bedah, kali ni, sy hajak makcik bedah ke taman negara pahang pulak.

tujuh orang dari utara. depa bawak kreta, mmg laju. 10min to twelve midnite, kreta bergerak dari juru. 20min past 5am, dh sampai kat jerantut. lepas rehat² dan mandi² di rumah salah sorg ahli rombongan kat situ, kul 8 pagi, baru le bergerak ke kuala tahan. lebih kurang satu jam jugak. seploh orang yg join trip kali ni, tambah tiga dari pahang.

aktiviti pertama di hari pertama, naik bot menyusuri sungai tembeling ke tmpt titian kanopi. menarikk.. lebih kurang 1km kot kanopi tu.. tp agak mengecewakan, sbb pokok2 tade tag. huhu. sy ni pun bukanla pencinta alam sgt, tp kalau ada tag nama pokok sepanjang kanopi tu, sy rs ianya akan jd lebih menarik dan educational. cewahh. pastu kami hiking lbih kurang 1.2km ke puncak bukit terisek. aiii.. boleh thn letihh jugak. pas turun tu, naik bot semula utk rapid shooting. yg ni, sgt menarikk. memula, x paham jugak ape kebende la hai rapid suting nih. pastuu.. hmm.. tergezut den kono percikan air yg disengajakan oleh brader yg bawak bot tu. habes lencun, mcm mandi sungai. aktiviti utk hari pertama tamat di situ. seme letih. nk pulak smlm tak cukup tidur. dlm kereta, bukannya nk bole nyenyak sgt. pas lunch, sume balik tido. sblh mlmnya, kami p tgk video tayangan, yg bg info pasal tmn negara ni kat pej perhilitan di seberang sungai. o lupa pulak nk inform, kami stay kat chalet je, kat kuala tahan tu. tak pulak berkemah di penempatan org asli di sepanjang sg tembeling tu. mgkin lain kali bole try yg tu pulak... pas dinner, sembang², tido je la kan...

hari kedua, naik bot lagi. kalau hr pertama, naik bot besar yg boleh muat 10-12 org. utk hari kedua, naik bot kecik, bole muat 3-4 orang. sbb laluan anak sungai tu kecik sikit. kami nk menghala ke lata berkoh. nk mandi manda. sblm tu, singgah kat lubuk ten0r. katsitu ada tmpt bela kelah. tp depa kata, xnmpk kelah sgt, byk jelawat saja. ms tgk video mlm sblm tu, pakcik tu kata, kelah tu, harga dia, sekilo rm80. ish ish. kalau beli katsitu la. kalu dibawak ke bandar, masuk supermarket, boleh sampai rm120 sekilo. aduhai. tak merasa la den nk makan.. mandi kat lata berkoh, aduhaii, mmg syahdu. tp agak deras air terjun kat situ. ada saspen jugak. tp wat² mcm tade pape. huhu. asikk sungguh. sejukk. nyaman. air pun sedapp :P sejam kot kat situ. dr lata berkoh nk ke tmpt bot tinggalkan kami tu, dlm 1.2km (lagi! pastu ada tim member yg agak fobia dgn 1.2km, hik hik) balik semula ke lubuk kelah td, masuk dlm sungai dan bg ikan mkn. ikan² berenang kat sekekeliling kita. ish ish. asikk jugak :) letihh betul hr tu. sbb mandi manda air terjun. lunch hr tu adalah lunch yg paling sedapp pd sy. walaupun cuma ikan goreng, sup ayam dan cabai potong+kicap. syukurr. sedap betull..

hmm.. tu je pun aktiviti di tmn negara. asalnya ketua rombongan nk santai² tp jd mcm mini adventurous trip, sy suka! ;) bajet kecil²an. lgpun mcm x boleh agak apa yg nk dibuat. tourist guide kami, walaupun dia dulu kije cikgu sementara kat sk kuala tahan tu, dia pun tak well equipped, belum dpt tag ijau utk jd guide yg bertauliah. hehe. anyway, terima kasih kepada semua utk trip kali ini.. :)

esoknya baru kami balik, singgah di jengka utk makan gulai tempoyak ikan patin dan kari landak. hik hik.

ada chance, pasti akan ke sana lagi ;) yok!





satu perkataan, yg bole sy guna utk describe pahang - jauhh... huhu~

July 6, 2011

hey, what do you think you are doing %$^*(?^!#@

hm. walaupun itulah kalimah pertama yg saya dapat sebagai ucapan 'welcome to india' dari pihak imigresen di sana, saya ok je je. mungkin tu tandanya sbg peringatan, utk sy lebih berhati-hati kerana sy berada di tmpt org, huhu. kisahnya kerana sy telah men'snap' bbrp keping gmbr ketika sy beratur utk dptkan cop imigresen di paspot sy (excited masuk negara org, ms kat vietnam ritupun mcm tu jugak, tp xde la jd hal pape.. lgpun kwn sy ada pesan, amik gmbr byk2. hehe) pegawai pompuan yg dok menguap lebih kurang lapan kali sepanjang pemerhatian sy tu menjadi sgt garang. mgkin terlalu mengantuk, jd dia perlukan sesuatu utk hilangkan kemengantukannya. sy dihantar ke bilik pegawai atasan dia bersama d80 sy yg dh agak season itu. kata dia, india ni mmg negara yg friendly, tp di sempadan itu securitynya mmg sgt ketat. no friendship here, dia kata. dia suruh delete semua gmbr yg sy amik di sekitar kwsn tu. so... whatever. sy pun delete sy, cuma sy mntk izin utk simpan selai gmbr. iaitu gmbr ini:


hak hak. gmbr kakiku.. yg berjaya menjejakkan kaki di sebahagian lg bumi milikNya... alhmdu lillah.. hmm.. chennai tu, panas tmptnya. lebih kurang tiga jam empat puluh minit penerbangan tu, membawa sy ke satu tmpt yg suhunya tiga puluh empat darjah selsius pd waktu malam. tak dpt nk bygkan mcmana siangnya nnt. tp alhmdu lillah, bole ja cope dgn cuaca tu. hr pertama agak mcm nk demam, sebab kat luar panas, bahang, kat dlm opis dan hotel pulak guna ekon, nyaman dan dingin. panas sejuk panas sejuk, akhirnya ada rs seram sejuk pulak, hik hik.

ini satu bisnes trip. tp ada jugak jln2 trip, hehe. so kita citer yg jln2 saja, bab kije, lenkali kita crita no (kalau tringt, hik hik) ok ;) enam hari katsana.. dan antara kesimpulannya ialah, bersyukur byk² dilahirkan dan dibesarkan kat mesia ni. walaupun mesia kdg2 fenin2, hehe (kan??) tp ok la tu... ok sangat kalau nk dibandingkan. xtau mcmana nk explain. tp itulah dia. huhu.

rakyat depa, ramai. di chennai, ada lebih kurang tujuh juta. lebih kurang mcm kl kot kan?? economically, shall i say that they have improved a lot. depa bole ja p soping kat kedai dan spend sampai 3-4 ribu rupee (dlm 2-3 ratus duit mesia) and some of them spend more than that, utk beli sarees atau groceries. which means, they do have money. the way they spend, sama lebih kurang mcm kita. tp yg bergelandangan dan melepak di bawah flyover dan kemah2 tepi jln pun masih ada. yg dtg ketuk2 tingkap kereta sambil dukung anak mntk belas ihsan pun ada. tp x byk. sekali dua sj jmpa. yg bekerja, mmg rajin. tak kisahla yg jd driver ka, jaga pintu ka, receptionist ka, mmg rajin. sgt rajin. sungguh2 depa carik duit. yg meniaga tu lg la. pandai ja nk tarik customer.

jln ry dia, ya ampuunnn.. dh kalau ada tujuh juta rakyat, hmm, mmgle sesakk. lane kat jlnraya tu, bole lukis buat syarat je la, takdenye nk ikut garisan, semua menderu2, di mana saja. hon toksah crita la. bebunyi sepanjang ms. sbg indicator, hey i'm here, give way. atau, excuse, i'm here, be careful. tp, takda eksiden langsung yg berlaku, sepanjang nam hari katsana. semua org pun mcm rushing2 nk ke destinasi masing2, tp semua org pun bg laluan kat masing2. sama2 nk buat kerja. mmg hebat pemandu2 katsana. lgpun ada construction yg hebat tgh dibuat. monorel dan hiway jugak. jd mmg sgt sesak. epotnya pun sdg direnovate. habuk di sana sini..

makan? haishhh.. sy ni siap bwk ration. megi dan nesv1ta. hehe. hr pertama, bekfes, mkn ration yg dibawak. luncheon, manufacturer belanja. indian chinese food (ada pulak indian chinese food gitu, dh indian, chinese pulak. hehe) - vege, of course. walaupun dia kata cikennya halal, ada saspen jugak, hikhik. but then, industri penyembelihan di sana mmg yg memonopolinya itu org islam. cumanya, bila ada saspen, mgkin lebih baik go for vege, rite? ;) utk dinner, supplier pulak ajak mkn di luar. kami ke luar mencari kedai mkn, hrpnya yg halal dan sedapp hehe. bila bgtau kat drebar, dia kata dia pun muslim, jd dia kata nk bwk pi Buhari H0tel. sy dgn 'baik'nya bertanya, 'org katsini takde ke mkn dkt kedai2 mkn yg kecik? knp kena mkn kat hotel' (dlm bahse inggres yang bercampur2 dgn bahse apa xtau, hihi). pastu dia ada bg jwpn, tp sy x brp paham, sy pun ok ok kan aje. sampai buhari h0tel tu, pelik jugak, knp mcm restoran. bila ditanya kat tokei kedai, rupanya kat sana, mmg tmpt mkn gitu, dipanggil 'hotel'. ish ish. taktaula, sama ada kami ni yg peghak, atau depa tu ada buat pencemaran bahasa. huhu. dh bila dpt jmpa kedai mkn yg halal dan sedap gitu, dan harga pun sgt berpatutan, maka dah hr2 pun nk dinner di situ, haha. alhmdu lillah. cumanya bila dh kerap sgt mkn briyani dan kari, sy jd pening. hr keempat, kurindukan nasik lemak dan sambal tumis yg teramat sgt. 'hotel' tu ada jugak jual chilli prawn, jd sy order saja. bole jugak la hilangkan ketagihan, hik hik.


sy dpt peluang ke bangalore jugak. supplier bwk kami ke sana. katsana. sejuk. mcm cameron gitu. suhu pagi tu ms kami sampai, dua puluh empat darjah selsius saja. cerah, tp dingin. tak smpt jln2 sgt, sbb jadual pek. pegi pagi, balik petang ke chennai. gmbr pun xbyk yg amik.

hm, byk je citer kalau nk citer, tp mgkin tak tertaip jdnya. mgkin selai dua gmbr ni bole tunjukkan, mcmana chennai tu. ada lg, sy try haplod kat fb nnt. xdpt nk berkreatif sgt pun (bajet perasan terer, haha). snap gegitu saja. ada stress sikit, mgkin sbb panas, huhu, cuaca pulak disalahkan ye. hmm..

oklah. so ppl, enjoice!















p/s depa ada power surge poblem. electricity mmg x stabil. akan berlaku power trip bbrp kali dlm sehari, utk bbrp ketka, kdg2 dua minit, kdg2 sampai dua puluh minit.. kalau dulu, pc sy selalu restart setiap sejam dh berjaya dipulihkan selepas bbrp bulan, kes depa ni, x tau la bila nk dpt solve. dh sekian lama, dan xtau sampai bila, sampai depa dh pasrahh. atau mgkin jugak dh redha, itulah kehidupan, yg mereka ada..