Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

August 30, 2012

jalan ini jauh namun kita tempuh bagai bumi ini hanya milik berdua


Ketika waktu mendatangkan cinta Aku putuskan memilih dirimu Setitik rasa itu menetes Dan semakin parah Bisa ku rasa getar jantungmu Mencintaiku apa lagi aku Jadikanlah diriku Pilihan terakhir hatimu Butterfly terbanglah tinggi Setinggi anganku untuk meraihmu Memeluk batinmu yang semat kacau Karna merindu Butterfly fly away so high As high as hopes I pray To come and reach for you Rescuing your soul The precious messed up thoughts of me and you Jalan ini jauh Namun kita tempuh Bagai bumi ini Hanya milik berdua Biar ku berlebihan Mendekatimu Namun ku tulus | Butterfly

May 9, 2012

kisah sepatu merah: mohon diberi kesenangan pun sudah cukup bersyukur


selesai menonton sebuah derama di telibisyen. kisah sempena hari ibu. maaf tapi kiranya jalan ceritanya agak perlahan. cuma cuba bertahan kerana mahu melihat umi aida memerankan watak utama itu. saja la suka nak tengok. yang lain, biasa biasa saja.

terdengar dan teringat akan sedikit bahagian dialog di awal cerita,

bulan: mak, uncle kata bulan kena rajin. nanti baru boleh jadi kayaa.. kan mak kan..?
mak bulan: hm. mohon supaya diberi kesenangan pun dan cukup bersyukur bulan.. alhamdu lillah.. :) 

kedua dua mereka sedang menjalani hidup yang amat rumit pada mata kita. tapi saya kira mereka sebenarnya punya kasih sayang yang sarat, tak putus dan melimpah limpah yang menjadikan mereka terus kuat walaupun perlu hidup dalam keadaan itu. mungkin itu sajalah yang mereka perlukan.

mungkin kita juga seharusnya begitu.

selamat hari ibu! hari hari pun adalah hari ibu. terima kasih dari hati :)


p/s: ngajak bukan maksa


August 26, 2011

salam pagi jumaat. salam 26 ramadan. salam aidilfitri. salam maaf zahir dan batin.

salam pagi jumaat~

salam 26 ramadan... =)



sedih bila tgk episod terakhir smlm.. sbb dah takde dah drama ni pasni. huhu. tp tetap ada kepuasan, walaupun hanya di tontonMY =) (episod pertama pun tgk kat tonton jugak, huhu - nk buat guane, dh mlm² kan asik ada kelas saje~ =P)

tahniah tuan pengarah dan penulis skrip drama ni. episod pertama yg tak sengaja ditonton. dan 14 episod seterusnya selalu buat sy ternanti nanti. tahniah kpd pelakon² jugak. sy suka watak mazni. sy suka watak sakinah. saya suka watak anna. sy suka watak hisham. sy suka watak rossa. sy suka watak aqhee. sy suka watak daniel. sy suka watak mak hawa. hihi. mcm semua ja~ =P

dah 26 hari kita di dalam ramadan. tggl brp hari ja pun lg dia dh nak pergi tinggalkan kita (atau kita yg akan tggalkan dia dulu?) apa² pun, moga beroleh rahmat dan berkat dariNya ke atas kita semua. mohon selamat sepanjang perjalanan ini.

sy nk wat ucapan sempena syawal sensiap walaupun sy x balik kmpg (sbb dh mmg duduk kat kampung kott) =P

salam aidilfitri. salam maaf zahir dan batin buat semua yang membaca entry sy kali ini. terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog sy yg takde pape ni. seandainya jemari tak berkesempatan berjabat, setidaknya kata masih dapat terungkap. selamat hari raya. hati² di jalanraya. jom sesama raikan musim ini seadanya.

o ye, cik yaya balik sp lg ptg ni! ^^




p/s: sori kalau sound lagu tu terover kuat. huhu. bole ejas sound kat atas kanan ;)


July 22, 2011

banyak la ko punya cool. nama pun sudah kelakar - kum kum - macam bunyi keropokk. kofi-kofi. alFatihah di pagi jumaat.


"jom ngeteh jom"

kalau pas kelas silat, mmg tu la selalunya disebut oleh salah sorang jemaah. ngeteh. tp, xde la minum teh pun selalunya. kadang² minum limau, kdg² minum milo, horlick, tongkat ali. ikut tekak sendiri la kan.

tapi semalam, sy bljr pekataan baru (mgkin org lain dh lama guna, tp sy br dgr smlm, agaknya sbb dh kurang aktiviti sosial sejak kebelakangan ni, hihi) kalau nk ajak p minumminum, sebutnya:

"jom kita kofi-kofi"

hihi.

yep, bljr dr drama di bwh ini:


=)

gmbr kat atas skali tu, gmbr teh, atau lbih dikenali sebagai cai di chennai. teh yg ada letak sedikit herbs dan susu lembu fresh tu, mmg sedapp. yg ni dpt minum ms ikut bos² pegi soping di kedai saree dkt salah sebuat soping komplek kat sana.

kali terakhir sy ngeteh @ kofi-kofi, hr sabtu lepas. dengan kwn2 yg men bdmntn di hQ kat sah alam. riuh dan gamat. dh lama tade aktiviti mcm ni. taktaula pesaipa. mgkin bateri cepat abes lately. heh.

dan sebut pasal sah alam, smlm, bos besar s|rim, t0k Ya, telah slmt kembali ke rahmatullah. alFatihah utk beliau.

ini e-mel yg kami dpt di siar@GCA:

Jenazah Allahyarham Dato’ Ir Hj Yahaya Ahmad, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zohor. Selain daripada ahli keluarga, anggota kerja SIRIM dari pelbagai peringkat termasuk pejabat negeri turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut hadir menziarahi jenazah adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Hj Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha MOSTI YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, Pengerusi SIRIM Berhad YBhg. Datuk Hjh Jamaliah Kamis, bekas Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Mohd. Ariffin Aton, bekas Pengawal SIRIM YBhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali dan bekas Ketua Pengarah JAKIM YBhg. Dato’ Wan Mohamad Sheikh.

Allahyarham Dato’ Yahaya yang meninggal dunia di kediaman beliau di Seksyen 6, Shah Alam, pukul 10.55 pagi tadi kerana komplikasi barah pankreas meninggalkan seorang balu, Datin Prof. Dr. Ir. Shah Rizam bt. Mohd. Shah Baki serta lapan orang anak.

Seluruh warga SIRIM Berhad dan anak-anak syarikatnya merasa amat kehilangan atas pemergian ini. Doa diringi semoga roh Allahyarham diberkati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh. Al-Fatihah.



salam pagi jumaat. semoga selamat dan sejahtera semuanya...

April 18, 2011

apa dosa ku. hanya waktu menjadi saksi.

apa dosa ku?

hmm.. hanya waktu menjadi saksi..

huhu... mcm ala2 emo kan? hehe. hmmm.. meh nk terangkan apa di sebenarnya yang berlaku.

apa dosa ku? - ni tajuk telemovie yg ciksarah tonton di citra smlm. ^^

hanya waktu menjadi saksi. - ni part of the OST lyrics. yg dinyanyi nyanyi setiap kali nk iklan. lagunya oleh nikki - biar waktu.

bagus kisahnya. kisah benar. kisah seorang unsung heroine. sorang misi. misi = nurse. byk berjasa dan berkorban untuk tanah melayu ms zaman penaklukan jepang. kalau dilihat semangat juangnya, ish ish, mmg hebat. kalau ada peluang, silalah tonton. ni ada ciksarah sharekan trailernya saja.




ok. tu je. sbnrnya nk share ttg satu lg cerita. ada nonton junior masterchef, australia? di starworld. i enjoyed watching it. really enjoyed. somel2 budak2nye. walaupun kdg2 masakannya takde la mouth watering sgt, tp sgt kagum dengan kebolehan budak2 tu memasak dan menjawab soalan. professional :)

smlm. semi final. antara 4 org. sorg tu, jack namanya, berjaya menempatkan diri utk ke final. jd tggal 3 org lg, isabella, sofia, dan sienna (yg ni plg ciksarah suka, somel je budaknya.. pandai betul memasak.. baru semilan tahun, huhu). jadi, ada pressure test utk 3 org ni utk join jack ke finale. isabella dan sofia - dua beradik, kembar tak seiras. kalau tgk siri2 awal, sofia ni yg paling excellent. selalu menang challenge. dia org pertama dpt menempatkan diri ke semi-final. isabella. tak brp menyerlah. selalunya came third or fourth dlm mana2 challenge.

ms pressure test dh mula, juri tny pd isabella: who would you think to be in the finals? you or sofia? kata isabella (sambil pandang2 kat adik dia) : we both have the potentials, but... i would love to win this. ish ish. sy suka jawapan dia.

dan bila juri umumkan keputusan, isabella yg berjaya ke final...~

ada la serba sikit kisah air mata di situ. tp minor saja. budak2 pun pandai kontrol emosi. huhu. jadi juri bertanya kpd sienna dan sofia, bilakah moment yang paling indah sepanjang penglibatan dlm rancangan tu. sienna jwb, pd minggu yg dia ditugaskan membuat custard tart. dia suka dpt hias tart tu dgn buah2an. mmg santek tart2 tu punn.. dia ni mmg pakar wat dessert. dan jwpn sofia pula: standing here and knowing that my beautiful sister got through the finals. huhu.. sy suka jugak jawapan dia ini. huhu...

kdg2, ada byk pengajaran dan inspirasi yg bole dpt dr budak2. walaupun depa tu kecik. ada pengajaran yang disampaikan melalui depa.

hm. persaingan yang sihat. sy suka. entah sy boleh buat atau tidak. kita cuba.

cheers~ ^^


June 21, 2010

oh si gigi besi~



seharian melayan cik betty gigi besi (yg dh semakin cun) semalam. memandangkan dekoder astro tidak memberikan kerjasama yang baik. entah apa masalahnya. adakah itu satu petunjuk utk bertukar kepada astro beyond berserta tv plasma empat puloh dua inci? huhu...

tp tak sempat dihabeskan lagi. mgkin perlu stengah hari lg utk menghabiskan bbrp episod lg tu. huhu. ciksarah suka ugly b*tty season 4 ni (sampai part yg dh tonton tu la, yg blom tonton maseh blom boleh komen). byk betoi yg dpt dipelajari. mudah2an senang la nk absorb, sebab ciksarah ni orgnya payah skit nk terima pelajaran baru, ketegaq neh, hehe..

cik betty di season 4 sudah berjaya mentransformkan dirinya kepada seorang yg lebih anggun bergaya dan berjaya dalam kariernya. i like~ gigi besinya ternyata memberikannya kekuatan utk meneruskan kehidupan, hehe..

ada sorang lg yg bergigi besi yg nmpknya berjaya membuat perubahan besar dlm perjalanan hidupnya. ya, sh*hir zawawi (gmbr x upload, malas nk search hehe). ni adek ciksarah tu, ninananani suka sgt. agaknya jatuh chenta ngn gigi besi si shah*r tu la tu hehe.


December 1, 2009

hanya mampu sujud

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....
(ku musikkan dalam kedua tapak tgn tu maksudnye ape ye? huhu... ciksarah, dgr tu mawi ckp, kita hanya mampu sujud je ciksarah.. tu pun dengan izin Dia ciksarah... ish3. kenapa la ciksarah ni...)
---
+: sarah, kenapa dengan sarah ni...
-: ...
+: sarah...?
-: mak.. kenapa dengan sarah ni mak...?
+: ....
-: kenapa sarah tak boleh jadi baik mak...? :'(