"jom ngeteh jom"
kalau pas kelas silat, mmg tu la selalunya disebut oleh salah sorang jemaah. ngeteh. tp, xde la minum teh pun selalunya. kadang² minum limau, kdg² minum milo, horlick, tongkat ali. ikut tekak sendiri la kan.
tapi semalam, sy bljr pekataan baru (mgkin org lain dh lama guna, tp sy br dgr smlm, agaknya sbb dh kurang aktiviti sosial sejak kebelakangan ni, hihi) kalau nk ajak p minumminum, sebutnya:
"jom kita kofi-kofi"
hihi.
yep, bljr dr drama di bwh ini:
=)
gmbr kat atas skali tu, gmbr teh, atau lbih dikenali sebagai cai di chennai. teh yg ada letak sedikit herbs dan susu lembu fresh tu, mmg sedapp. yg ni dpt minum ms ikut bos² pegi soping di kedai saree dkt salah sebuat soping komplek kat sana.
kali terakhir sy ngeteh @ kofi-kofi, hr sabtu lepas. dengan kwn2 yg men bdmntn di hQ kat sah alam. riuh dan gamat. dh lama tade aktiviti mcm ni. taktaula pesaipa. mgkin bateri cepat abes lately. heh.
dan sebut pasal sah alam, smlm, bos besar s|rim, t0k Ya, telah slmt kembali ke rahmatullah. alFatihah utk beliau.
ini e-mel yg kami dpt di siar@GCA:
Jenazah Allahyarham Dato’ Ir Hj Yahaya Ahmad, Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zohor. Selain daripada ahli keluarga, anggota kerja SIRIM dari pelbagai peringkat termasuk pejabat negeri turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Turut hadir menziarahi jenazah adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Hj Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha MOSTI YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, Pengerusi SIRIM Berhad YBhg. Datuk Hjh Jamaliah Kamis, bekas Presiden & Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Dato’ Mohd. Ariffin Aton, bekas Pengawal SIRIM YBhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali dan bekas Ketua Pengarah JAKIM YBhg. Dato’ Wan Mohamad Sheikh.
Allahyarham Dato’ Yahaya yang meninggal dunia di kediaman beliau di Seksyen 6, Shah Alam, pukul 10.55 pagi tadi kerana komplikasi barah pankreas meninggalkan seorang balu, Datin Prof. Dr. Ir. Shah Rizam bt. Mohd. Shah Baki serta lapan orang anak.
Seluruh warga SIRIM Berhad dan anak-anak syarikatnya merasa amat kehilangan atas pemergian ini. Doa diringi semoga roh Allahyarham diberkati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh. Al-Fatihah.

salam pagi jumaat. semoga selamat dan sejahtera semuanya...
No comments:
Post a Comment