Hope 2 Walk


Kempen Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan dua orang cahayamata Saudara Mohd Affandi dan Puan Raja Rohaisham, Annisa (11) dan An-nur (9) yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.


Namun, tidak lama selepas pelancaran kempen ini, Annisa telah kembali ke rahmatullah pada 22 Disember 2011. Kini, usaha dalam mengumpul dana terus dipergiatkan dalam membantu membawa An-nur ke Erkang Hospital Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net

Selepas itu, An-nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom. Sila layari:
http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/

FB Page dan blog rasmi dikendalikan oleh sukarelawan dan segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibubapa An-nur.

Sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Hope 2 Walk ini boleh berbuat demikian ke akaun:

Maybank
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 162021363678

Maybank
Mohd Affandi bin Ramli (bapa)
Account number : 1561 1400 1424

sebarang pertanyaan sila hubungi :-

Faizal Riduan - 012 212 4414
Nashita Md Noor - 013 209 6373
Zumrah Husni - 013-2031355

Semoga sumbangan dan kerjasama diredhai dan mendapat kasih sayang dariNya.

Terima kasih Semua...