Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

August 10, 2010

marhaban ya ramadhan

salam.

marhaban ya ramadhan.

(^_____^)

semoga beroleh kebaikan di ramadhan kali ini, insyaAllah.
semoga sentiasa dirahmati di sepanjang ramadhan kali ini, insyaAllah.
semoga beroleh kemenangan di penghujung ramadhan kali ini, insyaAllah.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang bertaqwa" - Surah Al-Baqarah: 183

"Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

---
*gmbr di bawah, takde kaitan dengan ramadhan. cuma aktiviti yg dibuat sebelum tiba ramadhan. jalan² cari makan ;)

cuba le teka apa yg dua org kawan sy ni tgh buat? hehe

hmm.. passing apakah itu? huhu..~ lihat kaki mereka!

hehe.. kasut lekang la pulak.. sakan jalan² neh~ ;) bubuh gam dulu ok!

proses membetulkan kasut sedang dijalankan (^___^)

yey, alhamdu lillah.. dah selesai.. jom sambung jln² cari makan² :P

*salam takziah utk dayah sekeluarga, atas kembalinya nenda dayah ke rahmatullah. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang² yang beriman.

February 4, 2010

jiwa kacau

kdg2 bila nk dtg keje, sgt liat. kdg2, mcm rajin je bgn awal. tp lately, sejak bbrp bulan ni, mmg sgt liat. malas sgt nk bgn dari katil (nk pulak ada tilam vono yg baru ni hehehe). adohai..

tp bila sampai opis, susah pulak nk balik ke rumah. rs malas betul nk drive tu. adohai...

entahlah. manusia. mmg x pernah puas hati dgn apa yg dia dpt. ni la namanya x reti nk bersyukur. bukannya taktau, tp masih dok buat jugak. kenapa eh? kenapa selalu lupa?

kan best kalau punya hati yang rendah. hati yang bersyukur. maka bolehlah jadi tenang. hati yang gelisah dan resah ni adalah hati yang tak bersyukur kan? mcm ciksarah ni? entah apalah yang diresahgelisahkan. tp nk dpt hati yg tenang begitu, pastila x senang kan. pastila kena lalu mcm2 kan. pastila tu kan?

ada kawan ciksarah post ni kat blog dia, ciksarah copy sikit ye :)

If a problem can be solved, no need to worry about it ..
If a problem cannot be solved, what is the use of worrying..

Heated gold becomes ornament
Beaten copper becomes wires
Depleted stone becomes statue..

So the more pain you get in life, you become more valuable..

sape yg takde masalah dlm dunia ni... semua org ada, kan? yg membezakan ialah cara kita mengatasi. kena la bijak sikit, kena la matang sikit. setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya. utk kita belajar, jadi lebih dewasa.. bak kata kawan ciksarah tu jugak: ini bukan cerita sempurna, ini bukan cerita hebat. ini cerita mencari jalan... orang tak pandai macam tu la, tersesat.. tersilap.. kalau pandai, kita kata sebab kita pulak.. ujian yang kita tak sedar.. yang bawa kita lebih jauh dari Dia.. begitukah yang kita mahu..~?

byk lagi yang ciksarah kena bljr. entahlah sempat atau tak. entahlah berapa lama lagi masa yang ada pun.. tp kalau dpt belajar dengan seorang kawan sepanjang perjalanan ni, bagus jugak. tp entahlah. kdg2 rs mcm x mampu. tp yg mampu tu pun bukan kita kan? entahlah. entahlah. semoga ciksarah dikurniakan kesabaran lagi... sabar je la ciksarah. tu je yg ciksarah boleh buat. mmg susah nk buat. tp kena la buat jugak. sabar je lah...


ciksarah ada induksi di HQ next week. ada masalah dgn transport nk balik dr sana ke sp. penat dah fikir. esok la pulak sambung fikir. hr ni nk rilek dah. letih ronda2 kat bukit merah laketown resort, survey tmpt utk conference. huhu~ jom balik rumah! tp malas nk drive! mcmana~!!!???

January 3, 2010

di tahun baru 1431H dan 2010

salam semua.

salam tahun baru untuk semua. tahun baru hijrah pun baru masuk hari ke 17. tahun baru masehi pun baru hari 3. semoga kita semua berada di dalam keadaan sejahtera hendaknya.

dan semoga hari2 mendatang ni, kita semua akan sentiasa diberikan petunjuk dan hidayahNya dalam menghadapi ujian dan dugaan yang bakal mendatang, ditetapkan iman di atas jalanNya dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya...

buat semua yang ciksarah sayangi, ciksarah mintak maaf atas segala kesalahan dan kesilapan ciksarah. ciksarah mintak maaf sangat2. kalau ada rezki dan jodoh kita, insyaAllah kita akan berjumpa lagi ya...

masa untuk muhasabah diri lagi. ttg apa yg dah berlaku sepanjang tahun lepas. semoga dapat memperoleh pengajaran untuk memperbaiki diri sendiri...

cheers ebelibadi..~

**
somewhere, somewhen, i just forget what i had to do in life. sometimes when i woke up in the morning, i can't breath...

life is searching for mardhatillah~

try to let go off everything you fear to lose...

yesterday is history, tomorrow is mystery, but today is a gift... that's why it's called 'present'. if i fill my heart with the regrets of yesterday and the worries of tomorrow, i have no today to be thankful for.

November 30, 2009

senyumlah ciksarah, senyum dari hati

opick kata, obat hati ada lima perkaranya...

Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Sifu kung fu panda kata,

Yesterday is a history, Tomorrow is a mystery... Today is a gift... that's why it's called 'present'~ :) smile ciksarah. kerana senyuman pasti akan membahagiakan hati.

---

dia: senyum la sikit.. senyum pun susah ke... (senyum)
saya: hm, susah nk senyum ni sbnrnya.. brp thn sy bljr nk senyum.. (senyum)
dia: hm, tu yg susah tu. sbb mkn tahun.. (senyum)
saya: (senyum) (bertahun sy bljr utk senyum, sehinggalah sy bertemu awak.. senyum itu menjadi mudah bila ada awak.. terima kasih kerana ajar sy senyum.. senyum dari hati...)


---


next movie stop!


ada sorg kakak suruh ciksarah tgk. dia kata muvi ni sesuai utk ciksarah. yang tgh mem'bella'kan diri sekali lagi! hmmm..

---

opick dan amanda kata, yang dicinta akan pergi, yang didamba akan hilang, hidup akan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan... :'(

October 12, 2009

untuk ciksarah

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya rabbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya rabbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya rabbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya rabbi

Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah
Kerana air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
kerana hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga


Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya rabbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya rabbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya rabbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya rabbi
Hanya padaMu ya rabbi


opick. melly. takdir.
hidup, begitulah...

October 7, 2009

kutu

semalam, kengkawan ciksarah kat opis ajak main kutu. dua belas org sumenya, hehe. setahun la baru selesai insyaAllah. tujuan: untuk kolek duit buat byr roadtax dan insurans kereta masing2. huhu. hujung bulan ni agaknya depa nk start. hopefully everything goes fine...

dan ada opismet ajak treking ke bukit kutu a.k.a. gunung sekutu hujung bulan ni. mcm best jugak ye. warming up sebelum naik kinabalu (cewah! perasan. berangan sgt nk naik kinabalu! hahaha) cukup fit ke ciksarah ni? lembut je lutut rsnya, sakit2 belakang lagi ni sbb duduk lama sgt kat TEM smlm :P ada 12 hr lagi utk berfikir dan decide, hehe..

dan sbnrnya, bila sebut pasal kutu ni, tringt zaman sekolah rendah dulu, mmg byk kutu pun! kuang kuang kuang. jangkit dgn jiran selang 2 rumah tu, sbb selalu naik bas skali dgn dia. 2 ke 3 thn terseksa dengan binatang kutu atas kepala. ish3. mmg seksa. mujurla akhirnya dpt diselesaikan, alhamdu lillah. tp x ingt la cemana caranya tu. sbb dh lama sgt, dah lebih 20 thn yg lalu! huhu...

heh. kutu, kutu, kutu... sume pun kutu, huhuhu...

--

kesian mama ciksarah pagi ni. 'terperangkap' di luar rumah! mama keluar buang sampah kat luar, pastu ke belakang rumah bg yuyu mkn. bila nk masuk ikut pintu depan, tgk2 ayah dah kunci! ayah keluar ke sg layar mcm selalu la. mujur mama bwk henpon dlm poket. tp henpon ayah pulak abeh bateri. mama col ciksarah, suh tipon ayah, tp harusla x dpt jugak, huhu. terpaksa col jiran terdekat dengan rumah tok di sg layar utk dapatkan ayah. hehe. mcm2. pagi2 lagi dh ada hal. rilek2 je ok. semoga hr ni kita sumer diselubungi aura yang baik2 juga insyaAllah... (^-^)

ops, yuyu pun ada kutu jugak! huhu. nk hntr pegi grooming, tp entahlah bila!

--

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
· Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
· Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
· Zakat dijadikan hutang.
· Suami turut kehendak isteri.
· Anak derhaka kepada ibunya.
· Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
· Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.
· Suara ditinggikan di dalam masjid.
· Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
· Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
· Arak diminum di merata tempat.
· Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
· Artis jadi pujaan.
· Muzik banyak dimainkan.
· Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain.

(Hadis Tarmizi)

October 6, 2009

angin dan tanah

selamat pagi..

hujan hari ni. dan bila hari hujan, ada kesesakan jln ry berlaku, walaupun di jln kampung (kat sungai seluang ok!), huhu. tp ok je, walaupun kereta ciksarah bergear manual, xde la smpai cramp betis menekan clutch sepanjang kesesakan selama lebih kurang 20 minit td tu, hehe.. alhamdu lillah, slmt jugak sampai ke opis, dan curi2 time skit update blog ni, kuang kuang kuang.. (dun wori, akan digantikan nnt insyaAllah...)

sj nk kongsi. pasal bencana alam, yg melanda dua negara (tiga mngkin) di sekitar asia tenggara, yg berjiran dekat dengan tanah melayu ni. satunya di atas, filipina (dan vietnam juga), ribut taufan yang membawa kemusnahan yang agak major. nyawa dan harta benda. bila unsur angin bertindak ganas, hmm, mmg dasat. dan satu lagi di bawah, indonesia, sgt hampir dgn kita (ada yg turut merasakan gegarannya kan ritu?), unsur tanah, gempa bumi yg menjangkakan ribuan kematian juga. hmm.. nk komen pnjg2 pun x reti, tp semoga kita semua dpt amik iktibar dr setiap apa yg berlaku di sekeliling kita. kekuasaanNya itu terlalu dekat dgn kita. mcm ada peringatan untuk kita kan? peringatan apa? entahlah. tp sama2 kita bole fikirkan kan... ni apa yg ciksarah nmpk la. pd yg lain2, terserah...

oklah, ciksarah perlu menyambung tugas ciksarah untuk hr ni. sejuk. malasnye nk bekerja, hehe. tp saya keje mkn gaji.. demi mencari rezeki untuk mendaptkan sesuap nasik (dan membayar balik hutang pinjaman jpa!) maka saya harus bekerja...

semoga hari ini, kita diselubungi oleh aura yang baik2 jugak~ (ciksarah tolong jgn byk berckp ok, jgn lupa, ada mata - lihat, ada telinga - dengar, ada mulut - diam... :P)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”
Riwayat Abu Syeikh

September 30, 2009

mesti tonton! (wajib tayang)

semalam ciksarah menonton ini di tv3. bagus skali. suka sangat... lagu2 best, sinematografi best, emosi best. puisi itu juga bagus, tp sy x ingt semua baitnya...

"bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasehku, syurgaku...
bulan jangan biar siang, biar malam kelam, jadi sepi, seperti aku..."

dan lepas ni, ciksarah mesti tonton ini pulak! mesti tonton!


dan mgkin ini jugak, kalau masih ada...


----
dua hari ni, ada hujan lebat, dan ribut jugak, yg dtg skejap2... bbrp kali dlm satu hari... di rumah dan tempat kerja. mungkin terkena sipi-sipi taufan Ketsana..

bukan kali pertama, bukan kali kedua. dah kali ketiga agaknya ni. tapi ciksarah masih x reti2 jugak, masih x faham2 jugak bagaimana caranya.. susahnya... tp org kata, bukan senang nak senang.. tapi yang ni termasuk jugak ke dalam kategori tu? hmmm... hmm... entahlah... hmm... tolonglah.. sy mntk maaf..

---

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Hebat dan amat mengagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa bahagia dia bersyukur, maka ia peroleh kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga." (Riwayat Muslim).

*o ya lupa nk mention, mmg sy suke tgk muvi afdlin, dia cif kodok sy, hehe

September 11, 2009

jiran tetangga (dan kematian)

Dalam maksud Hadis yang lain, Rasulullah saw telah menerangkan bahawa bagi jiran ada 3 hak:

Jiran yang mempunyai satu hak.
Jiran yang mempunyai dua hak.
Jiran yang mempunyai tiga hak.


Adapun jiran yang mempunyai 1 hak adalah jiran musyrik yang tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran (kemanusiaan). Dan jiran yang mempunyai 2 hak tadi adalah jiran yang Muslim dan kemanusiaan. Dan jiran yang mempunyai 3 hak adalah jiran yang Muslim dan berkerabat dengan kita.

Dan Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian hendaklah ia menghormati jirannya."


---

huhu. saja nk berkisahkan ttg jiran. selama ni ciksarah mmg la tinggal di kwsn perumahan, dan pastilah hidup dalam sebuah kejiranan. tp komuniti kami di situ agak limited, x ramai sgt, kwsn perumahan yg kecil. dan yg beragama islam, cuma tinggal 2 keluarga saja (years back, pernah ada sampai 4 family, tp 2 lg tu dh pindah.. hmm)

masih ingt pd bulan mei yg lepas? maktok ciksarah meninggal (alFatihah). maktok menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.30 pagi dan selamat dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan pada jam 8 malam (since takda org yg nk korek liang pd sebelah tengahari, maka agak lewat sedikit urusan itu selesai, tp alhamdu lillah, semuanya selamat). ada jugak jiran yg bukan islam datang menziarah. tapi x ramai, cuma yg terhampir saja.

dan pada bulan lepas, 2 hari sebelum ramadhan, jiran yg tinggal berhadapan dgn rumah ciksarah, seorang apek tua (yg merupakan tokei besar la dlm rumah tu) pun dah meninggal. kematian seorang tua di rumah membawa maksud yg baik bg sesebuah keluarga ca-ya-nun-alif. kematian berlaku sekitar jam 1 pagi (hari jumaat). pd paginya, ms ciksarah nk pegi kerja, ciksarah nmpk derang dah pasang langsir kuning dan meletakkan mayat tu di tgh2 ruang tamu rumah (dengan kelambu hijau!). dan seperti yang dijangkakan, upacara meratapi kematian itu haruslah mengambil masa beberapa hari. hmm.. dan cuba teka, brp biji khemah yg derang dirikan utk upacara tersebut? lima ok! ciksarah rasa kan, bila kenduri boy bulan 1 nnt pun x tentu akan naik sampai 5 khemah mcm tu, huhu. punya la meriah depa ni. dan mama, x sanggup nk duduk di rumah, dah le khemah tu pasang sampai depan pagar kami, nk kuar masuk kereta pun susah. aduhai (sbnrnya mama tu mcm seriau sbb mayat tu dok ada dlm rumah tu hehe dan kdg2 depa tu kan suka pasang lagu2 yg sedeh2 sayu2 tu dgn kuat, mmg agak mengganggu kdg2,hmm). maka kami bernomad ke rumah umi (kakak kpd ayah) x jauh dr rumah ciksarah jugak. 4 hari berkampung di sana, huhu. ada jugak la balik ke rumah utk basuh baju dan amik bj baru since pada sebelah siangnya tidak ada apa2 upacara diadakan... jiran oh jiran...

dan semalam, ciksarah balik ke rumah sekitar jam 9 malam. ms otw tu mama dah sms, rumah kaf-lam-ya-nga yg di hujung tu ada ramai org, byk kereta blok, so mama suh ciksarah ikut jln yg satu lagi. sampai je kat rumah, ada pulak sebuah kereta ni parking betul2 dpn pagar rumah. ish3. cemana la ciksarah nk masuk. haruslah berjalan ke rumah hujung tu dan berdiri je di dpn rumah (ramai pulak org memerhatikan ciksarah haha) sampai la tuan rumah tu keluar.. ciksarah maklumkan (dengan baik ok, walaupun org selalu kata ciksarah ni garang tak kena tmpt) bhw ada sebuah kereta memblok laluan masuk ke rumah ciksarah. dan dia bersetuju utk mencari tuan kereta tersebut. ciksarah pun bertanya le knp le ramai sgt org di rumah dia tu, rupanya ayahnya baru meninggal pagi tu dan akan dikebumikan pd keesokan pagi (hari ni la tu). jiran oh jiran...

tiga kematian tiga bangsa dan agama yg berbeza. dan pastinya berbeza upacaranya. yg pasti juga, mereka dah tiada. kita, entah bila? dan yg paling pasti, saat itu pasti akan tiba. wajibun!

--

Al-'ASR - wal-'asr demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. kecuali yang beriman dan beramal soleh. dan berpesan pesan kepada kebenaran, dan berpesan pesan dengan kesabaran

September 7, 2009

tujoh belas ramadhan

"tujoh belas ramadhan wahyu pertama, di gua hira' ia diterima, surah al-'alaq ayat pertama, bacalah olehmu jibril berkata"

ni antara lirik nasyid berkaitan nuzul quran yang ciksarah ingt. hehe. ya ya, hr ni dah tujoh belas hari kita berada di bulan ramadhan 1430H. hmmm... semoga kita semua telah mendapat serba sedikit rahmat dan berkat yang ada dlm bulan ini utk kita sama-sama jadikan bekalan untuk balik ke sana nnt.. mudah2an begitulah.

ciksarah rindu. entah pada apa. tapi ciksarah rindu. hanya Dia yang tahu, kerana hati ini milik Dia...

Ku Mohon
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu Ooh
Kuatkanlah Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatan-mu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (riwayat Bukhari).

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Apabila salah seorang dari kalian bangun dalam keadaan berpuasa, maka janganlah ia berbicara jorok dan kotor, maka jika seseorang dicaci atau diperangi, maka hendaklah ia berkata: Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa. (Shahih Muslim)

*ciksarah ke kl hujung mggu lepas, menyupirkan diri utk mama, dia ada meeting di jalan p*ntai. singgah di gerai abgjoe, dia belanja air tebu utk berbuka puasa hr tu, mmg best! sgt manis! huhu. timekaseh~ dan hari ni, hari isnin, ciksarah kerja. kedah x cuti utk nuzul quran sbb dh amik isra' mikraj ritu. busan! (byk sgt renungan kali ni.. sbnrnya utk diri ciksarah sendiri. kena betul2 merenung. *sigh*)

**dan hari ni jugak, dalam sejarah, badar al-kubra berlaku... ya, hari ini... (baca di sini untuk artikel nuzul quran dan badar al-kubra)

---
tgh malam smlm ciksarah menerima sms dr abghiz*m, kak-ina slmt melahirkan anak ke-4, seorang lg puteri.. alhamdu lillah.. tahniah :)

dan pg td pulak, ciksarah terima sms berita kematian seorang ahli psscm, kak mummy, meninggal dunia of kanser hati, innallillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan org2 yang beriman...

August 27, 2009

9 sebab hati tidak bahagia

1- Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam - Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3- Hasad dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4- Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5- Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi).Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6- Tidak sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7- Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8- Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9- Cinta Dunia - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Hati ini kan milik Dia...
---
untuk ciksarah renungkan. betul² renungkan. dan fikirkan...

August 4, 2009

fatamorgana?

hari ni bukan hari jumaat, tp ciksarah nk bg tazkirah jugak utk diri ciksarah, huhu. ciksarah suka nasyid ni sejak kali pertama mendengarnya lagi, tak ingt brp tahun yg lalu dah pun... sebelum tu ciksarah ada cari kat wikipedia ttg apa itu maksud 'fatamorgana' ni sbb ada seorang sahabat ciksarah kata, cuba cari betul2 apa maksudnya... (sori, wikipedia bg makna dlm bahse indon! hehe)

Fatamorgana merupakan sebuah fenomena di mana optik yang biasanya terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir atau padang es. Seringkali di gurun pasir, fatamorgana menyerupai danau atau air atau kota. Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin. Kata fatamorgana diambil dari bahasa Italia. Ini pada mulanya adalah nama saudari Raja Arthur, Faye le Morgana, seorang peri yang bisa berubah-ubah rupa. (Fata morgana = mirage)

dan inilah lirik nasyidnya, hijjaz yg nasyidkan~

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini." (Quote)

July 31, 2009

tazkirah jumaat

di hari Jumaat ni, ciksarah nk bagi tazkirah utk diri ciksarah sendiri :)

---

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

- Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
- Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku di tangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Redha Dengan Rezeki Yang Ada :

Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Di dalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala pemberian Allah ".
( Riwayat Muslim )

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana'ah ( merasa dengan pemberian Allah ".
( Riwayat Tirmidzi )

Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Mengharapkan Redha Ilahi :

Sebagaimana mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi .

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )

Dan firman Allah s.w.t. lagi tentang orang-orang yang membelanjakan harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas. Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan Tuhannya pun redha kepadanya". ( Surah Al-Lail : Ayat 18-21 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya".
( Riwayat Tirmidzi )

Redha Kepada Keluarga Dan Anak-Anak
Redha kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbani yang memerlukan suatu pengorbanan yang besar.

Begitu juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang disebutkan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Dan Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas r.a. :
" Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan yang banyak".

Redha Membawa Nikmat dan Bahagia
Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku".
( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 )

Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama- lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) ".
( Riwayat Muslim )

Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah dari sini.

---

astaghfirullaah al 'aziim, innahu kaa na ghaffaaraa...

April 14, 2009

dari ciksarah untuk ciksarah (supaya tidak poyo!)

Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.
Riwayat Muslim dan Tirmizi

Huraian

1. Kita semua wajib beriman kepada qadha dan qadar kerana ia rukun iman

2. Beriman kepada qadar takdir ialah berusaha menjalankan segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t pada azali serta diputuskan hukum berjalannya apa yang ditetapkan itu.

3. Allah Taala telahpun memutuskan dan menetapkan bagi tiap-tiap satu natijah ada pendahuluannya, dan bagi tiap-tiap suatu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya

4. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan yang mencapainya yang ditetapkan dan ditentukan oleh Allah bermakna ia kufur, tidak beriman kepada Qadar taqdir dan Qadha yang azali

(sv ciksarah yang emelkan, tiap2 hari mmg dia ske bg renungan kat seme staf kat ofis tu. huhu)

untuk ciksarah, supaya tidak lagi poyo. supaya tidak lagi mengada-ngada. mudah²an ada sedikit kesannya. terima kaseh kepada encik yang membuka mata ciksarah, yang mengetuk kepala ciksarah supaya ciksarah sedar. terima kaseh sekali lagi. ciksarah mmg poyo. ciksarah minta maaf sebab ciksarah dah menyusahkan encik... terima kaseh sekali lagi...