August 10, 2010

marhaban ya ramadhan

salam.

marhaban ya ramadhan.

(^_____^)

semoga beroleh kebaikan di ramadhan kali ini, insyaAllah.
semoga sentiasa dirahmati di sepanjang ramadhan kali ini, insyaAllah.
semoga beroleh kemenangan di penghujung ramadhan kali ini, insyaAllah.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang bertaqwa" - Surah Al-Baqarah: 183

"Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

---
*gmbr di bawah, takde kaitan dengan ramadhan. cuma aktiviti yg dibuat sebelum tiba ramadhan. jalan² cari makan ;)

cuba le teka apa yg dua org kawan sy ni tgh buat? hehe

hmm.. passing apakah itu? huhu..~ lihat kaki mereka!

hehe.. kasut lekang la pulak.. sakan jalan² neh~ ;) bubuh gam dulu ok!

proses membetulkan kasut sedang dijalankan (^___^)

yey, alhamdu lillah.. dah selesai.. jom sambung jln² cari makan² :P

*salam takziah utk dayah sekeluarga, atas kembalinya nenda dayah ke rahmatullah. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang² yang beriman.

4 comments:

cik aso said...

selamat berpuasa kak sara ^_^

daripada saya yg berada diperantauan...
perantauan lah sangat.hahahaha

p/s: rindu nak amik gambar... (camera tinggal kat rumah)
rindu nak panjat bukit...
waaaaaaa....

kalau nak datang sini bagi tau lah ek.. leh dok rumah saya

Fazira Albaijure said...

slmt berpuasa ina~ (^__^)

*rindu ina jugak, hehe

Norhidayah said...

terima kasih..amin.. lawak la letak gambar ni.. malu ai..
selamat berpuasa..

Fazira Albaijure said...

=) selamat berpuasa jugak