October 6, 2009

angin dan tanah

selamat pagi..

hujan hari ni. dan bila hari hujan, ada kesesakan jln ry berlaku, walaupun di jln kampung (kat sungai seluang ok!), huhu. tp ok je, walaupun kereta ciksarah bergear manual, xde la smpai cramp betis menekan clutch sepanjang kesesakan selama lebih kurang 20 minit td tu, hehe.. alhamdu lillah, slmt jugak sampai ke opis, dan curi2 time skit update blog ni, kuang kuang kuang.. (dun wori, akan digantikan nnt insyaAllah...)

sj nk kongsi. pasal bencana alam, yg melanda dua negara (tiga mngkin) di sekitar asia tenggara, yg berjiran dekat dengan tanah melayu ni. satunya di atas, filipina (dan vietnam juga), ribut taufan yang membawa kemusnahan yang agak major. nyawa dan harta benda. bila unsur angin bertindak ganas, hmm, mmg dasat. dan satu lagi di bawah, indonesia, sgt hampir dgn kita (ada yg turut merasakan gegarannya kan ritu?), unsur tanah, gempa bumi yg menjangkakan ribuan kematian juga. hmm.. nk komen pnjg2 pun x reti, tp semoga kita semua dpt amik iktibar dr setiap apa yg berlaku di sekeliling kita. kekuasaanNya itu terlalu dekat dgn kita. mcm ada peringatan untuk kita kan? peringatan apa? entahlah. tp sama2 kita bole fikirkan kan... ni apa yg ciksarah nmpk la. pd yg lain2, terserah...

oklah, ciksarah perlu menyambung tugas ciksarah untuk hr ni. sejuk. malasnye nk bekerja, hehe. tp saya keje mkn gaji.. demi mencari rezeki untuk mendaptkan sesuap nasik (dan membayar balik hutang pinjaman jpa!) maka saya harus bekerja...

semoga hari ini, kita diselubungi oleh aura yang baik2 jugak~ (ciksarah tolong jgn byk berckp ok, jgn lupa, ada mata - lihat, ada telinga - dengar, ada mulut - diam... :P)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”
Riwayat Abu Syeikh

No comments: