September 7, 2009

tujoh belas ramadhan

"tujoh belas ramadhan wahyu pertama, di gua hira' ia diterima, surah al-'alaq ayat pertama, bacalah olehmu jibril berkata"

ni antara lirik nasyid berkaitan nuzul quran yang ciksarah ingt. hehe. ya ya, hr ni dah tujoh belas hari kita berada di bulan ramadhan 1430H. hmmm... semoga kita semua telah mendapat serba sedikit rahmat dan berkat yang ada dlm bulan ini utk kita sama-sama jadikan bekalan untuk balik ke sana nnt.. mudah2an begitulah.

ciksarah rindu. entah pada apa. tapi ciksarah rindu. hanya Dia yang tahu, kerana hati ini milik Dia...

Ku Mohon
Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu Ooh
Kuatkanlah Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatan-mu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (riwayat Bukhari).

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Apabila salah seorang dari kalian bangun dalam keadaan berpuasa, maka janganlah ia berbicara jorok dan kotor, maka jika seseorang dicaci atau diperangi, maka hendaklah ia berkata: Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa. (Shahih Muslim)

*ciksarah ke kl hujung mggu lepas, menyupirkan diri utk mama, dia ada meeting di jalan p*ntai. singgah di gerai abgjoe, dia belanja air tebu utk berbuka puasa hr tu, mmg best! sgt manis! huhu. timekaseh~ dan hari ni, hari isnin, ciksarah kerja. kedah x cuti utk nuzul quran sbb dh amik isra' mikraj ritu. busan! (byk sgt renungan kali ni.. sbnrnya utk diri ciksarah sendiri. kena betul2 merenung. *sigh*)

**dan hari ni jugak, dalam sejarah, badar al-kubra berlaku... ya, hari ini... (baca di sini untuk artikel nuzul quran dan badar al-kubra)

---
tgh malam smlm ciksarah menerima sms dr abghiz*m, kak-ina slmt melahirkan anak ke-4, seorang lg puteri.. alhamdu lillah.. tahniah :)

dan pg td pulak, ciksarah terima sms berita kematian seorang ahli psscm, kak mummy, meninggal dunia of kanser hati, innallillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan org2 yang beriman...

1 comment:

angah`izza said...

wah..kak ina+abg izham sudah dpt yg ke-4?
cargazz sungguh..
murah rezki derang 1 famili =)