September 1, 2009

assalamualaikum

salam semua~ :) alhamdu lillah, dah 10 hari kita selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan ye. hari ni dah hari ke 11 pun. semoga ibadah kita telah pun dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh rasa kesyukuran pada Tuhan... terawih cemana? ok ke? hehe... (tetiba rs mcm rancangan kanak2 kat tv9 pulak! hahaha)

ish ish... dah umor 30 pun dok merapu meraban lagi ke? (huh?) ya, ya, ciksarah dah 30 tahun (di hari minggu yg lepas), hehe. perasaan? sama ja, takdak beza pun di usia ini... alhamdu lillah... terima kasih Tuhan kerana memberikan usia sepanjang ini... syukur. semoga saki baki usiaku dapat digunakan untuk kebaikan dan bermanfaat bagi manusia lain jugak, mudah2an begitulah (dah terlalu byk menyusahkan org ciksarah ni selama ni... hmmm...) timekaseh kepada yang menyampaikan ucapan, tanda ingatan terhadap ciksarah. sorila kalau ada besday korang yg ciksarah x ingt huhu. dan kpd yg x wish, x pe, ciksarah tau korang ingt pd ciksarah tp x ingt bila besday ciksarah je hehehe (ayat cover dan perasan sendiri haha) walaupun pd thn ni xde la wat pape acara spesel, tp pd hr sabtu tu ayah ciksarah masakkan steamboat, hihi. sedap oo. tp sbnrnya bukanlah dikeranakan event besday tu, ianya adalah kerana sumer adik2 ciksarah ada di rumah, maka ayah pun masakkanlah steamboat tu utk kami mkn... :P dan keje utama ciksarah pada hujung minggu lalu ialah - TIDOQ! too much sleep, is never enough! heh.

hmmm, ciksarah ni dah letih sbnrnya. mcm2 kes je yg ciksarah dgr. sampai pening dah sbnrnya.... ciksarah dh MALAS nk fikir! ikut je. ikut je ok. jangan fikir bukan2. ciksarah nk teruskan kehidupan mcm biasa. biarlah apa org nk kata, ciksarah nk wat keja ciksarah saja ok. bulan2 puasa ni, takbaik berburuk sangka sesama sendiri. seharusnya kita gunakan untuk mendekatkan diri dengan Dia dan mengenal diri kita rata-rata... semoga kita semua sentiasa bersama bersatu berada di bawah lindungan rahmatNya.. amin.. ok? chow chin chow dan adios cikapot! pis n cheers ebelibadi~ :-*


*maaf tulisan komik terlalu kecik. sila ke websitenye ok ;)

4 comments:

angah`izza said...

hepi belated besday ye kaksarah..
luper nk wish, pd hal kt emel dh wat reminder. rs nya wad dh wish, ye tak. dia mn pnah missed besday akak, heheee =)
moga dimurahkan rezki+sehat2 selalu di bwh kasih sayang-Nya

Fazira Albaijure said...

timaseh. yep, wad dah wish, tp silap umo! hahaha

Meja Ext. 288 said...

selamat ulang tahun..
smoga ceria selalu..

Fazira Albaijure said...

:) mekaseh meja ext 288 huhu