January 26, 2006

January 24, 2006

hari ini hari selasa

alhamdu lillah, baru je lepas present progress report. fewwhh.. letih betui otak aku. telinga sakit? masih lagi. pagi tadi jumpa doktor lagi. dia sembur air dlm telinga kasik cuci skit/ pagi tadi tu sakit betul, sampai aku dah nekad nk present hari kamis je, walaupun dengan kehadiran dr hilmi! tp lps cuci telinga tadi dh ok skit. dh x sakit cuma masih bengang dan pekak sebelah kiri ni.

panel tadi - prof radha, dr ramasamy dan dr su (svisor sendiri, bole ke? huhu). presentation ampeh sbb aku baca je nota dan slide yg aku tulis tu. soklan bole thn gak le susah nk jwb tp aku wat bodo je last² svisor yg tlg jawabkan, ahaha.. tah pape la aku ni kan. bole ke nk viva bulan 6 kalo keadaan mcm ni? hehehe...

harapnya bole la betulkan balik segala komen yg panel bg td. overall mcm ok, walaupun sbnrnya sgt tak ok :P

ni la cover dpn presentation aku tadi.. template wat sendiri tu, cung tak? huhu...


mlm ni nk turun kelas irsyadiah kat bagan datoh.. erm.. jauh gak, tp ok je as long as x seorang bwk kreta.. bukan apa, jln x biasa, mlm pulak tu.. cuak jugak kalo pape hal jd tgh jln kan..

dan skrg aku tgh taip soklan final exam reaction engineering utk sem ni. dr su yg suh.. tahle sbnrnye utk final atau test.. sesape nk soklan, nk score utk paper ni, silalah mntk ye.. aku bole je bagi..... bagi penumbuk sebijik! ahahhahaha...

January 20, 2006

telinga sakit!

pada pagi rabu yang lalu jam 4 pagi, saya tiba² terjaga dari tido, ini semua kerana saya terdengar sesuatu.. isk, apa pulak la ni.. telinga saya seperti berbunyi bunyi.. pastu saya terus buat conclusion: ni mesti ada semut ni! adui la.. mana pulak dtg semut ni, tetiba je dh masuk dlm telinga! sy pun bgn la mengambil ear-pick yg ada dlm manicure set lalu cuba mengeluarkan semut tu, tapi gagal. saya tutup hidung dan hembus kuat² supaya semut tu keluar dari telinga. rimas betul terasa bila semut tu jalan² dlm telinga. masih gagal juga mengeluarkannya. jadi sy pun malas la nk layan, tido je lah, apa nak buat... pukul 6.50 pg, sy bgn dan mandi, semut masih di dalam telinga. sekali-sekali bila bergerak boleh dgr. bunyinya tu mcm semut besat giler yg masuk. saspen jugak. sy guna lg skali ear-pick dan guna teknik tutup hidung dan hembus tu tapi masih gagal juga. pukul 8 sy masuk opis. bbrp attempt tutup hidung dan hembus terus dilakukan. pukul 9, saya pegi lab sbb nk test run experiment. sedang sy menunggu technician tu nk siap² brg tiba² terasa ada sesuatu menjalar keluar! sy terus memegang telinga dan... dpt! kecik je semutnya.. semut merah atau lebih sy kenali sbg semut gatai! isk isk.. alhamdu lillah.. berjaya juga dia mencari jln keluar.. tp xdpt hidup lama lepas tu sbb sy dh picit dia smp mati, ahahaha..

hari kamis - sakit telinga saya, mcm bengkak. agaknya sebab semut tu gigit kot kat dlm tu. tp masih bole thn lagi.

hari jumaat - bila bgn pagi, sakit makin terasa. isk, x tahan pulak rasanya. mcm bengkak giler je gegendang ni. x boleh jadi ni, trpaksa la pi jumpa doktor kat poket C tu. klinik tu panel utp, so xyah byr, free consultation dan free obat. ini lah kisah saya bertemu doktor:

doktor: aa, kenapa? (ada ke doktor tny mcm ni? isk isk)
saya: sakit telinga, ritu masuk semut. tapi dah keluar la.
lalu doktor mengambil 'teropong' telinga dan cek telinga kiri saya ni
doktor: betul ke dh keluar ni?
saya: eh, betul, saya yg tgkp semut tu sendiri (huhu)
doktor: ada guna cottonbud ke lps tu?
saya: saya guna ear-pick tu
doktor: isk, bahaya tu
saya: ye ke? ok je selalu, tp lepas masuk semut tu yg jadi masalah ni
doktor: ei, x boleh, xboleh, buang je, jgn cari penyakit.. dah calar² dlm telinga tu
saya: oo ye ke, selalu tu ok je
doktor: buang je lps ni, x pun guna utk korek hidung je! (huh? apa punya doktor la bg nasihat mcm ni, tah pape la.. buduh betul, ahahaha)
saya: (diam je la..)
doktor: ok eh, lps ni jgn guna dah benda tu, ok.
saya: terima kasih!

dpt la 3 jenis ubat yang berikut, satu ear drop, satu antibiotik dan satu ubat thn sakit. ubat? ehehe.. jgn haraple nk mkn.. tp dh titik telinga td ngn ear drop tu.. harapnye baik la nnt, tp bukan sebab ubat, sebab DIA nk bg baik... kita usaha je.. insyaAllah~


January 14, 2006

castello vs. geisha?

mestila geisha yang menang! ahahaha... movie marathon on friday. watched castello 7.45-9.20pm and sneak preview of geisha 11.30pm-2.00am. walaubagaimanapun, tahniah rosyam dan team, good movie but the temptation to know what will happen next is not there. tahniah to liyana jasmay - very good acting :) read here for comments on castello. as compared to geisha - excellent one! very persuasive story line. go and watch. mmg best! hensem plak mamat chairman tu :P


January 12, 2006

muhammad hanif hanafi

sukanya bila hanafi buka mulut bercakap. memang menggelikan hati. sekali sekali dpt jumpa dan melayan kerenah anak abg halim dan kak ogy ni mmg menyeronokkan. disebabkan ketagihan mengisap puting tu la dia cakap pelat yang agak kronik. di usia 2 tahun 5 bulan, hanafi masih belum dpt berkomunikasi dgn baik.



sukenya bila dengar hanafi cakap dengan sebutan:

kucing menjadi CAT (biasa la ni kan!)
kasut sebagai SHOE (cewah, biasa la kan ni..)
cicak menjadi TET (patutnya lizzard!)
arnab menjadi KEGIT (patutnya rabbit!)
kereta(car) jadi KIKIKA
ibu menjadi KIGU (erks! kengkadang jadi MAK, tp skrg dh ok, IBU tu dh x pelat)
let's go menjadi KEGO
ilham(adik dia) sebagai HIHAM (kekadang SHIHAM)
lori menjadi LOWI
nak ikut - IKOIT
coklat - KOKOYAT
buka stokin - KA KOKIN
tok ye (nenek dia) jadi KO-I

dan paling aku tak tahan bebaru ni dia sebut PETRONAS sebagai NGE NGO YASH! punya la jauh benor bunyinya tu... huhu.. macam² je hanafi ni.. baik budaknye. pandai je bawak diri main sengsorang, hehe.. dan setiap kali mendengar org bercakap, dia akan ikut. maknye kata skrg dlm proses mengajuk ckp org.. semoga menjadi anak yang baik ye hanafi kikika~!! :P

January 6, 2006

most beautiful?

adui la.. nape la bole terkeluar plak minah ni. mmg dh bajet dia bole menang punya lah untuk season ni. bila juri bg komen pun mmg jelas sgt juri mmg suke sgt ngn dia.





jue mmg sgt best. nmpk sgt hepi go lucky. walau pun masa mula² tgk dulu mcm gedik skit dan chubby (bole ke chubby mcm tu jadi most beautiful? huhu). tp bole nmpk la dia ni mmg pandai bawak diri. cantik serba serbi. ada sesuatu yg menarik. task yang diberi semua bole buat dgn baik. tak pernah jadi bottom two atau bottom three. always perform well setiap minggu. walaupun kadang tu mcm terlalu seksi, pakai seluar pendek bagai, tp masih tetap ok. sampailah rancangan smlm, bila direveal yg dia keluar dari bilik hotel kul brp pagi tah, juri berasa begitu sedih dan kecewa. aku pun turut kecewa. lama betul juri nk bncg either nk kekalkan atau singkirkan jue dari final 4. susah betul nk buat keputusan sbb selama ni jue mmg tak memberikan masalah, mmg selalu perform yang terbaik, tp skrg timbul pulak isu morality yang tak dpt diterima (same case as zehra yang terkeluar pd awal² tu sbb tetiba je balik rmh kul 1 pagi, konon kaki terseliuh!). jue pulak mcm x cuba langsung mempertahankan diri. mintak maaf pun mcm taknak mintak maaf je, mcm x brp bersalah. hmm.. sedih sungguh. aku rasa pun sbnrnya kak faridah ni ada konspirasi dlm nk menjatuhkan jue sbb dia tau yg jue ni adalah pencabar utama dlm contest ni. so dia bgtau kat semua yg kononnya final 4 akan ditentukan oleh undian sms untuk menentukan juara.. dan tiada yang akan terkeluar atau disingkirkan selepas task mengacarakan Quickie pd mlm tu. so menyebabkan jue overconfident dan berani untuk keluar dari bilik hotel dan pergi ke telefon awam berdekatan untuk membuat panggilan! jue, kak faridah tu jahat, percayalah! ahahah.. harapnya selepas ni, hani x kan buat masalah sbb kak faridah dan jessy mmg x layak untuk menang!! go go hani!! so jue, slmt meneruskan perjuangan anda. cayaklah, awek ako mustapha tu! chayok chayok~!! pis~!!


January 3, 2006

tahun, azam, duit, masa depan

2006. dah sampai pun. skejap je dah hari ketiga of the 365 days of this year. bila bercakap ttg tahun baru, org pasti akan bertanya apakah azam tahun baru. terlalu sinonim. adakah azam tahun lepas dah tercapai? masih ingatkah apakah azam untuk tahun lepas? aku? lupa la.. dan rasanya mmg tahun lepas tak ada pun azam tahun baru 2005. yg aku ingt, aku ada azam tahun baru 1426 (ahahaha..). tp aku sendiri pun dh x brp ingt apakah azam itu.

tahun ni pulak - bila mama hntr sms bertanyakan tentang azam tahun baru pd hari sabtu lepas, aku mcm nak tergelak. tp aku balas jugak sms yg dia hntr tu. aku kata - azam tahun ni nak jadi kaya, duit banyak², ahahaha.... - mama kata - bagus! ahahaha.. mmg aku nk tergelak. entahlah. kalo bicara ttg duit mmg takkan selesai. makin byk duit yg ada di tgn, makin x cukup rasanya untuk dibelanjakan. dan pada tahun baru kali ni, aku menyambutnya hanya dgn rm10 di dlm wallet dan rm14 di dlm akaun bank! ahahaha.. tp masih bole survive je. small matter. rezki ada di mana-mana. xde duit x bermakna hidup kita susah.

ustaz selalu pesan - org yg tak dak duit tu bukannya org susah, takdak duit tu maknanya - takdak duit la.. org yg susah ni ialah org yg x bole tidur malam, tak bole pegi toilet dgn mudah, ada byk penyakit - sebab dok pikir masalah duit! (salah satu masalah yg dipikir la tu, mgkn sbb duit byk sgt smp x bole tido sbb takut org masuk rumah rompak, ehehe)

ustaz kata - selalu la mntk dgn Tuhan - murah rezki.. jgn la mntk duit pulak - sbb Tuhan takdak duit, duit ada kat bank je... mintak je dgn Tuhan. doa tu senjata org mukmin. selalu mntk. selalu mintak ampun. selalu selawat kepada kekasihNya. pasti Tuhan akan kasihkan kita semula dan pasti Tuhan makbulkan permintaan kita... dan yang pastinya, Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.