August 29, 2006

terima kasih

terima kasih di atas ingatan.

madeck, nali, kaiman, nina, kakG dan anak², boy, adik, ajip, abgrizal, azimah, arep, zu, konah, sukun, paan, farid, shariza, siti, raf, norliana, zaza, yati, abgbudi, azura, rosli, arel, harith, intan, hazrina, chuna, ashkam, eiaa, kak-elmi, dan semua yang mengingati.

terima kasih ibu dan ayah.

terima kasih Tuhan untuk tahun yang kesekiannya ini.

terima kasih.

dua puluh tujuh di dua puluh sembilan ogos dua ribu enam.

selamat ulangtahun melahirkan anak sulung kepada mama~!!




utk encik muhammad: jom pizza! :)

August 25, 2006

untuk suhana

pass by latest entry oleh suhana.

---
Monday, August 21, 2006

The Feelings....

It had been over 2 months since mak left.
Never get over it yet.
Not for a long time more for me.
My siblings are couping well, i think so.
We never share the feelings of losing mak.
But me personally... i cried a lot... and still do... in silence.
But i'm glad we stick together so far.
Thats all i wanted.
But to get home... drop dead tired... and alone... feel like killing myself.
The house is extremely silent.
The kitchen is crystal clean.
The fridge is empty.
Eventhough thats all i wish for before... but its not really great as i hope before.
Nobody cook anymore.
Nobody buy anything to eat at home.
Nobody use the plate.
Everybody is avoiding home.
I knew mak won't be reading this.
But i missed her... so much... too much...
I saw it coming...I thought i'm prepared.
But it still strikes me as if i never knew she's leaving.

Mak,
Ana tahu mak halalkan air susu mak yang ana minum.
Ana tahu mak ampunkan dosa-dosa ana pada mak.
Ana tahu mak gembira ana jaga mak ke nafas mak yang terakhir.
Ana tahu mak tak kesal lahirkan ana ke dunia.
Tapi,Ana nak bagitau mak ana pun halalkan semua rezeki yang ana cari dan berikan pada mak.
Ana nak bagitau mak ana ampunkan kalau ada dosa mak pada ana.
Ana nak mak tahu ana bersyukur mak besarkan ana sampai sempurna.
Ana nak mak tahu ana tak pernah kesal mak yang lahirkan ana ke dunia.
Ana nak mak tahu ana nak bagitau semua ni sebelum mak pergi.
Sampai hati mak tinggalkan ana.
Belum sempat ana balas sesuku jasa mak besarkan ana.
Belum puas ana rasa kepuasan jaga mak.
Belum segenggam rasa gembira bermanja dengan mak.

My interest to blog had long gone.But one way another, its hard to not having a place to tells it all.

To all that care, thanks for being with me when i need it the most.I'm far from being ok yet but i will.
---

sedih... ku kira aku antara yang terawal menerima berita kematian ibunya pada 15 jun yang lalu. entah kenapa jam 3 pagi itu aku terdetik untuk menghantar mesej kepadanya mengajak menyertai program di ipoh.

balasnya,"kak sarah. mak kita baru meninggal pkl 1.30 td. sedih.." terpempan aku. hanya sekadar menyuruhnya tenang dan tabah dengan perkara itu. janji utk menghubunginya selepas segala urusan selesai hanya tinggal janji...

ana. maaf kiranya tak dapat bersama di kala hatimu sedih dan murung. maaf kiranya tiada apa yang dapat diberikan... ingatan itu sentiasa ada. namun belum pasti, adakah cukup kuat untuk menempuhnya bersama. bimbang sekali hatimu bertambah sedih. bimbang sekali tangismu bertambah lama. semoga diberikan kekuatan untuk terus mengharungi hidup. semoga hati itu bertambah cekal. maaf sekali lagi.

August 24, 2006

rindu

kau jadikan aku seorang perindu
yang teraba sendiri di dalam terang
sedang kau entah ke mana menghilang

kau jadikan aku seorang pencinta
yang terlalu mengharap kasihmu
sedang kau langsung tak punya ruang untukku

rindu
rindu yang sentiasa bertamu
hanya untuk dirimu..

August 16, 2006

pilihlah kamu, jangan kamu pilih

Paling sedih apabila kau memalingkan wajahmu
ketika aku berada di saat paling cinta pada kamu.
~ RK

encik
terima kasih kerana hadir
kerana membuat saya gembira
kerana membuat saya bahagia
kerana membuat saya selesa
kerana membuat saya ada...
terima kasih sekali lagi kerana hadir
walau cuma sekejap
walau tanpa sedar
walau hanya sekilas pandang
walau hanya secebis senyuman
walau hanya sedikit teguran
walau hanya sekadar lalu
terima kasih..

--bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu--


----
aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan
karena cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
darimu kutemukan hidupku
bagiku kau lah cinta sejati
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
--- samson


p/s: fuad, lenkali jgn degil ckp mak. ustaz pun dh pesan, jgn ckp bohong.. ingt ye dik. ingt selalu. smoga cepat sembuh.

--

terima kasih kingbinjai untuk ini:

Ku kira sapaan ku tadi
menumpahkan setitis embun di kelopak mata
yang lama bergenang dan berjuntai

mendung hari ini?

paling mendung
paling sedih
katanya

ah, halus benar jiwa yang satu ini
jika direnung
kan ternampak urat urat benang
yang bercantum kemas
genggam maka rosaklah ia
lepas maka jatuh berderai pula

tak apalah
sekali sekali mendung
terlindung jiwamu dari terik mentari

Ku kira sapaan ku ini
menumpahkan setitis embun di kelopak mata
yang lama bergenang dan berjuntai
bila bila kau mahu sinar suria menjelma
senyum sahajalah.

--

August 9, 2006

tak semua yang kita nak, kita dapat

kadang-kadang aku lupa, bukan semua yg aku nak, aku akan dpt.

letih, mmg letih. perjalanan yang jauh dan harapan yang tinggi, namun yg beroleh hanyalah kehampaan. kecewa. sedih. pilu. lemah seluruh anggota badan. luluh jiwaku.

kunjungan sebulan sekali itu rupanya tidak memadai. tidak dihargai. namun dia tetap berkeputusan untuk pergi. hilang terus dari pandangan. tiada langsung jejak yang ditinggalkan. tiada kata yang diucapkan. tiada berita ku dapati. hanya ingatanku di masa yang lalu.

kenapa harus pergi. kenapa harus menghilang......

buduh. schlotzky's mmg buduh. ape da pegi tutup pulak kedai tu. frust giler aku x dpt mkn fish n chip smlm! dem! end up mkn kat ma**ybrown yang tak sedap tu. sakit tekak aku dibuatnya pagi ni. buduh! schlotzky's mmg buduh. kengkawan seme, jgn pegi ipoh parade! situ mmg x best!

August 8, 2006

untuk encik baju biru

lamanya tak nampak
tak tahu mana pergi
merajuk membawa diri
atau pulang pada sang arjuna hati

hari ini muncul lagi
setelah saban hari dinanti

senyuman itu pengubat rindu
bak dipuput sang bayu
senyuman itu penyeri hari
yang sekian lama terasa sepi

terima kasih encik.. :x