December 31, 2008

tahun baru

dah hari ketiga di tahun baru hijrah, 1430.

bila bicara ttg tahun baru, pasti orang akan bicarakan juga ttg azam. azam thn ini yang hendak dicapai. tapi ada juga yang lupa ttg azam tahun lepas yg belum dicapai :)

azam aku? hmm.. entahlah. setiap tahun pastinya kita (kita la kan? takkan aku je :P) berazam utk jadi lebih baik (atau lebih kaya? lebih byk duit? lebih besar pangkat? lebih besar kereta? hehe). takde azam yg spesifik. yg ada cuma harapan dan doa. pastinya utk jadi hamba yg lebih baik, dengan izinNya. semoga tiada lagi hipokrasi dalam diri.

semoga dipermudahkan olehNya akan segala urusan dalam tahun ini insyaAllah...

---

o ya, lupa pulak nk cerita. ttg cuti cuti ku di melaka minggu lepas hehe. tp gambarnye masih dlm d80 ku, belum transfer, kemalasan sedikit :P (dah rajin~ dh upload! hehe)

jumaat malam, aku ke melaka dar sp (dgn rasa yang bercampur campur, hepi, resah, entahlah). bas tu mmg laju, huhu, kul 11.15 dr sp, tepat jam 6 pagi, dh ada di melaka sentral. dan ayu dtg menjemput. sambung tido, membetulkan urat yang herot selepas tidor di dlm bas, hehe. pagi tu bgn kul 8.30, pas mandi kami pun memulakan projek kami yg tertangguh sekian lama: NASI KERABU! yey.. hehe. alhamdu lillah, menjadi jugakk... hehe.. (gmbr dlm d80, adeh..)

ptg nya pulak ayu bawak aku ke kompleks masjid al-azim, ada muzium alQuran di situ. dah setahun aku teringin nk pegi, huhu. (gmbr dlm d80 jugak!!) dan smlm ayu sms, dia kata, baru perasan, sepanjang lawatan kami yg lebih kurang sejam tu, takdak pun pelawat lain yg dtg menyinggah ke muzium itu, kami bertiga je, huhu..

ingt nk pi mkn aiskacang (katmana taktau) tp kedai tu tutup (aku dh tetido dlm kereta kat seat blkg tu hehe), pastu pakman (suami ayu) bawak kami ke makam hang tuah! hehe. pastu baru le pi cari kedai aiskacang lain dkt pantai apa tatau, hehe, tp dkt ngn sg udang. mkn rojak jugak!

dan malamnya kami ke jonker walk (lagi.. i like~ hehe), aku cuma beli 6 penanda buku (satu dh kasi ayu, dan ayu pun bg bookmark kat aku yg dia beli di tganu hehe) saja wat souvenir (bole le guna utk novel-novel yg aku baca, lgpun encik itu ada komplen, katanya, buku yg aku bg pinjam pada dia, ada yg tidak ada penanda, terpaksa dilipat. takkisah pun kalau lipat :P).


lepas tu, beratur agak lama jugak utk naik eye on malaysia. huhu. best ke? biasa je. mgkn sbb dh penah naik ferris wheel sebegitu sebelum ini. dan balik mlm tu, pengsan terus :P

esok pagi (takde la pagi sgt) pegi berendam di air panas gadek. panas! dah le matahari kat atas pun agak terpacak, air pun panas, mmg panas le, 20 minit je aku duduk situ, pastu salin baju. huhu. selalunya org p tmpt mcm tu mlm2, atau pun pagi2 gelap. hehe. takpelah, next time bole p lagi ye ayu, insyaAllah.. :)

dan petang itu, aku sambut tahun baru di rembia :) alhamdu lillah. terima kasih Tuhan utk sepanjang tahun yang penuh nikmat, dan semoga tahun baru akan membawa lebih byk keberkatan yang dapat mendekatkan diriku kepadaMu. (doa lagi, td dh doa kat atas, hehe.. doa je byk byk kan.. xde salah kan..)

dua hari bercuti di melaka dengan hospitality yg berbintang lima sbb ada internet access skali! hehe dan juga pengenalan kepada Long Chan, hehe. best~!!

tima kaseh ayu dan pakman dan jannah. it was really a very great weekend. ada rezki insyaAllah nnt kita bercuti lagi ye :) semoga tahun baru ini membawa lebih pengertian, penuh keberkatan buat cik-ayu sekeluarga...

---

1 muharram. perjumpaan TP di ikbn alor gajah. alhamdu lillah semuanya ok. tapi masih tak paham kenapa masih berlaku kelewatan masa. jam aku yg cepat atau depa x tau tgk jam? haha! kamon men, tahun baru dah ni.... bangkit bangkit!!!!

December 21, 2008

hari ini hari ahad

hari ini hari ahad. dan saya bekerja lagi pada hari ini! sebagai menggantikan cuti yg sy amik pada hr isnin lepas utk menjemput mama dan ayah di klia. mujur jugak mesin punch kad di sini tidak berfungsi, bole la bercuti dan menggantikan bila berkelapangan. bos pun x kisah. huhu. tp bila dh ok thn dpn, x dpt la nk wat mcm ni lagi~ hmmm... (pelik jugak kan, kerja dengan syarikat penyelidikan dan yg mengeluarkan standard utk pelbagai barangan, tp di syarikat sendiri, mesin punch kad pun rosak, hehehe.. sori, bukan bermaksud utk memperlekeh, cuma hairan, kenapa pihak yg bertanggungjawab tidak menyegerakan tugas yang sepatutnya dijalankan. atau mgkn bajet utk tahun ni tak cukup.. entahlah..)

semalam hari sabtu. saya ke kuala kubu baru, temankan puan zanariah amik anak dia di ikbn. kul 7.30 pagi dah keluar rumah. berbekalkan nasik lemak yg puan zanariah buat mlm sebelum tu, sorang sebungkus, bersama telur mata kerbau, kami singgah makan di ulu bernam. puan zanariah beli mi goreng jugak (sbnrnya dia teringatkan koeyteow goreng yg kelihatan sgt sgt menarik pada kunjungan kami bbrp minggu lepas, tp pg itu, hanya mi saja yg kelihatan lebih sesuai dibeli, koeyteow hanya tinggal saki baki, huhu.. kesian, mgkn dia kempunan jugak la..), dan saya, beli 2 bijik begedil! huhu. mkn sakan. mengantuk? harus la kan.. on the way balik sy terlelap seketika semasa memandu, mujur cik x perasan itu huhu. terus tukar pilot. dan saya, tidor dengan nyenyaknya di seat belakang! lebih kurang stengah jam je, lepas berenti sekejap di ipoh, sy amik alih semula tuga menyupir. kengkawan nye pasal, i x kisah je. balik tu kami mkn di pauh indah, sedap gak le. lenkali bleh pi lagi insyaAllah.

kemarin (org kmpg sy kata kemarin dulu, kalau kemarin tu, sama dengan semalam), hari jumaat, saya bertugas setengah hari. lepas tulis entry yg sebelum ni, sy wat kije sikit dan bila waktu rehat masuk, sy trus chow. bosan. jiwa kacau. mujur Tuhan bagi saya peluang lagi utk membetulkan keadaan. terima kasih.

dan kembali kepada hari ini, sy ada kerja yang perlu disiapkan. imaging di bilik sem. bosan lagi. dan jiwa masih kacau...

December 19, 2008

di pagi jumaat

pagi ni ada sedikit tense di tonsilku. sejak smlm pun sbnrnya. sejak pagi smlm ada terasa seperti nak demam... nak pulak lepas kes yg agak mengecewakan smlm, demam makin terasa hampir. huhu. nak pegi doktor ke? bleh ke dpt m.c.? hehehe...



kerja kerja di lab alhamdu lillah, smlm dah dpt siapkan. cuma tggl utk analisa saja. tak bila la dpt siapkan, since dh hujung tahun ni, rama je technician yg cuti, nk mntk tlg sape pun tatau le, nk buat sendiri, harusla x reti kan.. (cerita bosan)



tu je cerita di pagi jumaat. letih dan penat, sarat ja rasa. kalau ini ujian, saya harap Tuhan bagi saya kekuatan menghadapinya. dan kalau ini bala, saya harap Dia bg saya keredhaan menerimanya.



**dan kisah kuih bahulu dan air oren itu pasti tidak akan saya lupakan. kelihatannya cukup sempurna, tapi apakan daya, cuma untuk dipandang menjadi milik orang, huhu..

December 17, 2008

bahulu & air oren

sembang-sembang di suatu petang..

mt: pagi td, mak bancuh radix kat ayah hang. mak x buh gula. tp mak x bgtau kat dia. dia makan bahulu. pastu mak kata la kat dia.. la, dia mkn bahulu dengan kopi tu, satgi kopi tu x manis la.. hehe. padahal mmg kopi x manis sbb mak x buh gula. pastu dia cicah bahulu tu dgn radix.

cn: hehe. tu la mak, bahulu kalau mkn dengan ayaq manis, ayaq tu mmg x rasa apa dah, tawaq ja na. sbb tu chek kat rumah mkn bahulu dengan ayaq sejuk ja.

so: haa, nnt cuba mkn bahulu dengan..

so&sa: ayaq oren! sedap~

(heh, sama sama pulak ckp.. isk isk..)

cn: aik, ya ka. betoi ka sedap? sapa yg kata?

sa: kami la yang kata~

cn: haiii.. depa ni mkn bahulu dgn ayaq oren kat mana la ni...?

:P

(isk isk, sama la pulak suka bahulu cicah ayaq oren, isk isk.. isk isk isk... huhu~)

December 16, 2008

sedikit updates!

1. alhamdu lillah, mak ayah sy dah selamat pulang ke tanahair selepas selesai mengerjakan ibadah haji. 42 hari di sana. dua dua sihat, cuma batuk batuk sikit. flight yg sepatutnya tiba kul 7,30pagi delay pulak! kul 12tghari baru touch down di klia. dan lebih kurang 1.30 baru nampak kelibat mereka berdua keluar dari balai ketibaan (jemaah haji sampai di balai ketibaan domestik, bukan antarabangsa!) kumpulan pertama, jadi ramai la reporter kan, tp x sempat la nk enterframe walaupun ada je nmpk tv3 dan press yg lain, hehe, cepat je salam salam dan terus balik. dan keretaku disaman lagi! haha. apalah nasib... (ada amik gmbr tp x dpt upload sbb kamera tggl di rmh~)

2. conference sy? 2 mggu lepas kan? ok je alhamdu lillah. presentation ok, Q&A pun ok. sy balik awal sbb nak ke rumah guru saya. semuanya ok. masih belum sihat sepenuhnya, berehat, dan berehat.. semoga segera kembali pulih insyaAllah..

3. kerja projek saya? dah pending sejak awal bulan 12 ritu. esok baru nk start plasma spray utk adhesion test. hr ni pun sbnrnya saya kemalasan utk bertugas. mgkn akan 'bertugas di luar kawasan' lagi, huhu.. bos sy ke pakistan mggu ni. mgkn esok atau lusa baru dia kembali ke pejabat.

4. encik saya? entahlah. tiada komen setakat ini.

sekian.

December 2, 2008

bertugas luar kawasan

saya akan bertugas di luar kawasan mulai hari ini sehingga hari khamis. dan hari jumaat, saya declare hari cuti hehe. saya akan stay (menumpang bilik samsiah) di equ*torial bangi. dan conferencenya (text belum siap lagi!) di d*nau golf r*sort di dalam ukm. (sbnrnya taktau pun jalan katsana, harapnya x sesat, tp pesan cik, pastikan minyak kereta diisi penuh dulu, kalau sesat pun x le susah hati sgt, hehe). kamera? mmg le ada bawak, tp entahlah ada mood utk shoot atau tidak. adeh!

mujur jugak dpt slot conference pada pagi hari pertama. heh. bole le balik awal huhu. insyaAllah, kalau xde aral le kan. plannya adalah utk singgah di kepong dan amik 3 org sepupu balik beraya di kedah. mak ayah depa ni pun pi mekah jugak~

ok suma, tolong doakan kelancaran lidah sy utk berbicara di conference esok. semoga apa yang kita lakukan adalah pekerjaan yang berkat dan membawa kepada kebaikan insyaAllah~

*guru saya, alhamdu lillah. dah lalu makan. tapi masih lagi keletihan nampaknya.. sayang sekali x dpt bersama menunggu di situ. aduhai.. dan kepada encik, terima kasih kerana ada di situ.