August 29, 2008

29 di 29

sudah tiba harinya hehe. tahun terakhir usiaku berangka '2' di depan (x mungkin la usia akan sampai 200 kan, hehehe)

alhamdu Lillah, syukur Tuhan atas nikmat dan kurniaan selama kehidupan dua puluh sembilan tahun ini. mudah mudahan segala yang dilalui mendapat keredhaan dariMu.

terima kasih mama dan ayah di atas segala-galanya.

terima kasih semua yang mengingati :)

dan pagi ini aku bangun dari tidur (walaupun lampu bilik dah rosak, bersiap dlm gelap je:P) dengan azam baru untuk kehidupan yang lebih baik insyaAllah (mcm skema pulak hehehe) dan semoga hari jumaat ini adalah hari yang penuh dengan keberkatan buat diriku dan semua yang berada di sekelilingku insyaAllah~

*selamat merdeka ke 51 (tunggu entry yang ke 333 for 'great' fotos, insyaAllah, hehe)

**semalam aku tgk muvi di HBO - evening. bagus, sgt bagus. dan lagu ini masih terngiang di telinga sampai sekarang. it's a kids' diddles :)

I see the moon, the moon sees me The moon sees somebody I want to see God bless the moon and God bless me And God bless the somebody I want to see It seems to me that God above Created you for me to love He picked you out from all the rest To be the one that I loved best I had a heart 'twas true and good But now it's gone from me to you Take care of it as I have done Cause you have two and I have none.

*** am in the task and mood (ye ke? haha) of writing 2 papers at the moment; one technical paper for MMC 2008 in UKM, dan yang kedua ialah, Silat Cekak: An Engineering Perspective (huh, boleke aku tulis ni? huhu) wish me luck!

August 27, 2008

kerja tapi 'cuti'

saya bukan seorang fanatik politik. saya hanya seorang rakyat malaysia yang mengikuti perkembangan politik (yang tak berapa dimengertikan pun sgt) malaysia serba sedikit.

malaysia semalam menyaksikan kemenangan DSAI di pilihanraya kecil parlimen Permatang pauh (P44) dengan majoriti lebih 15 ribu (kalau kira nisbah kepada calon BN lebih kurang 2:1). keputusan diumum kira kira jam 10, itu pun hanya pada 'nota kaki' saja, huhu. saya kira keadaan di institut perguruan tunku bainun smlm pasti sangat sangat meriah, sayangnya tak dpt bersama, rugi sungguh terasa...

tahniah kepada DSAI.

semoga kemenangan akan membawa kepada kebaikan semua. mudah mudahan perjuangan yang dibawa adalah perjuangan yang tetap di atas landasan yang diredhainya, insyaAllah.

dan buat nurul izzah; selamat meneruskan perjuanganmu wahai adik...

(sy suka gmbr DSWAWI yg ini, hehe. courtesy: BM of bazuki.com/fotowarung)

*hari ni saya declare cuti, x masuk lab, wat keje depan pc je, huhu. mintak maaf Dr talib :)

August 24, 2008

satu lagi hujung minggu

satu lagi hujung minggu yang ada jemputan kenduri yang perlu dihadiri.. di alor star. kali ini dengan misi, hehe, pengantin mintak tlg shoot majlisnye tu (bole tgk kat fotopageku, ada la selai dua, hehe, gmbr yg lain akan diedit kemudian ye kengkawan)

tahniah eff dan nana :) slmt menjalani hidup di alam perkahwinan yang penuh dengan asam garam dan rempah ratus kehidupan (ye ke? tahle, den x kawen lg, hehehe, ye la kot ye, asik dgr org ckp mcm tu je kan, so assume betul je la :P)



dan hari ahad, ada jemputan kenduri juga, di guar perahu pula. syana buat kenuri kesyukuran. timakaseh syana kerana sudi menjemput, alhamdu lillah walaupun peta tetinggal di opis, dpt jugak cari rumahnya, ingt ingt lupa je lukisan peta syan tu, hehehe..

guar perahu ni berada dlm kawasan parlimen p pauh, yang sgt panas sekarang ni, since tinggal kurang dari sehari je penduduk tempatan akan membuang undi utk pilihanraya kecil, huhu. poster, banner, bendera, bergantungan di mana mana, dari permatang pasir ke sama gagah, ke penanti, ke kubang semang, ke mengkuang, meriah sungguh kelihatannya, kalau ada geng mmg aku dah berenti di semua tmpt utk shoot angle angle yg best, tp pakkal pegi sorang ja, malu malu kucing la kononnya, hahaha...

dan akhirnya dapat jugak berjumpa dgn YB lembah pantai yang telah sekian lama terputus hubungan, huhu.. ada la skit shoot aktiviti yang derang buat. ada la selai dua jugak yang kuuploadkan di fotopageku, silalah tgk, hehe..



ok, esok keja, nk kena logoff dah, penat seharian berurusan, dari keluarga ke sahabat ke rakan sepejabat dan ke persatuan.. semuanya tanggungjawab yang haru sdigalas dan dilaksanakan. terima kasih Tuhan atas nikmat yang Engkau berikan ini, alhamdu lillah~

tido tido!

August 18, 2008

tahniah adzira, azirul dan azchongwei!

wah, dah lama betul rasanya tak update blog ni, hehe. takde la lama mana sgt pun kan, tidak berkesempatan untuk mengarang dan merepek di depan pc...

adzira
ea, dah selamat menjadi isteri udin (org kata muka mcm adlin aman ramlie, hehehe) 1 ogos lepas, tahniah, hehe. tak sangka pulak adik yang sorang ni cepat jugak menamatkan zaman single mingle nya. jodoh dah sampai kan, pape pun didoakan semoga bahagia dan sejahtera hingga ke akhirnya, insyaAllah~ sebenarnya aku ni ditugaskan utk mengambil gmbr masa majlis akad nikah kat mesjid tu, tp tatau pesaipa kali ni sungguh kekok skali nk menembak, huhu. mungkin jugak dikeranakan tempoh 'percutian' yang agak panjang dari aktiviti menembak itu. huhu. mujur jugak mak andam pun ada hntr fotografer dia utk amik gmbr. harapnya fotonya memuaskan.. mintak maaf ea, ada la selai dua yang dah diedit di fotopageku, silalah lihat ye, hehe.

apa aku buat masa kenduri ea tu? jadi gadis bunga telur pemberi kurma bercoklat je, hehe.. tapi sebijik pun x sempat nk rasa.. habis dibedal oleh sapa taktau.. aduhai.. takde rezki, apa nk buat kan, huhu... tahniah puanjoriah dan encikhusain sekeluarga utk majlis yang meriah itu~


azirul
seorang lagi adik selamat dinikahkan pada 1 ogos jugak, isterinya di jb. dan sabtu bebaru ni, aku ke kampung baru danglau, sik (jauh nye mak... tp sgt berbaloi sebab nasik kenduri dan lauknya mmg tip top, sedapnya aiii....)

tahniah buat azirul dan isteri, era. cuaca yang sejuk dengan hujan renyai renyai sangat menyamankan di tengah tengah kampung yang dikelilingi dusun buah buahan, hehe. azirul ni tak penah pulak ajak pi mkn buah buahan kat dusun ayah dia ni, isk isk..

dan azirul, kakak minta maaf sebab selama ni tak pernah dekat dengan azirul. tak pernah mengambil tahu perihal azirul. tak berada bersama semasa ibu azirul meninggalkan kita semua. bukan kakak tak mencuba tapi entahlah, entah apa yang menjarakkan kita. namun yang pasti, azirul sebenarnya tetap dekat, sentiasa kakak ingat..

anyway, tahniah lagi sekali~!!

azchongwei
(jgn salah faham, saja tambah az, sebab 2 watak pertama bermula dengan 'a' hehe)
tahniah chong wei (dan misbun sidek)~ walaupun hanya pulang dengan perak (sib baik bukan selangor atau negeri sembilan! hehe) aku tetap berbangga (tatau pesaipa bangga tah). di saat Lin Dan muncul dengan mempamerkan 'muscle kejuaraan'nya itu (saje je pakai sleeveless ni mamat ni isk isk), ku tahu sudah chong wei pasti menghadapi kesukaran utk bergelar juara olimpik tahun ini, huhu. 4 thn lagi cuba lagi ok! chayok!!!