October 31, 2008

45 hari

semalam bermulalah travelog mama dan ayah di bumi suci. jam 7.30 malam waktu malaysia mama memaklumkan ketibaan mereka bersama auntie nah dan uncle din di madinah. alhamdu lillah. selamat sudah. semoga mereka semua akan dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna dan pulang dengan selamat. 45 hari lagi. insyaAllah. auntie mah dan uncle sam akan menyertai 2 minggu lagi. selamat untuk semua umat islam yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

dan kemarin, semasa berjalan jalan di pkns, sy membeli sebuah lagi buku (tp yg versi bahasa melayu).

selamat membaca utk saya~! huhu.

October 21, 2008

Dari Ali bin Abi Thalib r.a.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekah).

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Ka'bah?".

Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki".

Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".

H.R. Termizi


Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt, seperti mana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw, "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak.

Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

October 17, 2008

queserasera membaca lagi (dan berfikir juga)

sudah selesai membaca ini:

dan bersedia utk meneruskan membaca ini pula, baru bbrp helai mukasurat:

dan juga ini, dari Qama, mungkin perlu tunggu habis yg di atas ni dulu:

---

thinking of what's going on with life sometimes make me wonder, am i being blessed throughout these years... am i being cursed. or am i being punished.

following the social trend might not be the best thing, but the pressure being put may someday lead to an explosion that might be hurting. life is somehow a thing that need to be railed. to be trailed. and to be walked thru. the aim, should be a clear one, nontheless, one shall lead to do unnecessary, illogical dan stupid things. patience, is the best thing. ever wonder why it is said that patience is a part of iman? i just realized and got it figured few weeks ago. and hopefully it's is correctly interpreted. huhu~

iman itu enam perkara. percaya pada Allah, malaikat, nabi, kitab, hari kiamat dan qadha' dan qadar. perkara qadha' itu ditafsirkan sebagai penentuan atau penetapan yang telah sedia dibuat oleh Allah SWT diazali bagi segala-galanya. dan qadar itu pula ialah perlaksanaan qadha' itu, iaitu segala-galanya yang telah ditentukan oleh Allah SWT diazali itu pasti akan berlaku dan tidak boleh tidak. jadi, segala apa yang berlaku pada kita dan apa pun yg kita lalui, perlu ditempuh dengan kesabaran, kerana itu adalah ketentuan Tuhan. dengan sifat sabar itu, kita menyatakan rasa percaya kita pada qada' dan qadar dan seterusnya percaya kepada Allah. oleh kerana itu, sabar itu ada sebahagian dari iman.

sabar. ustaz pesan, sebesar besar bala ialah apabila datang dugaan, kita tak tahan sabar... dan nabi berpesan, tidak akan diubah sesuatu qadha' itu melainkan dengan doa...

October 6, 2008


*puteri sulung cik ayu :)
setahun mengikut kalendar hijrah pada 17 ramadhan yg lalu
dan setahun mengikut kalendar masehi pada 29 september (kalau x silap, huhu)
selamat ulangtahun~

**dan selamat hari raya jugak. masih di minggu pertama syawal. tak ramai orang di tempat kerja, agak bosan, huhu.. tp kerja harus dilakukan jugak, demi amanah yang dipertanggungjawabkan. pis~!!