March 17, 2009

cik-ayu & 'cupcakeschek'

hari ni semalam, (smlm x leh nk post, hr ni br sy dpt edit entry ni hehehe...) kwn sy, cik-ayu (sbnrnya dah puan pun tp mmg dr dulu selalu je pggil dia cik ayu, hehehe) dah berjaya melancarkan blognya sendiri~!! yey... tahniah~!!

blog dilancarkan bersempena dengan hobi barunya yang agak menarik perhatian sy, baking dan decorating cupcakes! (pasan x sy tulis 'agak'? sbb sy suka part design dan decorate je, part bake x brp minat, sbb x reti langsung! huhu.. kalau reti mungkin la sy akan berminat nnt, hehehe...)

pape pun, aku ucapkan selamat berjaya ye ayu~!! walaupun ada halangan dan rintangan (cthnye: mixer dan kamera rosak! heheh) jgn putus asa... takdak dugaan, x kan bleh dpt kejayaan nye.. pecayelah.. ;)

bole lihat blognya di sini~

---

cik-jannah dlm entry kat bwh tu ialah anak kepada cik ayu~ ;)

March 16, 2009

a whole new week :)

slamat pagi semua~!! hehe.. alhamdu lillah, kita maseh diberi peluang untuk bernafas di hari yang bertuah ni.. sekejap ja rsnya, kita dah berada di lebih separuh daripada bulan ketiga tahun 2009 ni.. (ada wat azam thn baru x ms awal thn ritu? dah tercapai ke? ada usaha ke arah mencapainya? hehehehe.. sj le tny.. :P)

wiken lepas pun cepat je abeh rsnya. bila aktiviti dah padat, penuh seharian, mmg x sedar masa berlalu.. tgk2 je dh ahad malam, dah nk kena sediakan mental utk bekerja lagi pada hari isnin, hari ni la tu! huhu...

di kesempatan ini (cewah) sy nk mengucapkan tahniah bebanyak kat kengkawan yang dah selamat melangsungkan majlis pernikahan dan perkahwinan mereka ;) encik jon, naj*b dan azm*r. mintak maaf byk2 sbb x dpt nk bersama memeriahkan majlis kerana ada tuntutan lain yang terpaksa dilaksanakan... mintak maaf byk2. semoga kehidupan kalian akan lebih bermakna dan lebih diberkati olehNya insyaAllah :)

dan hari ini, saya mengorek lagi hdd (sama lak cam udey yang melancarkan minggu korek! hehehe) sy mencari gmbr2 utk dipost di blog, huhu. x berkesempatan lg nk outing dan shoot (sy rindu aktiviti ini! rindu sgt!). entah bila lah nk berkesempatan. skrg ni pulak geram je tgk pokok2 bunga yg besar tu dok mengeluarkan bunga dengan meriah skali, pink dan putih. mcm sakura pun ada! kat sepanjang jalan depan opis ni pun mmg byk. kat tepi2 hiway pun mmg byk. geramnya tgk, tp x smpt nk berenti dan shoot! ish2... geram2! haiiii... jadi post gmb cik jannah je lah, huhu. dah shoot nnt sy post gmbr baru ok!




hari baru di minggu baru, semoga lebih dirahmatiNya dan diberkatiNya. dan semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya. mudah2an segalanya dipermudahkan, amiin ;)

cheers to all! and keep smiling :-*

March 11, 2009

ulangtahun pertama

slamat pagi semua~ :) hari ni ngam2 setahun sy keje kat tmpt sy keje skrg ni. huhu. cepat jugak rsnya ms berlalu.. x sangka jugak dah setahun, dan masih bertahan, hehe. alhamdu lillah.

saya suka kerja saya. kenapa?

sebab saya suka membuat kerja berunsurkan pengkajian.

sebab saya suka berurusan dengan mesin more dan people less.

sebab saya suka mengambil masa sendiri utk menyiapkan kerja, dan yang pastinya akan disiapkan pada milestone yg telah pun ditetapkan (insyaAllah...)

sebab saya suka pada penemuan baru dan pengesahan penemuan lama.

sebab saya rasa selesa dengan keadaan dan suasana kerja sebegini di sini.

walaupun kadang2 mcm tak suka, tapi saya buat2 suka jugak la, hehe. dan terpaksa melakukan sesuatu yang di luar bidang tugas untuk mengelakkan kebosanan kepada rutin yang kadangkala membosankan...

terima kasih la kepada semua yang memberikan sokongan dan tunjuk ajar yang sangat berharga kepada saya selama setahun di sini. jasa kalian tetap kukenang. semoga ilmu yang telah disampaikan dapat dimanfaatkan bersama dan dapat dijadikan bekalan untuk balik ke sana nnt insyaAllah...

dan semoga dengan ini, saya akan menjadi lebih rajin untuk berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan, tidak terlalu melagho dan tidak lupa bahawa gaji yang diperoleh setiap bulan tu adalah hasil daripada kerja saya yang mudah2nya adalah daripada hasil yang halal, yang bakal menjadi darah daging saya, huhu...

ada lebih kurang 11 bulan lagi utk meneruskan perjuangan di sini! ganbatte nehh~!!

**gmbr kat bwh ni dah lama amik, kat sk budu. saja je post :)

March 10, 2009

saya rindu

tiba tiba saya rasa rindu

rindu pada zaman belajar (secara lengai) semasa menyiapkan masters di utp

rindu pada kesibukan yang sebenarnya tak sibuk pun masa tu

rindu pada komitmen yang saya ada dan mampu berikan pada ms itu

rindu pada adik2 yg selalu sy marah di kelas latihan silat

rindu pada mengajar adik2 di kelas latihan

rindu pada memberi penerangan di kelas latihan

rindu pada dimarahi penyelia saya

rindu pada dimarahi oleh yang dipertua

rindu pada dimarahi oleh abg2 dan kakak2 yang selalu memberi sokongan sebenarnya

rindu pada membuat tugasan2 persatuan yang sarat dengan matlamat perjuangan

rindu pada aktiviti2 di hujung minggu bersama sa'udara' seperguruan

rindu pada membuat persiapan setiap kali majlis ijazah

rindu pada semangat mencari kefahaman dan pengertian hidup

saya rindu itu semua

saya rindu...

:'(

** bila mana saya berada di fasa yang kurang selesa seperti sekarang ini, saya selalunya berbicara sendiri di blog. terima kasih kawan2 yang sudi memberi sokongan selama ini. membuatkan saya terus bersemangat utk terus memblog, walaupun kdg kala kemerapuannya agak melampau, hehehe... dan selepas ini, sy pasti merasa lebih selesa insyaAllah, kerana tidak lagi tersimpan di dada. kata seorang kakak kepada saya, "biasa la tu, dugaan pasti dtg. bila dah faham, Tuhan pasti akan uji kita.. masing2 diuji dgn cara yg x sama.. kakak diuji mcm lain, sarah diuji mcm lain.." (fahamkah saya?). terima kasih kakak, atas peringatan yang diberikan.

*sigh* ganbatte cik sarah~!!!

terjumpa gmbr ini di dlm hdd td. sy suka gmbr ni. semuanya tersenyum dan tersengih. menceriakan suasana :)

March 9, 2009

hujung minggu yang panjang

alhamdu lillah, hujung minggu kali ni, cuti 3 hari. hehe. yey! tp hr ni dh pun hari ke3, pun cepat jugak rsnya masa berlalu. sy online dr tmpt car wash dkt ngn market sp. selalu pun mmg mai basuh kreta kat sini. hasilnya agak memuaskan walaupun harganya rm10.

oh ya benar, berokband sy sudah pulih! hehe.. alhamdu lillah. apa yg rosak? cable nye je pun. dh beli cable baru, 25rm! dem! huhu. tp skrg tgh pening knp xleh surf guna ie, skrg ni guna moz firefox, x suke laaaaa.... huhu....

baru saja usai (selesai, bahse novel) menghadiri kursus pengurusan jenazah kat mesjid tmn ria. tima kaseh bebanyak ustaz rosli yg menjadi penceramah, walaupun sbnrnya kursus tu lebih menjurus kepada pengurusan jenazah utk muslim, maka yg muslimat ni (dah le tunggal je td hehe) duduk di blkg je la. amik tau skit2 at least kan, so xdak buta hurup sgt hehehe...

apa lagi nk wat hr ni..? hmm, rsnya mcm nk berehat dan tidoq saja kat rumah... tp org kata, kalau tidoq byk ni bole menambahkan lagi keletihan (dan kelemakan) badan! mata mmg mengantuk ni lepas pekena nasik lemak yg kakti masak utk kursus pg td. mmg superb. terer tul kakti masak sengsorang. kagum i. sori x dpt tlg kakti.. kakG pulak ajak ke bm hr ni, depa mai nk jmpa ustaz, saja ajak aku join skali, leh sembang2, cerita ceriti taik mata wat inti (hahaha)

dah hmpir 2 minggu selepas pc4, tp smpai skrg masih belum ada amik gmbr utk dipost ke forum x-pcampers. adoi. nk kena outing ke mana2 kotttttt.... encik kekaseh gelap hati leh temankan saya? :P

**ayu, kalau dh siap blognya nnt jgn lupa buzz aku~ ;) x sbr lak rsnya nk p melaka test cupcake ko yg comel (ke comot? huhu jgn mare) hehe..

March 4, 2009

kena marah

hari ni sy kena marah.

sbb sy mengada-ngada kotttt...

padan muka saya!

huhu~

ampuunn... lenkali x buat lagi...

(ampunkan kami penunggu gua.. ampunkan kami... ampunkan kami penunggu gua... ampunkan kami....~ huhu...) - quoting nujum pak belalang :P

baru nk upload gmbr budak commel yg menetap di wolverhampton ni. hehe.. ellena tu mmg ske posing. eriqa tu muka masam sbb sakit tekak dan jugak sakit kaki kena cium ngn obor2 sehari sebelum dtg ke rumahku, huhu... pnjg umo nnt kita jumpa lg ye, insyaAllah~ :)


**updated on mar 10, 2009
saja nk upload klip lagu dan lirik lagu ni. lupa apa tajuknya, ni baru terjumpa. hehe.. in liew to the entry 'kena marah', hehe.. sori ye...



dan liriknya :)

we had a fight last night
and i called him mad
makes me feel so sad
and i'm so ashamed

he's my only one
i give him all my love
even though my mom says no!
i just go on and on...

no one's gonna take him away from me..

everyday and everynight
i just wanna hold him tight
and make sure that everything stays right
and everyday and every night
to dream of him is my delight
and know that
he'll stay with me all the way

(my mocca)

March 2, 2009

tag & sedikit update

puan hajar telah mengetag saya. maka sy pun layan la jugak...

The rules:It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

oleh kerana nama saya fazira dan ramai jugak yg panggil sy sarah, maka sy wat dua2 huruf, F & S. (tamaknya aku!)

1. What is your name: Fazira, Sarah
2. Four letter word: Fest, Soon
3. A boy's name: Faiz, Syukri
4. A girl's name: Fatihah, Sumayyah
5. An occupation: Fireman, Secretary
6. A color: Fluorescent Pink, Silver
7. Something you'll wear: Funny t-shirt design, Silat's uniform :)
8. A food: Fries, Spagetti
9. Something found in the bathroom: Foam, Shower
10. A place: Fukuoka, Sungai Petani!
11. A reason for being late: For fun :P, Stupid alarm clock was broken!
12. Something you'd shout: F***!, Stupido!
13. A movie title: Fantastic Four, Sepi
14. Something you drink: Fanta Grape, Sarsaparilla
15. A musical group: Flop poppy, Search (huh, busan plak jwpn mcm ni hehe)
16. An animal: Feline, Semut
17. A street: Frank Swttenham (aku rs mcm ada kat penang ni, hahaha), Sultan Azlan Shah (Penang jugak)
18. A type of car: Focus (Ford), Sylphy (Toyota Nissan)
19. The title of a song: F, Sendiri

And now, I'm tagging :
no one. wat je sesapa yg terasa nk wat ni ok.. 20 org, ramai sgt, x larat nk p satu2 blog hr ni huhu.. sori geng! apa yang penting, kerjasama~!!!! :P

thanks hajar (siti) :)
--

sepanjang minggu lepas - isnin sampai khamis - sy tak masuk pejabat, seperti yg telah sedia maklum, sy ke photocamp4 (pc4) dan seterusnya ke utp utk tugasan luar. alhamdu lillah, semuanya berjalan lancar..

jadi, proses pengasahan mata akan bermula skrg! huhu.. (sejak balik pc4 ni, x penah lg amik gmbr, kamera pun tersimpan kemas je dlm beg tu, huhu, kalau pengetua tau ni sure dia bengang!)

dan di sini kupersembahkan serba sedikit hasil yg kudapati sepanjang kursus 3 hari itu... tadaaaa~ (huh, poyos!)



yg di bwh ni pulak gmbr saya sebagai model (haha), grupmet sy yg amik, musripah namanya.. gmbr ni mendapat pujian dari pengetua semasa critic session hari pertama kursus tu.. timakaseh mus utk gmbr yg cantik ini.. menjadikan saya juga cantik, hahahaha~ (dah edit skit2 enhance kaler dan tmbh clean background, huhu) thanks again. seronok dpt satu grup ngn mus. cool :)

kerja? masih dlm mood 'malas'. susah hati aku jadinya.. entah mcamana nk selesaikan masalah ni. hmmm.. jenuhnya memujuk. sejak hr jumaat lg dah mmg begini. lepas cuti 2 hari, pun masih sama... *sigh*

mengantuk. tido skejap lah ye. huhu. bye! ;)

**editted on mar 4, 2009 at 1202H