June 30, 2009

kerja-gong-badminton

ish3. lama sungguh ciksarah tak mengupdate blog. hehe. apa kabar semua kengkawan dan kenalan ciksarah yg sudi menyinggah membaca coretan ciksarah yang ntahapahapantah ni, huhu. semoga kalian semua sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya insyaAllah...

kerja
alhamdu lillah, kerja ciksarah ok. masih menyesuaikan diri dengan jadual tugas yang baru. harap2 dapat cope dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan ikhlas serta beristiqamah hendaknya.. (huhu)

gong
hujung minggu yg lepas ciksarah jadi urusetia penganjuran kejohan*n sukan seni mempertahankan diri di d*rulaman suite jitra. psscm kedah jadi tuan rumah kali (kedah dpt 1 bronze medal, hehe, ok la tu kan.. alhamdu lillah..) keje ciksarah? pukul gong! hehe, takpenah dlm hidup sejak hampir 30 tahun (apa 30 thn? hehe) ni ciksarah wat keje pukul gong ni. huhu. pukulan yg pertama? selow nk mampus sampaikan ketua penerangan siap keluarkan mikrofon letak belakang gong. pukulan yang kedua? kuat sangat! sampai bedengung satu dewan rasanya hahaha. pengalaman yg x dpt dilupakan, hehe. timakaseh la bg peluang kat ciksarah. ciksarah jugak berpeluang jadi tukang bawak dulang hadiah, hihi. takpenah jugak dlm sejarah hidup wat keje mcm tu, maklumle, being oversized never allow ciksarah utk berada di depan pentas. adalah lebih sesuai berada di blkg wat keje2 berat buruh kasar je, hehehe.. tp memandangkan tidak ada org lain lg yg lebih comel dr ciksarah dan aqilah (hahaha) maka kami 2 org je la yg wat keje2 pentas ni... ok la tu. bila lagi kan.. timekaseh la ye.. :)

badminton
semalam, ciksarah partner dgn opismet ciksarah, q*ma main badminton, kami mewakili program kami ni lawan liga dgn grup2 lain yg ada kat amr*c si*rim k*lim ni. lamanye la hai ciksarah x main badminton! ada la dlm 15 thn kot! huhu. lwn pulak dgn bebudak praktikal yg muda remaja. tp mgkin berkat pemukulan gong selama 2 hari wiken lepas, maka kami berdua berjaya mengalahkan bebudak praktikal tu! huhu. walaupun secara keseluruhannya, grup kami kalah, 3-1, tp ok la kan, at least kalah tu ada gak le markah 1 huhu.. ada bbrp siri perlawanan lg yg perlu kami lalui, huhu.. timekaseh le bg peluang ciksarah main badminton. dh lama betul x main. konon dh beralih pada ping pong dan tennis, tp tu pun dh lama jugak x main, hehehe..

---
sekian je dulu kot update serba sedikit ttg ciksarah ni. ciksarah sbnrnya ingin menulis entry dlm bahse inggeris. dh lama x berblog dlm bhs inggeris. asik tulis technical report dan technical paper je dlm bahse inggeris (walaupun englishku sebenarnya berterabur, huhu)

lenkali nnt ciksarah update lg ok. selamat meneruskan perjuangan. kalau kita sayang pada perjuangan kita, kita pasti akan lakukan yang terbaik. apa yang terbaik? mudah2an Tuhan berikan petunjuk. Dia pasti akan tunjukkan, kalau kita mahu mencari...

pis! hugs and kisses XOXOXXOO

June 10, 2009

impian ciksarah

huhu. ciksarah ni, kadang2, impiannya besar sangat... tapi, ciksarah ni, lupa... lupa nk mengukur baju di badan sendiri.. lupa nk timbang2kan keupayaan dan kemampuan diri sendiri... selalu je nakkan yang terbaik, padahalnye diri sendiri tu, hmmm, mcm ampes! heh! takpe. yang penting... bila dah sedar, kenala berusaha kan, buat yang terbaik... :) lepas usaha, serah kat Tuhan. biar Dia yang tentukan... Dia lebih tau apa yang terbaik utk ciksarah kan... :) ayuh ciksarah. ciksarah pasti boleh! ;) semoga suatu hari nanti Tuhan akan memperkenankan impian ciksarah tu ye.. insyaAllah.. amiinn...



ya ya.. mmg ciksarah sgt mengimpikan ini.... sangat2... ish ish ish... meleleh ayaq lioqku~!! huhu

---

esok outstation ke shah alam! malasnya nk travel... huhu... malas malas malas.. semoga perjalanan kami selamat dan diberkatiNya insyaAllah.. hmmm.. menyupir, adalah kerja yang aku suka, tp kadang2 aku malas! heh.

June 3, 2009

3 hari sudah berlalu

alhamdu lilah. ciksarah dah selamat menyertai konferen di batu feringghi selama 3 hari sejak senin lepas. dan dah selamat membentang kertas kerja ciksarah, walaupun tak dapat menjawab soalan2 yang diajukan oleh pengerusi dan jugak peserta2 yg hadir, hehehe... 3 hari berulang alik dari sp ke bt feringghi, hmmm.. awalnye kena bgn. gara2 malas berjem-jem di atas jambatan, huhu... 6.30 pagi dah keluar dari rumah dan sampai di lokasi kul 7.45 pagi. dan program sebenarnya bermula jam 9! :P

bertuah jugak dpt join konferen mcm ni. dpt jumpa otai2 dlm material engineering khususnya. agak mengkagumkan (walaupun itu semua cuma duniawi.. huhu). sungguh terasa diri ini amat kerdil dan bodoh (walaupun mmg tau dh mmg bodoh pun, cuma ini untuk mengkonfemkan lagi hehhe) mmg hebat mereka itu. hebat dlm bidang masing2. mmg ciksarah rasa teruja dn kagum. terlalu byk yg ciksarah taktahu. terlalu byk lg yg ciksarah perlu amik tahu, tp ciksarah malas betul selama ni. ish3. apa nk jadi la ngn ciksarah ni!

o ya, ciksarah dpt sorg 'boipren' dari jepang! hehe. hensem? tak kotttt... (walaupun ciksarah mengharapkan dpt berjumpa dengan org jepang yg berwajah seakan takuya kimura! hahahahaha... gila ciksarah ni! sbb mmg ramai penyertaan dari jepang, tapi tu la, ramai yg terlalu tua! dan yg terlalu muda! ish3) assistant professor dari universiti mana tah, lupa la pulak, kena tgk bizkad dia semula, hehe. kebetulan dia pun wat projek on coating, tapi dia wat cold spray, dan ciksarah wat thermal spray. siap ajak ciksarah join thermal spray conference di china bulan 10 ni! dan jugak di singapore tahun depan! hehe. dia taktau yg ciksarah ni cuma buruh binaan kontrak yang dihantar oleh bos ciksarah sebagai wakil utk membentangkan kertas kerja tu, huhu...

makan? mmg best la, alhamdu lillah. menu wajib, aiskrem! cedok sendiri dan hiaskan dgn topping pun wat sendiri! mmg best lah! hehehe...

dan esok. ciksarah akan kembali ke opis seperti biasa. bos dah bertanyakan ttg report D01 dan D02 yg dah tertangguh hampir 2 bulan! aduhai.... kenapala ciksarah jadi mcm ni? entahlah...

selamat bekerja utk ciksarah. semoga ciksarah dpt menyiapkan semua kerja yang tertangguh dan semoga cikarah dpt memperbaiki keadaan yang agak buruk yg telah ciksarah createkan sendiri tu. hmmm.. ciksarah, ciksarah... apa la nk jadi dgn ciksarah ni....

---

hmm.. ciksarah x jadi ke tganu wiken lepas. terlalu sukar utk dijelaskan mengapa. terlalu sukar juga untuk dinyatakan perasaan ciksarah tentang perkara itu. terlalu peribadi. terlalu sukar. mmg sgt sukar... apa2 pun alhamdu lillah, semuanya berjalan lancar. pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. dan ciksarah sgt bersyukur dengan apa yang telah ditentukan olehNya.