April 22, 2009

nyanyi nyanyi lagi...

hmmm, hari ni pun mood menyanyi jugak...

Ku Menunggu - Siti Nurhaliza

Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu
Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini engkau di sana
Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu


Airmata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
Di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada Tuhan

Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali

---
ciksarah rasa ciksarah nak berehat lagi. perlu masa* dan ruang mungkin. kepada semua peminat ciksarah peminat blog ciksarah (hahahaha), harap dpt bersabar kerana mungkin tidak akan ada entry sehingga bulan depan (cewah! mcm lama sgt ja, april pun mmg tggl smenggu ja lagi, huhu). terima kaseh byk2 di atas sokongan kepada ciksarah. huhu.

(*sbnrnya bkn apa, keje ciksarah kat opis ni byk yg terbengkalai. kesian bos ciksarah, mesti dia pening sbb staf dia ni dok wat hal pulak. entahlah, bulan lepas dan bulan ni, performance ciksarah sgt teruk rsnya. ciksarah cuba yg terbaik, tp byk jugak keje yg x siap. susah sungguh rsnya kali ni... ciksarah perlu keje lebih keras lagi. semoga rezeki yang diperoleh lebih diberkati. amiin. yok keje yok!)

dan mmg sbnrnya kemalasanku adalah melampau! huhu~ pasrah je la....

April 21, 2009

nyanyi nyanyi...

hari ni mood karaoke pulak, huhu.

Cinta Adam dan Hawa - Misha Omar

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta
Kasihku di Firdausi

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni

April 20, 2009

bertemu

Dapat bertemu juga,
satu malam,
sekejap tak mengapa,
bertanya khabar,
berjabat menyampai salam,
itu yang mendalam,
mabuk kasih karam.

Walau hanya sekala,
untuk penziarah merana,
semua itu manis lara,
bertemu jua,
berpisah pula,
dan menangis cinta.

Faisal Tehrani, Iraq
(Mingguan Malaysia 19/4/2009)

---

dah lama ciksarah tak memblog rasanya. hampir seminggu. terlalu byk yg difikirkan dalam kepala ciksarah sampai tak mampu nk disampaikan melalui jari jemari ini (cehwah! hehe)

bertemu. ciksarah menemui sesuatu sepanjang tempoh tidak berblog ini. tetapi penemuan itu terlalu sukar utk diceritakan, melainkan jika kita sendiri yang melaluinya. terlalu peribadi pada ciksarah.

hmmm.. hidup mesti diteruskan kan. apa yg perlu dilihat, apa yang perlu didengar, apa yang perlu difikir, semuanya dah tertulis, semuanya dah dinyatakan. cuma tinggal kita saja yang perlu membuat pilihan. kwn ciksarah kata, ada sesetengah perkara itu kita perlu terima kerana kita tidak lagi dapat utk mengubahnya, dan semoga kita diberi kekuatan utk meredhakannya, dan ada juga sesetengah perkara yang kita bole ubah selagi ada kekuatan dalam diri kita, berubah kepada yang lebih baik. dan semoga kita akan dapat petunjuk untuk membezakan di antara keduanya itu (ni mula nk melalut dah la ni, huhu.. sori...)

dan hari ni, tentunya ciksarah masih rindu...

April 14, 2009

dari ciksarah untuk ciksarah (supaya tidak poyo!)

Dari Abdullah bin `Amr bin al-`Aas, r.a , katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w, bersabda: “ Allah telah memerintahkan supaya ditulis segala qadar taqdir sekalian makhluk sebelum ia menjadikan langit dan bumi dengan satu tempoh masa yang amat lanjut.
Riwayat Muslim dan Tirmizi

Huraian

1. Kita semua wajib beriman kepada qadha dan qadar kerana ia rukun iman

2. Beriman kepada qadar takdir ialah berusaha menjalankan segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t pada azali serta diputuskan hukum berjalannya apa yang ditetapkan itu.

3. Allah Taala telahpun memutuskan dan menetapkan bagi tiap-tiap satu natijah ada pendahuluannya, dan bagi tiap-tiap suatu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya

4. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan yang mencapainya yang ditetapkan dan ditentukan oleh Allah bermakna ia kufur, tidak beriman kepada Qadar taqdir dan Qadha yang azali

(sv ciksarah yang emelkan, tiap2 hari mmg dia ske bg renungan kat seme staf kat ofis tu. huhu)

untuk ciksarah, supaya tidak lagi poyo. supaya tidak lagi mengada-ngada. mudah²an ada sedikit kesannya. terima kaseh kepada encik yang membuka mata ciksarah, yang mengetuk kepala ciksarah supaya ciksarah sedar. terima kaseh sekali lagi. ciksarah mmg poyo. ciksarah minta maaf sebab ciksarah dah menyusahkan encik... terima kaseh sekali lagi...

April 13, 2009

ciksarah masih di opis @ 5.45pm!

HARI INI ciksarah balik lambat! sebab apa? sebab keje ciksarah x siap! ciksarah perlukan imej dari SEM ni utk paper ciksarah. ciksarah kena siapkan paper utk hntr ke conference sebelum hr rabu ni. esok last day utk writing. rabu pagi bole serah kat sv utk cek dan harapnya pd petangnya bole la emel. huhu. tp ciksarah x bercadang untuk pergi ke conference tu pun, sekadar menghantar paper saja, dan sv ciksarah yang akan present. kenapa? satunya ialah bajet utk ciksarah pegi ke conference itu adalah dijangkakan tidak mencukupi. duit projek ada sangkut sikit, jadi ciksarah x sanggup la pulak nk mengambil risiko menggunakan duit sendiri dulu untuk membayar yuran dan travelling dan penginapan sepanjang conference berjalan 2 hari di kolumpo tu huhu... dan keduanya ialah, adik ciksarah yg no 2 tu akan melangsungkan pertunangan sehari sebelum conference. tp ciksarah pun x bercadang nk pegi ke majlis tu (nnt mesti ramai org tny knp adik dia dah tunang dan kakak dia belum! hahaha. dan ciksarah mala nk jawab..~ huhu) ciksarah cuma bercadang untuk menemani maktok di rumah saja. semua org akan sibuk ke jitra pada hari itu. jadi ciksarah jadi penunggu rumah saja.. hmmm...

HARI INI nk tau nape ciksarah tak balik² lagi dan beronline serta berblogging lagi di opis? sbb tgh tunggu SEM ni memvakum. lama la pulak.. aduhai...

SEMALAM ciksarah tido awal. jam 10! hehe. nk tau pukul brp ciksarah terjaga dari tidur? 1 pagi! haha. takkan nk bgn mandi dan bersiap ke tmpt keje kul 1 kan.. harusla tunggu alarm bunyi kul 6 jugak~!! dan hari ni ciksarah rasa mcm rajin pulak ciksarah wat keje sampai balik lmbt² mcm ni hehe. skali skala byr zakat kan, selalu sgt mengelat pun selama ni.. masa utk membayar balik.. mudah²an diterimaNya amiinn...

SEMALAM dan HARI NI ciksarah rindu. rindu sangat...

April 10, 2009

bernasyid di hari jumaat

hari ni ciksarah dalam mood bernasyid sempena hari jumaat hehe.. tak ingt dah penah pos ke x lirik nasyid ni. tp x pe je kan kalau pos lagi skali hehehe..

Hijjaz: Berkorban Demi Cinta

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


**hari ni ciksarah rasa ciksarah blank. ciksarah memberi ruang dan masa. dan ciksarah harap ruang dan masa yang ciksarah bagi ni adalah yang terbaik untuk ciksarah. :-*

April 9, 2009

hujan pagi

hari ni hujan pagi. cik sarah suka sgt hujan pagi. suasana nyaman dan sepi tapi bahagia (huhu). walaupun ciksarah ni tak tahan sejuk, tapi ciksarah suka hujan pagi. seolah ada rahmat yang datang bersama (pastinya ada, hujan itu mmg rahmat dariNya...) alhamdu lillah, Tuhan masih beri peluang kat kita utk menikmati keindahan alam ciptaanNya. dan semoga kita menjadi hamba yang bersyukur. (adeh.. bila kuar ayat mcm ala2 ustazah ni sbnrnya ciksarah x brp nk suka, sbb nnt ciksarah perasan yg ciksarah ni baik sgt, sbnrnya ciksarah ni x baik pun, huhu)

ciksarah nak update pasal satu muvi yang ciksarah dah tgk 2 minggu lepas, di hari pertama muvi ni direlease. bagus ceritanya. bagus sekali. :)




ya benar.. mmg best. indie muvi mcm ni mmg menarik perhatian dan menawan hati ciksarah. ciksarah suka sgt ada org yg best mcm y*smin yg boleh produce dan direct muvi mcm ni. tahniah2! ciksarah suka sgt ;) terlalu natural. sgt jujur dan sgt ikhlas. ciksarah rasa mcm nk tgk skali lagi tp mungkin bukan dalam masa terdekat. ciksarah nk tunggu lg muvi y*smin. ciksarah mmg suka. sgt suka.. (hehehe.. byk sgt suka ni. kalau suka sgt2, bimbang2 nnt jd x suka langsung pulak! aduhai... tp mmg ciksarah suka. bukan sgt2. sgt je.. hehe)



*gmbr2 amik kat kat official website tal*ntime ;)

**ni entry ke 400 hehehe...

April 8, 2009

hari ketiga memblog di ofis!

dah 3 hari ofis sy bukak access utk blog! hehe.. selalunya 'access denied'. so sy pun apa lagi, mengambil kesempatan la di dalam kesempitan ini. huhu.. (mesti org tny kan, ciksarah ni tak keje ke, asik blogging je? huhu..)

hari ini cik sarah ada hari s*laturrahim, kelab amr*c yang anjurkan. dah lama ciksarah tak pakai kasut sukan! dan keputusannya, kumpulan ciksarah dpt no 2! hehe. hairan jugak sbb kebanyakan acaranya, kumpulan ciksarah dpt keputusan tercorot. tp akhirnya dpt pulak jadi naib johan, alhamdu lillah (walaupun sbnrnya hadiah yg kami dpt tu seme pun sama je, hehe...) semoga acara tadi telah pun berjaya merapatkan lagi silaturrahim akan staf, mudah2an begitulah. huhu..

dan hari ni juga ciksarah rasa cik sarah perlu menulis, utk kekaseh hati (ehem ehem! ada ye kekaseh hati? huhu) ciksarah. ciksarah pun taktahu la dia baca blog ciksarah ke x, tp ciksarah perlu menulis, sebab ciksarah takut, kalau ciksarah cakap, nnt ciksarah tersilap, sbb ciksarah mmg selalu tersilap cakap. haiiiihh.... tapi apa ciksarah nk tulis? hmmm... atau mungkin tak perlu ditulis pun. tak perlu kekaseh hati ciksarah tahu apa yang ciksarah nk cakap? huhu. tapi tulis je la kotttt...

buat kekaseh hati ciksarah
ciksarah minta maaf
ciksarah rindu...

hmmm, tu je yg boleh ditulis. rasanya ciksarah perlu berehat. dan semoga rehat ciksarah akan menenangkan hati ciksarah. supaya tak serabut. supaya tak keliru. dan supaya tak marah2 orang lain lagi. (huhu)

(dan ciksarah masih rindu pada berfotografi juga.... :'( ~ )

April 7, 2009

doa

ada seorang kawan cik sarah yang nak pegi mengerjakan ibadah umrah pada hujung minggu ini. alhamdu lillah, rezeki dia dah sampai (cik sarah bila lagi? huhu. teringin juga tapi diri ini masih terlalu daif rasanya.. entahlah..)

kawan cik sarah tanya, doa apa yang mahu dia panjatkan untuk cik sarah di depan kaabah nanti. doa apa yang ingin cik sarah mahu dia sampaikan. hmmm.. cik sarah pun tak tahu. sebab cik sarah keliru. cik sarah memang tak tahu. kawan2 yang lain dah tulis atas kertas, doa apa yang nak mintak tolong disampaikan di sana nanti.

dan cik sarah. masih tak tahu. mungkin nak mintak tolong doakan supaya jadi lebih beriman, berjaya di dunia dan di akhirat (cewah! mcm baik sgt je la cik sarah ni! huhu). tapi dulu, ada seorang sahabat kata, antara doa yang dimakbulkan, ialah doa daripada seorang sahabat untuk sahabatnya yang lain yang sahabatnya itu tidak tahu pun akan apa yang didoakannya... (ayat mcm keling tak? hehe) maksudnya, adalah lebih baik mendoakan utk seorang sahabat tanpa pengetahuannya.. begitulah kiranya intepretation cik sarah. kalau salah tolong tunjukkan :)

papepun, terima kasih la pada kawan cik sarah tu. tolong la doakan apa saja untuk kebaikan cik sarah (sbb cik sarah ni mmg tak baik pun!) dan cik sarah doakan semoga perjalanan kawan cik sarah tu selamat pergi dan pulang dan dipermudahkan segala urusannya di sana. mudah2an begitulah..

**hari ini cik sarah rasa tenang. alhamdu lillah. cik sarah tahu cik sarah bukan orang yang baik. tapi cik sarah masih mencuba menjadi yang terbaik. dan terbaik itu adalah untuk diri cik sarah sendiri.. dan jugak terbaik untuk semua. semoga semuanya akan mendapat kebaikan insyaAllah (kadang2 cik sarah rasa mcm ayat cik sarah ni terlalu baik hehe, tp sebenarnya cik sarah ni tak baik pun! huhuhu)

April 6, 2009

cik sarah mencari

cik sarah masih mencari

cik sarah mencari erti sebenar bekerja
cik sarah keliru
cik sarah sekarang buntu
cik sarah tidak punya hala tuju
kerja cik sarah banyak yang tertangguh
cik sarah keliru
cik sarah rasa cik sarah dah berusaha
tapi sebenarnya cik sarah belum pun melangkah
cik sarah cuma merangkak
dan rangkak cik sarah sangat perlahan
dan rangkak cik sarah sangat terhad
terlalu banyak persinggahan
terlalu banyak neon yang menyilau
menahan cik sarah dari terus bangun
cik sarah keliru
cik sarah mencari...
cahaya yang dapat menerangi jalan cik sarah

cik sarah mencari erti sebenar berkawan
kawan cik sarah memang ramai
cik sarah memang suka berkawan
tapi cik sarah kadang keliru
kawan mana yang cik sarah suka
dan kawan mana yang suka cik sarah
cik sarah runsing kadangkala
cik sarah sedar juga dia bukan selalunya menjadi kawan yang baik
cik sarah kadang penuh dengan hipokrasi
cik sarah tak suka sebenarnya
cik sarah cuba perbaiki diri
cik sarah tak mahu berpura-pura
cik sarah suka kawan yang baik
sebab cik sarah tahu dia juga boleh jadi kawan yang baik
sebab kawan mungkin boleh jadi sahabat
sahabat sejati untuk cik sarah
sahabat yang dapat membawa kebaikan
(dan cik sarah tahu, cik sarah memang bukan orang yang baik)

cik sarah mencari erti sebenar bercinta
cinta cik sarah untuk siapa
cinta cik sarah atas dasar apa
cinta siapa yang cik sarah cari
cik sarah keliru
kadangkala cik sarah tak sabar
kadangkala cik sarah cemburu
entah pada siapa cik sarah cemburu
cik sarah keliru lagi
cik sarah dah jumpa chenta hati cik sarah
tapi cik sarah tak pasti
chenta hati cik sarah mungkin tak jumpa cik sarah lagi
cik sarah tahu
cik sarah perlu bersabar
cik sarah tahu
cinta dan rindu yang ada ini, Dia yang memberinya
Dia yang menitipkannya
cik sarah tahu
Dia lebih tahu apa yang baik untuk cik sarah
Dia sudah atur yang terbaik untuk cik sarah
cik sarah perlu sabar
walau apa pun yang dia tentukan
cik sarah pasti boleh melaluinya
kerana Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

dan cik sarah terus mencari
mencari erti hidup di dunia ini
yang tak tahu berapa hari lagi masih berbaki...

April 3, 2009

benarkah wanita memerlukan lelaki?

ada yang fwd kat mailbox sy pagi tadi... saja nk share.. mmg ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. hehe. tp mungkin x kena semua, tempias2 je kotttt :P enjoice reading~!!

Untuk renungan, buat sahabat-sahabatku. Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki. tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan di hujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan? (heh? ye ke? bole try kottt hahaha)

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. (jgn perasan pulak jika kita dpt lelaki yg baik tu maknanya kita adalah perempuan yg baik. mgkin lelaki yg baik tu dihntr kepada kita krn kita ni jahat. dan lelaki itu adalah org yg dihntr utk memperbaiki kita. bersyukur je la byk2 krn Tuhan masih memberikan ruang utk kita berubah~ sesungguhnya dia maha Pengasih dan Penyayang...)

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kebanyakan dan hampir semua kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian (huhu, kwn2 sy x gatal, sy je yg gatal, hahaha), kini sudah disunting, dan bakal sudah pun menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai dan juga ibu kepada anak2 mereka yang comel (semoga menjadi anak yg soleh dan solehah, amiiinn). Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha (gaha tu apa?) sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai. (weeewiittt... heheheh)

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya. (weeeewiiiiittttttt lagiiii~ heheh)

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik... usaha dan cuba buat yang terbaik. apa yang penting? kejesame!!! peace! hehe...

(saya rindu berfotografi~ tolong......)