February 22, 2005

Puding Karamel

one of the favorite dishes on hari raya =)
specially published for Ea, hehe..

Perkakas memasak:
Kuali/Pan
Periuk kukus (asli atau buatan)
bekas/mangkuk tahan panas (Pyrex or Arcopal is the best)
Sudip
Blender @ Garpu/Timbuk + Mangkuk

Bahan A:
1 cawan gula pasir

Bahan B:
1 tin susu cair (Ideal is preferred)
3 biji telur ayam
4 sudu besar gula pasir
secubit garam (optional)


Bahan C (optional):
1 tin buah-buahan campuran (cocktail)

Cara membuatnya:
Masak bahan A dlm kuali/pan dengan api perlahan sampai gula menjadi cair dan berwarna keemasan (status: gula hangus). Pastikan gula sentiasa dikacau untuk mengelakkkan kehangitan melampau. Tuangkan segera ke dalam bekas/mangkuk tahan panas yang akan digunakan untuk mengukus. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.

Masukkan kesemua bahan B ke dalam Blender dan blend sehingga sebati. seandainya blender tidak kedapatan maka masukkan kesemua bahan B dalam mangkuk berasingan (bukan mangkuk yg dah letak gula hangus tadi). Kacau dengan menggunakan timbuk(pemukul bahulu) atau garpu sehingga bahan sebati. Tuangkan bahan B ke dalam mangkuk tahan panas yang ada bahan A sebentar tadi.

Kukuskan dengan air mendidih (panas) selama lebih kurang 20-30 minit. Sejukkan pada suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk.

Hidang begitu sahaja atau boleh dihiaskan dengan buah-buahan campuran (bahan C).

yummie~!!!

(kalo nk wat byk pun bole, kot la satu tin x cukup makan buatla 2-3 tin, gandakan je bahan² lain ikut gandaan susu cair)

sekian, selamat mencuba~!!!

No comments: