September 7, 2005

after being tagged by EFFA..

ini semua adalah kerana effa yang telah menge'tag' saya. apa itu tag saya pun tak tahu, tp saya rasa saya tau apa yang saya kena buat (berdasarkan kepada pemerhatian dan penjejakan kisah tagging mentagging ni dari blog ke blog). tp effa, aku wat dlm bm je la ye.. susahle nk taip bahse inggeris ni ;P

ini adalah ringkasan sebuah kisah mengenai seorang SAYA. tentang diri. tentang keluarga. tentang rakan. tentang hidup. tentang dia... (cewah, ni citer indon tu la, haha)

amaran sblm membaca - entry ni panjang dan merapu, kalo malas dan bz, jgn baca!

----mula----

2 0 - t a h u n - y a n g - l a l u [ t a h u n .1 . 9 . 8 . 5 . ]

di ketika ini umor saya baru 6 tahun. saya tinggal di rumah no 3 jalan pahlawan sungai petani, masa tu mak saya cikgu di skolah ibrahim dan ayah saya kerja di markas 6 briged. saya dah ada 2 adik masa ni, boy dan baby (skrg dikenali dgn nama adik). saya pergi ke tadika monthesorry jingle bell di taman melati sungai petani. dan seperti yang pernah ditulis di dlm entry yg lepas lepas, pada ketika ini saya berkawan dengan kawan kawan yang baik bernama shariza dan juga ramona. saya sgt malas pegi ke tadika sebab malas nak bangun awal. pada usia 6 tahun ini juga saya telah kehilangan datuk saya sebelah ayah - atau lebih dikenali sebagai WAN. masa saya tadika tahun 1984, wan la yang selalu hntr sy pegi tadika dgn basikal tuanya. saya pun x brp ingt sgt mcmana karakter wan sbb saya masih kecik masa tu. tp saya tau, dia mesti sayangkan saya :) sbb tu dia rajin hntr sy pegi tadika.. pada tahun ini juga kalau x salah saya, kakak angkat saya yang bernama SITI meninggal sebab sakit leukimia (kanser darah). saya x dpt pegi ziarah sbb saya demam masa tu. mak saya kata masa dia ziarah kak siti tu sakit tenat kak siti ada sebut nama saya dan tanya kenapa saya x dtg. saya sgt sedih setiap kali teringatkan hal ini. pada umor 6 tahun ni saya sudah pandai membaca buku bahsa inggeris, cewah!!! buku ladybird yang ada kisah peter dan jane. terima kasih kepada cikgu tadika yang ajar saya baca buku. dan perkara yang palling saya suka masa tahun 1985 ialah konserto tadika saya yang dibuat di dewan beng siew. saya masuk byk tarian dan saya dpt hadiah nombor 5 dalam peperiksaan tadika saya, hehe..


1 0 - t a h u n - y a n g - l a l u [ t a h u n .1 . 9 . 9 . 5 . ]

pada tahun 1995 saya berada di tingkatan 4. pada peringkat awal tahun saya masih bersekolah di sekolah convent. saya berada di dalam kelas 4 mulia. dan pada masa ini saya menghadapi konflik sama ada untuk meneruskan pelajaran di convent atau mengambil peluang untuk ke sekolah berasrama penuh yg lebih dekat jaraknya dekat rumah saya berbanding dgn skolah convent tu ;P dan akhirnya saya pegi ke skolah matjiwa tu. saya agak tertekan sebab tak pernah tnggl kat asrama sblm ni. dan bosan sbb kena buli dgn pengawas tingkatan 5. minggu pertama sangat menyiksakan, saya selalu menangis dan tak lalu makan, mak saya selalu bg nasihat dan akhirnya saya berkeputusan untuk meneruskan persekolahan di situ dengan prinsip - alang alang seluk pekasam, biar sampai ketiakku masam, hak hak hak... saya belajar di tingkatan 4A1. cikgu kelas saya yang bernama ahmad selalu memanggil saya dengan nama FARIZA! saya pun x tahu kenapa. xkn la cikgu ni xtau eja nama saya sedangkan dia seorang cikgu bahsa melayu. sungguh kompius skali. dalam kelas saya duduk di belakang skali bersama partner saya - suhaini. hny kami 2 org sj yg duduk satu column ngn budak laki sbb budak pompuan kelas kami ramai. depan saya adalah hadzrul dan depan su ialah matcif. ketua kelas kami ialah met. seronok juga skolah di asrama sbb jadualnya yang teratur. saya suka walaupun kadang-kadang rasa sgt bosan. saya menjadi kurus masa ini sbb x lalu makan, sampai kawan kawan di skolah convent kasihankan saya kerana kehilangan berat badan yang banyak.


5 - t a h u n - y a n g - l a l u [ t a h u n .2 . 0 . 0 . 0 . ]

selamat datang ke abad yang baru, abad ke - 21. pada tahun ini saya berada di tahun 2 dan 3 pengajian di universiti teknologi petronas! yang mana pada peringkat awal kemasukan saya ke utp ini adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. tp lama lama saya dpt cope dengan keadaan sekeliling. kawan² yang rapat dgn saya pd masa ini ialah ayu dan ugie, rumet saya di etana. lain lain yg berada dlm satu geng ialah macit, eus dan ina. turut serta ialah naiza dan mitra yang tnggl berdekatan bilik kami. ingt lg masa bulan posa kami satu batch trpksa stay di utp selama 2 minggu utk workshop practice memandangkan USMKCP akan berpindah premisnya ke transkerian. jadi kami perlu menggunakan kemudahan woksyop usm secepatnya untuk kemudahan kami jugak. pada masa ini jugak saya telah menamatkan pelajaran silat cekak saya pada 12 april. saya kemudian mengaktifkan diri sedikit demi sedikit dalam silat cekak. dan bersama silat cekak saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke negeri johor! terima kasih... harapnya keaktifan akan berterusan, amin. umor saya 21 masa ni. org kata umo 21 tu tandanya seseorang itu akan mendapat kunci kebebasan. mungkin kerana itulah pada tahun 2000 saya telah mendapat kereta kancil yang bernombot plet PET 2000 dari mak saya! saya sgt suka sbb langkah saya menjadi lebih panjang! dan pd masa ni juga saya ada suka dgn sorang mamat ni tp tidak mendpat sambutan yang menggalakkan, jadi saya pun malas nk layan jugak akhirnya. hehe.. saya pun dah lama tidak mendapat kabar berita drpd mamat ni. harapnya dia sentiasa sihat dan happy² selalu.


3 - t a h u n - y a n g - l a l u [ t a h u n . 2 . 0 . 0 . 2 . ]

pada tahun ini saya berada di tahun 4 dan 5 pengajian di utp. hampir menamatkan pengajian dah.. pada peringkat awal tahun tu saya sedang menjalani latihan praktikal di petronas fertilizer kedah di gurun. saya tnggl di rumah sbb jaraknya lebih kurang 17 km dari rumah saya. rakan rakan sepraktikal dgn saya ialah chua, ana, kitping, aida dan sandy. kami semua diattachkan di operation department di ccr. mmg best praktikal ni. saya suka. saya dan sandy di ammonia section. kami mendapat penyeliaan dari seorang india yang bernama mr gedigeri dan juga encik amer syahremy. mereka sgt strict dan selalu bg markah 4/5 sj untuk laporan mingguan. sy agak tensi tp malas nk layan. kami juga mendapat bantuan daripada jurutera operator yang baik baik belaka, susah nak sebut nama kat sini sbb nnt kalo ada yang x tersebut ada pulak yang kecik ati :) saya dan ana sgt suka menyanyi sehinggakan chua menjadi tertekan, hehe.. pada masa ni jugak kami dpt kenal dgn pelajar praktikal dari upm - suhana dan bbrp trainee dr instep, termasuk mat iaitu junior sy masa skolah matjiwa. kami juga dpt kenal dgn faiz - jurutera baru yg kononnya menjadi junior kami di situ dan adik angkat saya walaupun umornya 2 tahun lebih tua dari saya, hak hak hak.. paling seronok ialah semasa turnaround plant sbb saya dpt mengexplore plant tu dgn lebih teliti. saya ada suka dengan seorang mamat yang bekerja di situ ttp hanya untuk suka suka saja, lgpun mamat tu sudah pun kawin dan rasanya dah ada anak sorang pun, hehe.. saya menjadi sgt gemok pada masa ini kerana tnggl di rumah.. makan dan minum mak yang tanggung. kerja pulak dlm tmpt beraircond. dan tahun akhir saya di utp - pada mulanya saya berkeputuasn untuk mengambil major dalam bidang alam sekitar (environment) tetapi oleh kerana pensyarahnya yang tak best jadi saya tukar keputusan amik major dalam proses yang akhirnya menyusahkan diri saya sbb saya bukanla pelajar cemerlang yang sesuai mengambil subjek yang susah sebegitu. *sigh*


t a h u n - l e p a s [ t a h u n . 2 . 0 . 0 . 4 . ]

tahun lepas saya adalah seorang pelajar peringkat sarjana di utp. saya enrole pd tahun 2003 dan tahun 2004 merupakan saat kritikal membuat eksperimen dan ujikaji terhadap reaksi yang saya sedang kaji. kini saya sudah sesuku abad. pencapaian saya tidak cukup memuaskan kerana kawan kawan lain telah berjaya melanjutkan pelajaran di oversea. dan kawan kawan yang mendapat kerja yg hebat dan melebarkan sayap mereka melalui karier masing masing dan kawan kawan yang kenduri kawin dan jugak melahirkan anak, hehe.. saya pertama kali menaiki erl dari kl sentral ke klia bersama seorang mamat yg saya sgt suka sejak dulu hingga kini. kami pegi ke klia untuk menghantar adik saya yang sedang belajar di jerman. naik erl pun mcm naik kapal terbang, mmg kelas gitu... dan yang pastinya, pada tahun lepas saya mula menceburkan diri dalam aktiviti memblog ini setelah mendapat inspirasi daripada seorang kawan, hehe.. dan hari ini genap SETAHUN usia BLOG saya!!! hepi besday BLOG!!! saya memblog ni hny krn suka² shj.. sekadar berkongi apa yg perlu bila lidah tidak lagi berkata-kata dan hanya tangan yang berbicara.. hehe.. seronok jugak menghanyutkan diri dlm dunia cyber ni, huehuehuheue.. saya juga berpeluang untuk menjadi usherettes pd thn 2004 semasa perasmian kompleks cancelor utp. saya berpeluang bersalaman dengan bekas pm kita, tun mahathir yang merupakan cancelor utp. tp sy agak terkilan sbb x smpt nk bersalam dengan pm kita iaitu pak lah sbb berlaku miscom sedikit yang menyebabkan saya berada di tmpt lain pada ketika pak lah nk balik ke heli nya. thn lps jugak sy berpindah keluar dari hostel utp ke rumah sewa di taman tasik putra utk tnggl bersama kak irma dan ros. sy suka sbb bole masak sendiri untuk makan.. bole belajar resepi baru dan masak ikut selera kita nak makan.


t a h u n - i n i [ t a h u n . 2 . 0 . 0 . 5 . ]

tahun ini saya sudah berusia 26 tahun, baru je seminggu lepas. saya kadang merasakan diri sudah tua tp sbnrnya masih muda lagi. hehe.. kawan kawan yg dah kawin sibuk suruh saya kawin jugak, tah pape la depa ni, ingt kawin tu bole senang senang ke nk paksa. aduila.. Tuhan, tolonglah berikan mereka petunjukMu :) saya suka sbb hujung tahun ni saya akan menamatkan pengajian saya, insyaAllah, diharap sama sama kita dapat doakan ye sebab saya ni menjadi sgt malas dan liat untuk menyiapkan setiap tugasa yang penyelia saya bagi. terima kasih. dan tahun ini saya rasa tahun yang paling saya selalu teringatkan mamat yg sy sgt suka sejak dulu hingga kini. dah lama saya tak berhubungan dgn dia sebab dia mungkin sibuk dgn kerja dan aweknya. susah betul nak mendapatkan kabar berita dari dia. harapnya dia sentiasa sihat dan happy² selalu... perkara yang tak mungkin saya lupakan untuk tahun 2005 ini ialah peristiwa 26 jun yang lalu. kisah sembilan yang datang bersama sembilan dan sembilan yang pulang. kadang kadang saya pun tak paham pesaipa la orang kita ni kuat sgt mendengki sampai nak menyusahkan orang lain. ingt la kita ni ada Tuhan, kalo hidup tu dah susah, mntk la tlg dgn Tuhan, bkn ny susahkan org lain pulak.. aduii laaa....


T a h u n - d e p a n [ t a h u n . 2 . 0 . 0 . 6 . ]

saya harap tahun depan saya akan dapat naik ke pelamin pentas menerima ijazah sarjana daripada cancelor utp, insyaALlah. dan saya harap tahun depan jugak saya kana dpt settle down dari segi mendapatkan pekerjaan dan membeli rumah! kahwin? mungkin belom lagi kerana saya rasa masih belum sampai masanya. tp xtau la kan, kalau dah jodoh tu tak ke mana.


1 0- t a h u n - a k a n - d a t a n g [ t a h u n . 2 . 0 . 1 . 5 .]

errrr.. dah umo 36! saya bajet time ni karier saya insyaAllah dah stabil.. rumah dah ada, kreta pun ada, insyaAllah.. hutang pun mesti byk time ni... saya harap dapat membantu ayah dan mak yang dah pencen, insyaAllah.. ada suami? insyaAllah.. ada anak? insyaAllah, saya mmg suka budak budak... kalo xde pun saya bole cuba dapatkan anak angkat nnt, insyaAllah.. dan harapnya saya akan dpt lebih memahami erti hidup ini.

----tamat----

sekian itu saja meme saya buat kali ini. dan seterusnya saya ingin menge'TAG' rough, naiza, melor, teh dan aznor, hehehe.. ramai kan.. tapi kalo ada di antara anda yg dah penah kena tag ni xyah le wat lg skali ye, buang masa je nnt, hehe.. so selamat tagging mentagging ye (wut the heck!!?)

dan ini adalah kek besday untuk BLOG saya.. hepi besday~!!

No comments: