September 4, 2005

yuyu beranak lagi~!!

masih ingatkah anda kepada YUYU? kucing bebulu tebal yang dibeli oleh mak saya kira-kira lima tahun yang lalu daripada seorang makcik bernama sharifah dengan harga rm400? yaa.. yuyu inilah~.....



yuyu seekor kucing himalayan yang agak sombong, dia tidak suka dipegang dan dibelai. dia lebih selesa berehat berseekoran di atas lantai yang sejuk atau di atas suratkabar. dulu yuyu cuma makan makanan yang mahal iaitu royal canine yang berharga rm59.90 sepaket. tapi kini mak saya telah menukarkan diet yuyu kepada friskies sahaja yang nyata jauh lebih menjimatkan. inilah adalah setelah yuyu melahirkan anak yang mana kadar pemakanan mereka telah meningkat. dan dulu yuyu cuma membuang air besar dan kecil di dalam pasir khas yang berharga rm16.90 sepaket dan kini dia hanya melepaskan hajatnya di tanah halaman rumah. sungguh menjimatkan..

dua minggu lepas yuyu telah tiba² berlegar di dalam rumah. ini adalah kebiasaan baginya jika hendak beranak. tapi pada ketika itu hanya adik saya yang belajar di jerman dan sedang bercuti itu sahaja yang ada di rumah. dia jadi panik kerana darah bersepah di dalam rumah. dia menelefon mak saya yang sedang ebkerja dan memaklumkan hal yuyu melahirkan anak itu. mak saya menyuruhnya mengelap darah yang bersepah itu dan adik saya sangat tensi sehingga dia tidak lalu untuk makan pada hari itu, hahaha.. padan muka dia..

kami semua tidak mempunyai klu yang yuyu itu sedang bunting kerana perutnya kelihatan biasa sahaja, maklumlah, dia memang seekor kucing yang gemok! anak yuyu berawrna kelabu dan putih. sangat comel. mereka sangat gemuk kerana hanya tahu tido dan minum susu sahaja. mata mereka bulat dan hitam. jika hendak bergerak mereka hanya boleh mengesot di atas perut mereka yang bulat itu kerana kaki mereka masih pendek dan tidak kuat lagi. sungguh comel sekali.

dulu mak saya kata nk bagi kepada orang jika yuyu beranak tetapi kali ini dia kata tak jadi sebab sekarang dia tinggal seorang di rumah sebab adik adik semua dah masuk asrama jadi dia kata dia nak berkawan dengan kucing di rumah, hehehe.. sungguh lucu mak saya itu..

sekian sahaja cerita anak yuyu kali ini. gambar tidak boleh diambil lagi kerana masih kecil. tunggu besar sikit baru boleh amik. ok, terima kasih.

No comments: