October 27, 2005

saya pasrah untuk kesekian kalinya

saya baru pulang dari ipoh. dari pejabat setiausaha kerajaan negeri. dari bilik mesyuarat B1. dari menghadiri temuduga untuk M41 Pegawai Tadbir dan Diplomatik. letih. sesi 15 yang cukup lama untuk memerah otak hingga hampir berdarah. dua orang pegawai penemuduga yang datang bersama soalan soalan bombastic yang membuatkan aku terasa diriku semakin kecil, huhu. harapan? entahlah. bukan aku malas untuk berharap. atau berhenti untuk berharap. harapan tetap ada untuk digantung. jika ada peluangnya, dan ada rezeki yang telah ditetapkanNya insyaAllah. berkat doa Guru, Ibu dan Bapa, serta saudara-mara dan sahabat handai, di bulan ramadhan penuh berkat ini kumengharapkan ada sedikit titipan dan harapan untuk aku. cewah, macam jiwang karat pulak. keputusannya akan diumumkan disember ni. entahlah...

No comments: