December 23, 2005

memang baik punya cilok la ni

memang baik punya cilok.. saya sangat suka menonton cerita ini. beberapa scene telah berjaya menyebabkan saya ketawa sehingga keluar air mata (bukan air hidung ye!) ahahaha.. walaupun di awal permulaan cerita ni TGV yang bongek tu telah roll filem tanpa suara selama beberapa minit (tensi betul la!), TGV akhirnya mengulangi semula roll filem tersebut slps org ramai bising² dlm panggung tu..




scene yang saya sangat suka:

1. bila setiap kali ada flash back, ada gmbr statik itam putih dan ada tok dalang dikir barat kat belakang tu, ahahaha.. lawak banget nih.. plg best bila aben pasang joran letrik sampai semua kan dlm kolam timbul dan menyebabkan persatuan kolam pancing seluruh selangor mem'ban' aben

2. bila bob wat latihan 'melepasi peluru' sambil tutup mata, konon terer tp bila kat tayar yang last tu, tayar tu kena gak kat badan dia, dan seme org gelak, hahahaha.. sampai keluar air mata tgk scene ni

3. bila bob pggl wak dgn nama rosalinda, dan paulina tp salah - sebenarnya nama dia ialah betty! ahahaha.. kreatif pulak bg nama watak soap opera latin ni, aahhaha..

4. bila lina mengkung-fu kan leman dgn menyepak dari depan masa leman tangkap dia dari belakang! cayaklah (walaupun mmg itu kamera trick saja rasanya :P)

5. bila aben cuma amik kesempatan pada nazatul, walhal peluru tu x kena pun kat dia, ahahaha..

sbnrnya byk scene yg lawak dan menggembirakan hati. dan byk jugak scene yang ada unsur² teladan yang baik yang boleh dijadikan panduan. kisah persahabatan yang sejati. ehehe.. jgn salah sangka ngn kawan dan jgn betray kawan sendiri!

watak² citer ni seme pun best, berjaya dilakonkan - 4 hero: aben yg selalu pitam bila stressed, wak yang gelabah bila nk ckp bohong (sebab dah janji ngn nenek xleh ckp bohong, hehe), bob KP yang jiwang karats dan selalu bercakap bahse puitis, dan jerry yg ske bwk laju smp makcik yg nk beli kerata tu bengang! polis: inspektor pompuan yang garang dan asp yang suke ckp tetiba pause dan sambung balik slps bbrp seconds, uncle wong yg buta tp tau pulak bini wak si nazatul tu lawa, ahaha, lina yang cumil dan cute, malek yg pakai spek besar sampai mata ida jd mcm ikan dlm akuarium!

okes, kudos to cif kodok for this hillarious movie. terima kasih kerana menghasilkan cerita yang sangat best dan menggembirakan hati sekalian penonton~ sape yg belum tgk, silalah tgk ok! pis~!!

No comments: