December 16, 2005

peristiwa sedih dan misteri

semalam, semasa pulang dari rumah persatuan di sitiawan saya telah memandu kereta kancil saya pada kelajuan 90 km/j. di depan saya ialah sebuah kereta kelisa berwarna putih dipandu oleh seorang lelaki berbangsa c*na. tiba-tiba di satu jalan yang lurus dia telah memperlahankan keretanya dan merapatkannya ke kiri jalan. saya terkejut dan turut memperlahankan kereta saya. saya membawa kereta saya ke sebelah kiri klisan tersebut iaitu sangat hampir ke bahu jalan, di mana tiba-tiba seekor anak anjing melintas dan berhenti lalu memandang ke arah kereta saya. saya panik dan membrek sepenuh hati namun begitu sudah terlambat. anak anjing tu telah diketuk bawah (knocked down) oleh kancil saya yang hijau itu. apit di sebelah keseriauan. kami dapat merasakan yang tayar kereta terangkat semasa menggelek anak anjing itu. anak anjing itu menjerit kesakitan tapi apa yang boleh saya buat? saya meneruskan saja perjalanan. menurut kata nazri anak anjing itu belum mati kerana dia masih berjaya bergerak ke tepi jalan. kami tidak pasti apakah riwayatnya berakhir di situ atau adakah dia juga mempunyai 9 nyawa seperti seekor kucing? sedih dan misteri.

No comments: