di peralihan tahun itu, semuanya kelihatan begitu sesak. nafas pun pendek², umpamanya oksigen yang terbekal tidak mencukupi. kenapa? adakah hidung yang kembang ini semakin menguncup? oooo... mungkin tidak...! atau saluran yang mengepam darah ke jantung semakin tersumbat dek lemak² dan kolestrol dari makanan yang tidak terkawal? ermm.. mungkin juga ya. tapi yang pasti, sebenarnya sesak itu datang akibat urusan yang belum selesai. yaaa.. urusan itu.. urusan yang sudah sekian lama tertangguh.
kenapa belum siap? kenapa tidak terselesai? adakah kerana kelekaan atau kemalasan, atau ketidakpedulian yang melampau? atau kerana kecewa, letih dan bebal dengan semua yang telah dilalui? entahlah. berat sungguh rasanya. sedang sudah diketahui, hal ini jugalah yang mengakibatkan segala perkara lain turut tertangguh, turut terjejas.
aduhai hati. aduhai diri. sedarlah. sudah lama benar rasanya. cukup lama.
tapi cukup menghairankan. masih sempat ke sana sini. masih sempat melayan peti yang bisa bercakap itu. peti yang bisa mengeluarkan pelbagai aksi itu. masih sempat ke sana sini, ke kedai kopi, dan ke cc!
bosankah? letihkah?
ayuh bangkit, carilah semangat itu. carilah. semangat yang mungkin bisa merubah segalanya. pujuklah hari, rayulah diri. demi bangsa, demi agama... demi negara. demi keluarga. bagkitlah.
(tiba² entry mcm patriotik skit. sorilah. emo, emo..)
No comments:
Post a Comment