March 25, 2008

material oh material

dah hampir 3 minggu saya di amre* siri* kulim skrg. kerja? ok je. procurement, literature review, masuk lab keluar lab, masih boleh cope. cumanya kdg² mcm terkompius, betul ke nk wat keja ni sbb xberkaitan langsung dgn apa yg dipelajari ms di utp dulu. ye la kan, attached kat structural material program, chem eng dan material eng, mmg xsama pun, hehe. tp difikirkan on the brighter side, apalah salahnya bljr benda baru, ilmu Tuhan sgt luas (ayat penyedap hati, hehe). kdg² rindu jugak pada perkara perkara chemical ni...

skrg keja gaji hari je, kontrak sementara. lusa ada intebiu kat shah alam. (tolong doakan ye, hehe, mekaseh) insyaAllah kalau ada rezki, akan ditukar kepada kontrak tetap, gaji bulan la tu, but still akan diterminate once kontrak tamat, which is around end of next year. dan kalau ada rezki, kalau ada projek baru bole la renew kontrak atau diserap sebagai permanent staf. (tp mcm masih jauh pulak)

jadi at the moment, saya masih berfikir, wajarkah saya mengenrollkan diri sebagai pelajar pascasiswazah untuk phd material eng? huhu.. pening jugak. laku ke nnt nk mntk keja lain kalu degree dan masters dalam chem tp phd wat material eng pulak kan.. masih perlu difikirkan dan dibincangkan dan diperhalusi... kalau ada rezki insyaAllah.

hr ni sejuk, elejik apa taktau, bersin memanjang dr pagi td. skrg ni saya mkn satu produk utk meningkatkan sistem imunisasi badan. harga? blehtahan mahal la tp mujur mak yg sponsor, hhihihi.. dia kesia tgk saya sbb ritu batuk sampai penat sampai kena bawak pi hospital amik oksigen, huhuhu...

oklah, nk pi godek laptop ku yg bervirus hebat tu. antivirus pun xleh nk lawan, cuba spyware pulak.. aduhai..

March 13, 2008

updates

salam semua. selamat sejahtera. wah, lama jugak tak mengadap blog ni, hampir berabuk sakan ye, hehe. sekejap je dah masuk bulan mac, bulan rabiulawal.

hari ni hari ketiga aku bertugas sebagai penyelidik madya (lebih kurang mcm professor madya tak, hahahaha) di amrec kulim. ya ya, alhamdu lillah, akhirnya dah dapat pekerjaan, hehe.. buat masa sekarang memang berulang dari rumah, lebh kurang 45 minit. ada jugak plan nk sewa rumah kat sini tp mama kata elok berulang saja, lgpun kat rumah ada bibik tlg masak dan basuh baju, wahahaha.. keje ok saja, mcm wat reserach masa masters dulu jugak. cumanya nak kena stadi byk mende memandangkan projek ni mmg topiknye takdak kaitan ngn chemical engineering langsung, hehehe.. tp ok je, apa lah salahnye bljr mende baru kan. tp tu la, bila dah keje ni terikat la skit, xleh dah nak wat aktiviti ronda² huhu.. busan busan..

pc ni tmpg kat bilik komputer kat amrec ni. ada 2 pc je pun utk kegunaan penyelidik madya kat floor 3 ni. ok la tu. x leh nk bawak notebook lg sbbnya agak berbahaya, hehehe.. kena cari notebook lock dulu..

mggu lepas aku bertugas jadi kerani semak daftar pemilih kat sk jln pegoh ipoh, parlimen ipoh timor, dun pasir pinji, mmg totally kawasan pembangkang, huhu. tak meriah sgt suasana kat situ, lengai je, huhu. fong po kuan, ahli parlimen batu gajah pun dtg mengundi kat situ. ada selebriti sorang, tuah zulqarnain, pun datang mengundi kat situ, hensem, hehe.. cerita pasal piliharaya ni, mmg seme org pun mgkn masih dlm kebluran menghadapi keputusan pilihanraya umum 12 ni. huhu.. siapa sangka nurul izzah pun menang. hehe. tahniah izzah~!! lamanye xdpt contact, sapot dari jauh je la ye.. sori.. dan kedah, kini mendapat pemerintah yang baru. yey. aku ok je. x kisah siapa pun yang memerintah, asalkan menepati cara dan menghormati semua pihak dan jugak adil dan saksama.. dan yang penting, menjalankan tanggungjawab utk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. kan? kan? kan?

oklah, tu ja yg sempat dikarang pagi ni. pagi esok sambung lg insyaAllah. buk mende nk tulis tp keje kan, kena la wat keje dulu, hehe.. cewah, mencari rezki yg halal, jadi kena la wat cara halal kan, insyaAllah, hehe..

ok bye seme~!!