salam semua. selamat sejahtera. wah, lama jugak tak mengadap blog ni, hampir berabuk sakan ye, hehe. sekejap je dah masuk bulan mac, bulan rabiulawal.
hari ni hari ketiga aku bertugas sebagai penyelidik madya (lebih kurang mcm professor madya tak, hahahaha) di amrec kulim. ya ya, alhamdu lillah, akhirnya dah dapat pekerjaan, hehe.. buat masa sekarang memang berulang dari rumah, lebh kurang 45 minit. ada jugak plan nk sewa rumah kat sini tp mama kata elok berulang saja, lgpun kat rumah ada bibik tlg masak dan basuh baju, wahahaha.. keje ok saja, mcm wat reserach masa masters dulu jugak. cumanya nak kena stadi byk mende memandangkan projek ni mmg topiknye takdak kaitan ngn chemical engineering langsung, hehehe.. tp ok je, apa lah salahnye bljr mende baru kan. tp tu la, bila dah keje ni terikat la skit, xleh dah nak wat aktiviti ronda² huhu.. busan busan..
pc ni tmpg kat bilik komputer kat amrec ni. ada 2 pc je pun utk kegunaan penyelidik madya kat floor 3 ni. ok la tu. x leh nk bawak notebook lg sbbnya agak berbahaya, hehehe.. kena cari notebook lock dulu..
mggu lepas aku bertugas jadi kerani semak daftar pemilih kat sk jln pegoh ipoh, parlimen ipoh timor, dun pasir pinji, mmg totally kawasan pembangkang, huhu. tak meriah sgt suasana kat situ, lengai je, huhu. fong po kuan, ahli parlimen batu gajah pun dtg mengundi kat situ. ada selebriti sorang, tuah zulqarnain, pun datang mengundi kat situ, hensem, hehe.. cerita pasal piliharaya ni, mmg seme org pun mgkn masih dlm kebluran menghadapi keputusan pilihanraya umum 12 ni. huhu.. siapa sangka nurul izzah pun menang. hehe. tahniah izzah~!! lamanye xdpt contact, sapot dari jauh je la ye.. sori.. dan kedah, kini mendapat pemerintah yang baru. yey. aku ok je. x kisah siapa pun yang memerintah, asalkan menepati cara dan menghormati semua pihak dan jugak adil dan saksama.. dan yang penting, menjalankan tanggungjawab utk diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. kan? kan? kan?
oklah, tu ja yg sempat dikarang pagi ni. pagi esok sambung lg insyaAllah. buk mende nk tulis tp keje kan, kena la wat keje dulu, hehe.. cewah, mencari rezki yg halal, jadi kena la wat cara halal kan, insyaAllah, hehe..
ok bye seme~!!
No comments:
Post a Comment