16 september
ada orang kata, rakyat malaysia kurang mengingati peristiwa bersejarah yang berlaku pada hari ini kira kira 40 tahun yang lalu.
ada orang kata, kita tak perlu punya dua hari utk mengingati sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara yang bebas dari penjajah.
tapi yang pasti, hari ini tetap menjadi hari ini, dan esok, hari ini akan menjadi semalam.. sejarah tetap tercipta, yang membezakannya cuma kesannya kepada kita dan masyarakat. adakah kita akan terkesan olehnya...
satu kisah di bulan ramadhan
kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat ibu kepada saya semasa kami sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan anak perempuannya.
"ada sorang laki ni, dia singgah solat asar kat sebuah masjid pada lebih kurang jam 5.30ptg. pd masa tu, takdak jemaah yg solat dah memandangkan waktu asar pun dah lama lepas. dia ni dlm perjalanan la, nk balik kmpg. lepas amik ayaq smayang semua, dia pun masuk ke dalam masjid. kelihatan beberapa org jawatankuasa masjid sedang bermusyawarah di satu sudut di bhgn belakang dewan solat tu. selepas memberi salam, lelaki itu lantas menunaikan solatnya bersendirian di salah satu saf yg disediakan. selesai membaca surah lazim pada rakaat pertama, lelaki itu terus sujud tanpa melakukan perbuatan rukuk sebagaimana sepatutnya. begitu juga pada rakaat kedua, ketiga dan keempat. jawatankuasa masjid yg berada di situ sgt hairan apabila melihat kepada perlakuan lelaki tersebut. maka selepas selesai lelaki itu membaca doa, pak imam masjid mendekati lelaki itu untuk mengungkaikan segala kemusykilan yang membenak di dlm hatinya dan rakan qariah yang lain itu. antara spekulasi yg timbul di minda, adakah lelaki itu daripada mana-mana ajaran sesat yang semakin berleluasa di negara ini, atau adakah dia melakukan sejenis solat baru yang tidak memerlukan perbuatan rukuk itu atau adakah dia sengaja mahu menguji mereka di situ, atau adakah dia semmgnya terlupa akan sepatutnya melakukan perbuatan rukuk tersebut. sungguh menganehkan. lalu bertanyalah pak imam itu:
imam: saudara, kenapa saudara solat dengan tidak melakukan perbuatan rukuk? bukankah itu adalah satu daripada 13 rukun solat?
lelaki: errr.. selalunya mmg sy rukuk dlm solat sy pakcik.. tapi.. tu ha.. (sambil menunding jari ke arah dinding berhampiran safnya) pakcik tgk tu, kan ke dia tulis "DILARANG MEROKOK", sebab tu la... sebab tu sy tak RUKUK~
imam: (aduhai... adakah aku yg jahil, taktahu membaca? isk isk... sekolah mana la mamat ni bljr membaca dan bljr solat?!!!)
lalu terlopong dan terngagalah semua yg ada di situ..."
huhu~
6 comments:
tapi takcuti.tensyen!
haha
adeh, ingat de style baru td
kisah benar ke?
cikfaz: asik nk cuti saja. berenti sekolah, bukak kampeni sendiri, bole la selalu cuti hehehe
jon: huhu
anazam: takle, alkisah je ni, hehe
haha lawak2...
huhuhuhu...suspen betul
Post a Comment