September 10, 2008

tadaaaaa...~ lagi skali, hehehe

hehe. sy wat pertukaran kepada konsep warna. nampaknya pilihan warna sebelum ini adalah terlalu jambu.. haha.. jadi kali ni sy pilih warna yg lebih mild, warna a.l.a.m, :)

so apa pendapat anda sekarang? hehehe...

dah masuk hr rabu pun, hari ketiga dlm minggu kerja ni. dan pada dua hari yg lepas, sy merasa sungguh tidak produktif skali. kemalasan yg melanda sangat melampau. walaupun berjaya sampai ke tempat kerja sebelum jam 8 pagi (perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa kira-kira 45-55 minit, bergantung kepada keadaan trafik, kalau kena folo lori mmg failed abis!) tetapi daya utk membuat kerja langsung x sampai ke pejabat, barangkali tertinggal di mana mana dlm perjalanan ke sana tu. aduhai. bila dilihat balik pada buku log kerja harian, seciput sahaja catatannya. lemah sekali. kemalasan mmg melampau.

dan saya juga tengah pening. rumput yg panjang (sampai dh sama tinggi dengan org) di rumah arwah nenek masih tidak terbela. ayah pulak seperti cuba melakukan semua kerja sendiri sedangkan usia yg agak tua sudah pasti membataskan dia berbuat demikian. kudrat bulan puasa bukan nk sama dengan bulan tak puasa (walaupun mmg x dinafikan, kudrat tu adalah pinjaman dariNya secara total), tp entahlah.. letih dah berfikir pasal isu rumput (dan lalan dan pokok apa lagi tatau) yang semakin memanjang dan menjalar liar. bila mama nk uruskan, pasti dicantas, tp sampai skrg takdak apa pun tindakan yg diambil, masih membiarkan rumput dan lalang menumbuh sesuka hati (entah apa lagi spesis fauna yg terhimpun di sebalik hutan lalang itu. alsa ayah pada awal dulu, biar saja rumput tu panjang, biar selamat sikit rumah, takdak kawaq (maksudnya pencuri atau perompak) yg berani masuk. tapi kalau dah sampai panjang melampau sampai saudara sendiri pun x berani nk menyinggah atau bertandang, apa gunanya menyimpan rumah pusaka begitu. entahlah. susah nk masuk campur hal org tua, nnt terkecil hati, tp kalau x bagi pendapat, nmpk mcm x ambil berat.. aduhai...

(tido je la, esok nk keja, tahla rajin ke malas lagi? huhu~)

2 comments:

rauhunt said...

wah ..rajin nya tukar background ..btw yg ni lebih lawa

Fazira Albaijure said...

rauhunt: hehe. mencari yg serasi, yg ni nmpknya paling ok, tgk brp lama bole thn, hehehe. tQ~