alahai.... tak abeh lg masalah telinga. kalau ingt, dulu pun penah jadi dh masalah telinga ni hehe..
alkisah bermula pada hari jumaat minggu lepas. telinga mula merasa tidak selesa. sakit di dalam. tapi dipendamkan saja. bila tiba hari isnin, selepas sahur, sakitnya mcm semakin melarat. sakitnya.. jadi sy berkeputusan berjumpa dengan Doktor. sah, ada penyakit! ada tinja telinga yang mengeras pada gegendang kanan! haha. Doktor kata sebab sy rajin sgt korek telinga. isk isk.. kenapala sy ada masalah rajin wat keja mcm ni, kenapala x rajin wat keja lain, huhu...
Doktor 'repair' telinga dan bagi 2 ubat thn sakit, 1 ubat titik dan 1 antibiotik.
hari rabu. telinga sakit lagi, kali ni mmg x thn. sy amik painkiller 2 bijik mlm tu, baru bole tido. (ada ceramah bebaru ni, doktor tu ckp kalau pengambilan painkiller yg terlalu kerap dan byk, boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang, jadi berhati hati. painkiller x memulihkan penyakit, cuma surpress kadar kesakitan tetapi penyakit tu masih wujud) antibiotik pun mkn.
esoknya alhamdu lillah, lega sikit. tak terasa dah kesakitan. cuma maintain titik ubat telinga dan mkn antibiotik (doktor suruh abiskan tapi malas, aduhai)
isnin bebaru ni pulak telinga kanan ni tetiba mcm tersumbat. mcm ada air yg bertakung, tp bila disentuh dengan jari, kering saja. harus kat bhgn dlm ni wat hal lagi. sy korek lagi (huhu). ada darah. aduhai. tp at least pendengaran pulih semula. tak lama lepas tu, tersumbat lg. bila korek, pulih semula. dan keadaan berlarutan sehingga mlm smlm, semakin kronik. semakin kerap tersumbat, semakin kerap dikorek dan semakin cepat tersumbat semula. saya titik lg ubat telinga dan amkn antibiotik.
dan hari ini, tersumbat terus. mungkin dh bengkak sbb byk kali sgt dikorek! tak dpt dibetulkan sendiri, mmg perlu jmpa semula doktor yg garang tu, huhu.
dan sesungguhnya bila sama' itu ditarik balik, barulah sy terasa tersangat bersyukur kerana selama ini diberi pinjaman pendengaran yang sangat sangat berharga itu. alhamdu lillah.
** lima hari lagi sebelum ramadhan pergi meninggalkan kita...
4 comments:
saya beberapa tahun sekali kena pegi sedut.huhuhu.memang dh keturunan... x leh nk wat apa.
Kenapa tak pegi jumpa doc immediately bile dah tau berdarah??? ish ish ish ... can you just don't compromise things like this? Degils la kak sarah ni... macam opah saya!
aso: aduhai, jenuh jugak na.. pasrah sungguh..
ana: ya ya, dulu mmg org panggil sy opahsarah hehe
*alhamdu lillah, hr ni dh pulih 50% :)
ari2 prnh kena mcm ada semut masuk dlm tinge tp bila g ER xde lak...MA tembak air pki picagari smpi pening ...dia pesan jgn kerap sgt korek tinge which I love to do everyday
Post a Comment