November 27, 2008
pemeriksaan kesihatan, dah siap
sampai je kat bilik carb*nate tu dah ramai yg ada katsitu. memula skali dftr amik kad kel*b amr*c. pastu isi borang utk cek bmi, pressure dan glukosa.
---
kaunter 1 & 2 - pendaftaran & pemeriksaan bmi & tekanan darah
misi 1: ok, pandang depan ye dik (sambil mengukur berat badan dan ketinggian sy)
misi: ok, siap
misi 2: duduk ya. dah kawin belum?
sy: belom!
misi 2: semua sy tanya, semua belum kawin, hihihi
sy: (ada masalah ke kalau mcm tu? huhu)
misi 2: ok letak tgn atas meja na.. (sambil memasang alat nk cek pressure secara manual tu)
misi 3: (mengambil kertas dan menghitung bmi)
misi 2: ok dik, 120, 80
sy: heh, tinggi jugak ya
misi 2: eh, normal la ni
sy: em, sy dok cek kat rumah x la sampai 120
misi 3: pakai manual ke digital
sy: digital
misi 3: em yg tu kdg kurang tepat jugak, sbb kdg bateri problem
sy: (heh, ya ka? huhu, rsnya mmg selalunya ok ja.. hmm.. tp ok la tu, dh dia kata normal kan~)
misi 3: tp bmi ada masalah skit ni, lebih. kurangkan skit nnt ok
sy: :)
kaunter 3 - pemeriksaan glukosa
sy: (duduk dan misi 4 cucuk jari sy utk amik darah dan cek glukosa_
misi 4: ok (sambil menulis 5.6)
sy: (alhamdu lillah~) (dan berjalan ke tmpt duduk sebelah utk rekodkan dlm buku)
pegawai 1: erm, mula mula lagi dh ada masalah. masalah apa ya?
sy: heh, bmi :)
pegawai 1: hm. awak skrg ni dh layak dipanggil 'gemok'!
sy: ermm.. dr dulu lagi pun dh gemok, bukan skrg je (heh!)
pegawai 1: you kurangkan carb, lebihkan protein dan sayur. dan lebih excercise skit ok?
sy: ok :) (heh!)
---
dan lepas tu sy mkn bihun goreng dan teh tarik! sedap~ hehehe.
lepas mkn, sy jln² tgk di sekitar kwsn. tiba tiba md yus bg kamera dan suh sy shoot apa yg patut, hehe. shott je la mana yg boleh. bunyi shutter sungguh la tak sedap huhu.. anyway, timakseh bg kepercayaan kpd sy utk menembak aktiviti tersebut. tercapai jugak hasrat. tp x dpt nk la upload gmbr kat sini since semua tu dlm kamera amr*c, hehe..
dan pastu sy ke kaunter yang berikutnya:
kaunter mata
sy: nk cek mata boleh ye
tukang cek: bole, duduk, duduk
(sambil mengecek mata, guna alat yg auto tu je, nmpk gmbr rumah di hujung padang, huhu)
tukang cek: ok cik, ada masalah sakit kepala?
sy: takda
tukang cek: silau malam?
sy: ada
tukang cek: ok cik tgk ye, yg sebelah kanan ada rabun sikit, 25, silau 50. kiri rabun 50, silau 75
sy: hm, silau mlm tu kdg ok, kdg silau jugak
tukang cek: kalau tgk sini kanan lg teruk dr kiri
sy: heh, dr dulu pun mcm tu, huhu
tukang cek: kalau ada simptom mcm sy sebut td elok buat cermin mata la
sy: tp x buat pun x pe kan? :)
tukang cek: takpa..
sy: heh. ok tima kaseh~
sekian laporan kesihatan sy, hehe. alhamdu lillah. terima kasih Tuhan atas nikmat dan kurniaan kesihatan yang telah Engkau berikan ini~
pemeriksaan kesihatan, tidak sihat
hari ini ada pemeriksaan kesihatan di amr*c. semua staf yg berminat bole pegi cek tekanan darah, kadar glukos, bmi, mata dan jugak pap-smear. supposed ada pemeriksaan kolestrol juga tp dibatalkan pada saat akhir. hmm.. takdak rezki. derma darah pun ada. tp sy x bercadang utk menderma. heh. mcm nk shoot, tp mcm x kena pulak sbb dibuat masa waktu kerja. (walaupun sbnrnya xde mende pun, sy blogging ni pun time kerja jugak huhuhu)
jd rsnya pemeriksaan kesihatan ni takde la menyeluruh sgt kan. tp ok la.. at least company ada inisiatif utk menganjurkan aktiviti yang baik semacam ini. timakaseh!
dan yg pasti, ada makan-makan percuma, yey~!! hehehe.
*kalau ada update gmbr nnt sy upload di sini jugak ok! kalau ada la.
...
guru sy tidak berapa sihat. ptg smlm dia balik dari kl selepas menangguhkan semua majlis di selatan. kelihatannya agak keletihan. tp masih boleh bersembang-sembang alhamdu lillah. didoakan kesihatan dan kesejahteraan untuknya. mudah mudahan, amin.
November 26, 2008
beralih arah (seketika. heh!)
skrg ni sy dlm mood membuat persediaan ke conference di dan*u g*lf resort mggu depan, hehe.
slide dh hmpir siap alhamdu lillah. pagi ni berjaya mengeshoot gmbr semua material dan equipment yg sy telah gunakan utk sepanjang tempoh menyiapkan paper yg pertama utk dipresent ni. text, belum lagi, tp rsnya mcm nk baca je apa yg sy tulis dlm full paper yg dh diapproved oleh supervisor hehehe.
projek apa? hehe. dah penah cerita kot dulu, tp xpa, meh sy refreshkan. hangpa tau x turbine? hehe. selalunyapada jet atau mesin yg besar, ada turbine dan turbine itu ada blade. spt yg diketahui, efficiency turbine akan meningkat kalau ianya dpt berfungsi pada suhu yg lebih tinggi. lebih tinggi suhu, lebih tinggi putaran blade, maka lebih tinggi efficiencynya utk bekerja. ok? at the moment, material yg paling best utk turbine blade ialah inc*nel. mahal neh. hardness tinggi. kiranya alloy yg best la haha. dan skrg intention sy ialah untuk membuat coating kepada blade ini utk meningkatkan lagi hardness dan durability blasde tersebut (sgt material sungguh bunyinya, which is very very deviating from what i was doing in my masters last time, dem! haha. tp sy suka~)
dan minggu depan, pasal menda ni la yg sy nk present. hmm..
...
pagi td baru berkesempatan sembang dgn encik m*zlan. pasal 'kegagalan' saya menempatkan diri sebagai staf permanent di sini, hehe.
apa pun encik m*zlan, terima kasih byk byk atas tips dan sokongan yang diberikan. minta maaf sekiranya kegagalan sy telah mengecewakan semua, huhu. apa yang pasti, bukan rezki sy utk post itu, mgkn belum masanya, atau mgkn juga mmg bukan di sini. Tuhan mengaturnya pasti adalah yg terbaik utk semua.
devastated? tidak jugak. sbb sy yakin, pasti ada yang lebih baik utk sy selepas ini insyaAllah.
semoga semua apa yang berlaku akan lebih mendekatkan sy kepadaNya dan membuatkan sy lebih bersyukur atas nikmat kurniaanNya. kan? kan? kan?
...
juga dah dlm mood utk ke k w d anjuran k b s di u s m penang jumaat ni. x sabar nk lepak ngn kak adik dan anak anak di b-s*ite hehehe.
cheers~
**nanti kalau rajin, sy akan upload gmbr equipment projek sy, hahahaha!!!
November 25, 2008
blog facelift
timakaseh kepada:
http://thecutestblogontheblock.com utk background
dan juga kepada:
http://www.freewebpageheaders.com utk header
...
bosan. kerja byk sbnrnya. tp idea belum dtg. Tuhan tolong aku.
...
mama dan ayah apa kabar ya di sana. mama kata dia selsema. ayah pula sakit lutut. semoga keduanya dipermudahkan segala urusan di sana.
...
lebih kurang seminggu lagi, ada conference di bangi. heh. bole ke aku ni?
...
sudah lebih seminggu tak jumpa. entah apalah khabarnya. bila ditext, katanya 'kabau baik'. heh, dah pilih nak jadi org melaka ke? adeh.
...
adeh.
...
aku: Ayu, jgn lupa mlm ni tgk tv1, Gelora di Hati Sara, 10.30. tgk sama x dgn gelora di hati aku, hahaha. Sengal je.
ayu: haha.. insyaAllah.
*yok nonton rosyam nor ku~ hehehe
November 23, 2008
jam 3 pagi smlm aku sampai di kulim, laju jugak bas pl*sliner tu, dari kl kul 11~ heh! November 21, 2008
Tuhan, tolong lah~

tgh tunggu adik aku, boy. nak mntk tlg dia hntr ke rumah kak adek di danau kota. hmm. x dpt mengadap bos mlm ni, dia ada meeting. entah ada rezki aku atau tidak esok..hari ni, amik 2 exam. lulus. heh. tp entahlah. rs mcm ada yg x kena. Tuhan, tunjukkanlah aku ke jalan yg lurus, yang telah Engkau tunjukkan kepada org yang Engkau kurniakan nikmat sedang mereka itu bukanlah org yang zalim dan bukan org yang Engkau murkai..
---
semalam, jam 11.30
saya: Alhmdu lillah, akhirnya selamat sampai ke destinasi mlm ini. dah tido ke? selamat mlm~ :) terima kaseh
dia: Alhmdulillah.. Skrg tgh training utk wajadri, mata pn dh x larat nk buka..Huhu.. K ye, slmt jln2 cari mkn :)
heh, nmpk sgt ke aku ni mmg suka jalan jalan cari mkn? dem! huhu
November 18, 2008
minum petang
November 16, 2008
hati di dalam, siapa yang tahu
walau madah cantik disusun,
hati di dalam, siapa yang tahu~

November 14, 2008
Tanpa
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Sixth S*nse
November 11, 2008
ziarah

pagi khamis jam 9.30, aku bersama kak adik dan anaknya sarimah ke tanah perkuburan au2. hampir sejam kami di sana, di makam almarhum ustaz hanafi. pertama kali aku di situ. syahdu sedikit terasa. hanya ucapan terima kasih tidak terhingga untuk pengorbanan besar yang telah almarhum lakukan untuk kita semua.

dan pagi jumaat, aku bersama makteh dan umi, juga ke tanah perkuburan au2, ke kubur arwah pakteh. kali kedua aku ke situ. hampir 8 tahun dia pergi. rindu sedikit terasa.
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’
Riwayat al-Tirmizi
Insan sehebat almarhum pasti lancar untuk menjawab soalan begini. pakteh juga barangkali, dia manusia baik, dan jujur sekali. tapi kita? entahlah. entah apa jawapan kita. entah bagaimana kita menjawab. entah bisa atau tidak lidah itu berbicara. entah bisa atau tidak tubuh kita menjadi saksi segala amalan dan perbuatan. entahlah.
semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmatNya~
November 3, 2008
kisah itu dan ini
lepas pegi kenduri rok di yan sabtu lepas, aku bercadang utk terus ke rumah chik. dia buat majlis baca yasin utk intan yg nk amik spm minggu depan, dan makan makan jugak, of kos, hehe. sampai di seri tanjung, adik pulak telipon. dia kata midah (maid yg jaga maktok aku di rumah skrg ni) dpt kbr dr sepupunya (yg tggl di atas bukit dkt dkt ngn rumah kami tu) yang ayahnya baru meninggal! (sesungguhnya perkara yang paling hampir dengan seseorang itu ialah MATI. saat tiba detiknya, tiada apa lagi yang boleh menghalang, ia pasti berlaku)
apa nak buat? aku balik ke rumah. tah betul atau tidak, kadang kadang perkabaran dari seberang ni bukan nya boleh dipercayai sgt. heh. jadi kami menelefon saudara midah. bulik susi yang menjawab. dan sah, ayahnya telah meninggal kira-kira jam 3.30 waktu indonesia, katanya sesak nafas (ini cuma asbab kepada kejadian mati itu, dan ketahuilah sebenarnya ianya adalah kerana ajalnya sudah sampai..)
nak balik? tak boleh la nak bagi. kalau dia balik harus la nnt dia takkan balik semula ke sini sebab ibunya jugak kurang sihat dan tambah pulak sekarang tggl keseorangan, kakak dan abangnya tinggal di daerah lain, pasti dia akan memilih untuk tinggal terus di sana. dan lagi pulak, tiada bot yang available ketika itu, kalau ditunggu sehingga pagi esok pun, pasti x sempat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.
apa dia buat? menangis seharusnya. apa boleh buat, tiada rezki utk berjumpa ayahnya. doa saja yg dapat dikirimkan, semoga ayahnya ditempatkan bersama org yang soleh dan semoga suatu masa nnt dapat dia bertemu semula dengan ayahnya itu.
kisah rumah besar dan seisi keluarga bahagia
di kesempatan berkenduri di yan itu, aku bersembang dengan ibu pengantin, yang sebetulnya ada sedikit bertalian saudara, melalui perkahwinan. asalnya di kampung yang sama juga kami ni, sungai layar.
nasihatnya, yang tidak pernah aku dapat dari orang lain,"ni makcik nk bgtau ni, pi la mekah masa tgh muda lagi ni. toksah beli rumah toksah beli apa lagi, pi mekah dulu, nnt Tuhan bukak jalan lagi mudah untuk kita. kadang kadang org takmau, dok fikir nk beli rumah dulu, tak fikir nk pi mekah. tp elok la p mekah dulu na."
kagum kami berdua.
dan rumahnya yang tersergam indah itu, dan keluarga bahagia miliknya itu, pastinya itu adalah suatu rahmat kurniaan dariNya yang dia peroleh di atas keyakinannya terhadap kuasa dan rahmatNya. subhanallah.
kisah kain putih di ppkok cempedak
aku ke majlis ijazah di penang mlm smlm. s*lhi yang memandu, cn pun turut serta, kami berlima naik satu kereta. lamanya tak menyertai majlis. sudah agak berkarat juga. pada mulanya aku agak kecewa sebab berada di 'luar' majlis. interior design rumah persatuan tidak sesuai utk memungkinkan kesemua hadirin duduk di situ, jadi kami duduk di kerusi di halaman saja.
selesai mkn, alhamdu lillah, dpt jugak berserta di dlm majlis ilmu itu. proses mengecaj bateri yg dah agak berkarat berlangsung, mudahmudahan aku telah beroleh sesuatu drpd proses penceritaan smlm, huhu.
dan pulang dari penang, sampai ja di mini tar mukim 8, tiba di sebuah pokok cempedak, terkejut aku! ada kain putih bergantungan di dahan paling rendah! heh! ada yang menggantungkan telekung di situ. entah apa tujuannya. barangkali mengelakkan dari orang mencuri buah di pokoknya itu. huhu. ataupun, mungkin yg kulihat itu bukan sekadar kain? heh! cn agak nebes bila aku berkata begitu, dan s*lhi sekadar tersenyum :)
kisah temuduga dan peperiksaan
dan esok, aku akan ke kuala lumpur, temuduga di shah alam bermula jam 9.30 pagi hari rabu. doakan semoga aku berjaya insyaAllah. andai ada rezki untukku di sini, semoga Tuhan sentiasa memelihara dan memberikan petunjuk untuk aku mengharungi segala dugaan yang telah disediakanna di jalan ini. jika tidak, semoga aku akan terus berusaha dan semoga dengan usaha itu aku akan memperloeh sesuatu.
'bukan senang nk hidup berjaya, bukan senang nk dpt kejayaan dlm hidup' (YMGU)
dan peperiksaan itu? makteh yang suruh aku amik. hr jumaat, 2 paper. utk apa? aku akan jadi ajen insurans selepas ini! (kalau lulus periksa) kalau ada yg berminat bolehlah bertanya. aku tak suka memaksa, sebab aku pun tak suka dipaksa membeli insurans!
November 1, 2008
sejenak bersama cik jannah (dan cik ayu)
mkn nasik ayam kat situ, sedap. pastu kekenyangan dan kemengantukan le. hehe. ayu dh teringin sgt, 2 kali dtg x dpt mkn. akhirnya alhamdu lillah, ada rezki kami :)


ok tu je setakat ini. hr ni ada kenduri cik rok di yan. mama dan ayah akan ke ladang kurma! selamat berhujung minggu~!!
