pagi khamis jam 9.30, aku bersama kak adik dan anaknya sarimah ke tanah perkuburan au2. hampir sejam kami di sana, di makam almarhum ustaz hanafi. pertama kali aku di situ. syahdu sedikit terasa. hanya ucapan terima kasih tidak terhingga untuk pengorbanan besar yang telah almarhum lakukan untuk kita semua.
dan pagi jumaat, aku bersama makteh dan umi, juga ke tanah perkuburan au2, ke kubur arwah pakteh. kali kedua aku ke situ. hampir 8 tahun dia pergi. rindu sedikit terasa.
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’
Riwayat al-Tirmizi
Insan sehebat almarhum pasti lancar untuk menjawab soalan begini. pakteh juga barangkali, dia manusia baik, dan jujur sekali. tapi kita? entahlah. entah apa jawapan kita. entah bagaimana kita menjawab. entah bisa atau tidak lidah itu berbicara. entah bisa atau tidak tubuh kita menjadi saksi segala amalan dan perbuatan. entahlah.
semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmatNya~
2 comments:
semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Nak sangat rasanya pergi ke makam Almarhum Ustaz, tapi tak kesampaian lagi hajat. Tengok video (yang lagu latar nyanyian Ramli Sarip) tu sangat2 syahdu masa scene kat makam ni.
ya ya. masa ditayangkan di mjls mkn malam penutup perayaan 40thn di ipoh. sgt syahdu. ~
Post a Comment