December 21, 2008

hari ini hari ahad

hari ini hari ahad. dan saya bekerja lagi pada hari ini! sebagai menggantikan cuti yg sy amik pada hr isnin lepas utk menjemput mama dan ayah di klia. mujur jugak mesin punch kad di sini tidak berfungsi, bole la bercuti dan menggantikan bila berkelapangan. bos pun x kisah. huhu. tp bila dh ok thn dpn, x dpt la nk wat mcm ni lagi~ hmmm... (pelik jugak kan, kerja dengan syarikat penyelidikan dan yg mengeluarkan standard utk pelbagai barangan, tp di syarikat sendiri, mesin punch kad pun rosak, hehehe.. sori, bukan bermaksud utk memperlekeh, cuma hairan, kenapa pihak yg bertanggungjawab tidak menyegerakan tugas yang sepatutnya dijalankan. atau mgkn bajet utk tahun ni tak cukup.. entahlah..)

semalam hari sabtu. saya ke kuala kubu baru, temankan puan zanariah amik anak dia di ikbn. kul 7.30 pagi dah keluar rumah. berbekalkan nasik lemak yg puan zanariah buat mlm sebelum tu, sorang sebungkus, bersama telur mata kerbau, kami singgah makan di ulu bernam. puan zanariah beli mi goreng jugak (sbnrnya dia teringatkan koeyteow goreng yg kelihatan sgt sgt menarik pada kunjungan kami bbrp minggu lepas, tp pg itu, hanya mi saja yg kelihatan lebih sesuai dibeli, koeyteow hanya tinggal saki baki, huhu.. kesian, mgkn dia kempunan jugak la..), dan saya, beli 2 bijik begedil! huhu. mkn sakan. mengantuk? harus la kan.. on the way balik sy terlelap seketika semasa memandu, mujur cik x perasan itu huhu. terus tukar pilot. dan saya, tidor dengan nyenyaknya di seat belakang! lebih kurang stengah jam je, lepas berenti sekejap di ipoh, sy amik alih semula tuga menyupir. kengkawan nye pasal, i x kisah je. balik tu kami mkn di pauh indah, sedap gak le. lenkali bleh pi lagi insyaAllah.

kemarin (org kmpg sy kata kemarin dulu, kalau kemarin tu, sama dengan semalam), hari jumaat, saya bertugas setengah hari. lepas tulis entry yg sebelum ni, sy wat kije sikit dan bila waktu rehat masuk, sy trus chow. bosan. jiwa kacau. mujur Tuhan bagi saya peluang lagi utk membetulkan keadaan. terima kasih.

dan kembali kepada hari ini, sy ada kerja yang perlu disiapkan. imaging di bilik sem. bosan lagi. dan jiwa masih kacau...

2 comments:

kingbinjai said...

selamat tahun baru semoga 1430 lebih beerti

Fazira Albaijure said...

thanks king. semoga 1430 juga lebih bererti buat king dan keluarga..