hari isnin, xde citer pape pun hehe.
hari selasa, aku mula kena serangan yang mencengkam dan membelit ususku, huhu. keracunan makanan agaknya. kepala pun sakit jugak. seram sejuk ja, sampai kena pakai jaket sepanjang hari di pejabat. entah di mana silap makan pun tatau. membawa ke hari rabu dan khamis. tp takpe je, org kata, sakit itu menggugurkan dosa-dosa kecil, mudah2an, insyaAllah. terima kasih Tuhan...
hari rabu, ada latihan evacuation jika berlaku kebakaran di tempat kerja. saja testing timing. rekod kali ni ialah 5 minit (sbnrnya sgt lmbt, kalau betul kebakaran berlaku, mgkn 40-50% staf dh hangus!) but still, it was better than the previous one, which was 7 minutes! dan sbnrnya, timing yg baik ialah less than 3 minutes. thn dpn coba lagi! hehe. dan lepas dh kumpul semua, ada 2 org bomba ni mai wat demo memadamkan api kebakaran. 4 org volunteer diperlukan, dan akhirnya aku menjadi salah org volunteer yg sbnrnya agak dipaksa dan merelakan je, hehehe (dipaksa sbb mcm x da org je yg nk volunteer, maka aku terpaksa memvolunteerkan diriku itu) alhamdu lillah, berjaya jugak aku padamkan api hehehe. PASS - Pull (the pin), Aim (at the source of fire), Squeeze, dan Sweep (in S or Z shape). berpeluh aku hari tu! huhu.. (gmbr pada madyus, xtau bila dia nk emel! isk isk)
hari khamis, aku bljr menganyam ketupat jawi dari cik nariah, dan ketupat sate dari maktam :) setelah bertungkus lumus, dari hari cerah sampai lah ke gelap, akhirnya berjaya juga, alhamdu lillah, hehe.. (gmbr x amik! kamera henpon ni x best la, lgpun payah nk trasnfer ke pc, adeh!) dan pagi td wid kata nk ajar aku wat ketupat bawang, hehe, tp in return, aku kena ajar wat ketupat
hari jumaat, entahlah lagi. semoga hari ini menjadi lebih baik dari hari-hari semalam, amin.
*dan untuk kekaseh gelapku. time kaseh. :) mintak maaf byk2 smlm, sy ni kan pemalu, hehehehe...
7 comments:
"*dan untuk kekaseh gelapku. time kaseh. :) mintak maaf byk2 smlm, sy ni kan pemalu, hehehehe..." <-- wah wah.. perkembangan yg sihat, alhamdu lillah ;)
u pakai tepon jenis pe yg susah sgt nk pindah ke pc. kalau nokia senang je.
congrats atas kejayaan menimba ilmu baru...dulu2 kalo time fire drill x prnhnya turun(dikira terkorban),awal2 mbr ko-k bomba dah info
cik aso: :)
zairo: SE, sj malas, sbb bervirus! hehe
jon: tQ~ :)
Virus ek. Itu pasal la saya pakai Linux. Dalam Linux, virus susah nak masuk ma sbb ada file permission dan file owner yang menafikan autoexecute mana2 file.
Kalau pon fail virus telah dimuatturun jugak, ia akan kekal dormant dalam hard disk dan tak buat kacau kepada fail2 lain. Boleh delete terus kalau jupe. Tak perlu anti-virus ma :)
hehe. penah nk try pakai linux, tp ina x bg pun cd :P
kekasih gelap..uwaa..
sungguh menimbulkan tanda tanya :P
dah pandai wat ketupat jawi?sy belajar dari manager (lelaki) tapi sampai ke akhir tak pandai2...ngehehe.
so, ketupat pulut jer la saya nih...
Post a Comment