hujung minggu lepas sy diajak kakG balik ke kampungnya di pahang. sukanya saya~ perkara pertama yang terlintas... alhamdu lillah, dapat la mkn ikan patin goreng!! dah lama x makan.. huhu.. (gmbr ikan patin x smpt amik sbb sy lapar sgt ms tu dan terus mkn! :P) pada awalnya ada sedikit halangan utk sy join, tp akhirnya alhamdu lillah, Tuhan dah atur semuanya elok (mudah2an begitulah ye), dan dpt jugak sy menjejakkan kaki ke sana, hehe... perjalanan dari kedah ke perak, saya keseorangan memandu. tp dari perak ke pahang, mmg meriah, kami bertujuh slmt tiba di sana pukul 11 malam..
sbnrnya langk*h ikht*ar enterprise ada mengorganize kursus kepimpinan utk pelajar s k tempoya*g, ku*la lipis. ada lebih kurang 60 budak drjh 4-5 yg join. kursus ok alhamdu lillah. mesti bebudak tu seronok sbb dpt mengaruk alor dan tinggal di homestay yang sgt selesa, penuh dengan keindahan suasana kampung :) dan tmpt tu ialah di kg kubu parit d*lam, kg b*du, benta, kuala l*pis.
kampung abgroslizan tu ada byk sejarahnya. kalau nk dikisahkan mmg x abeh ni dlm satu entry. hehe. tapi yang pastinya, kampung itu terlalu sinonim dengan sejarah mat kilau. sbb tu nama kg pun kg kubu p*rit dal*m. mmg ada kubu mat kilau di situ. kg tu katanya terletak di antara dua lembah. tmpt yg sgt strategik sebagai kubu. tp tinggal sejarah saja la. dan seperkara lagi ialah sebuah perigi di belakang rumah mak abgroslizan tu. perigi mat kilau namanya. menurut kisahnya, ada seekor kura-kura putih yang kecil, seekor ikan toman, dan seekor ular kecil, yang saiznya mmg maintain sebesar itu je sejak dulu sampai sekarang, yg tinggal di dlm tu. hanya sekali-sekali saja binatang2 tu akan menjelmakan diri ke permukaan. ramai yg telah dpt melihat, tp lebih ramai yang tak dpt.. dan saya, pada hari ketiga, sebelum bergerak balik ke perak, sy mencuba untuk menunggu di situ, untuk melihat sendiri kura2 putih yang kecil itu. dan akhirnya... dpt juga sy menyaksikan sendiri kemunculannya di dasar perigi tu.. :)
it was my getaway actually, a very good one. a chance to clear up my mind. to have a long thought. di atas apa yg berlaku selama bbrp minggu sebelum ni. (dan juga sbnrnya melarikan diri dari sesuatu yang sy x berapa minat. maaf, sy x sengaja, tp sy terpaksa, dan bila ada peluang sebegini, sy pastinya tidak melepaskannya utk membebaskan diri saya. mgkn ini juga satu petunjuk supaya saya tidak terlibat lagi dalam perkara itu!). apa yang sy cari? pastinya diri saya sendiri.. dan sy sgt bersyukur. alhamdu lillah. syukur pada Tuhan di atas segala yang telah Dia tetapkan utk saya. terima kasih Tuhan. tapi nasib kita pasti tidak akan berubah kalau bukan kita sendiri yang mengubahnya kan ;)
cheers~
*hari ni saya keja (smlm cuti sbb besday sultan kedah jatuh pd hr ahad, jadi cutinya dibawa ke hari isnin) dan saya hari ini sbnrnya sedikit keliru. jawapan yang saya cari (dan rasanya dah jmpa) di pahang tu, perlukah sy sampaikan pada kekaseh gelap sy. saya keliru, atas sebab apakah dia bertanyakan soalan sebegitu. mungkin bukan saya yang mencari dia, mungkin dia yang mencari dirinya sendiri.. mungkin..
(gmbr xleh upload lagi, ph*tobucket yang buduh tu tgh sengal! lenkali saja ok..)
5 comments:
http://baterikong.blogspot.com/2009/01/kem-kepimpinan-sk-tempoyang-sinar.html
liputan dr Sinar Harian
org yg hati bersih je agaknyer yg boleh nampak kura2 putih tu.. ;)
jon: tQ :)
kecik: isk isk.. kalau lah.. isk isk..
wah..kak sara dpt tgk kura2 putih tu!:D
aritu diyana p, kura2 tu xnaek pn...huhu~
kak sara. saya pakai photobucket. aaa sobs T__T
Post a Comment