January 2, 2009

perakam waktu

ya. sistem perakam waktu di tempat keja sudah diaktifkan semula mulai hari ini, huhu. dan hari ini, aku masuk keje kul 7.30pagi! ada nyamuk yang kejutkan aku bgn awal pagi td, huhu.

biarkan aku bermonolog seketika, haha...

waktu ni terlalu sinonim dalam hidup. semuanya yang berlaku pun adalah berkisar pada waktu. Tuhan juga ada berfirman, demi waktu, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

waktu juga dikaitkan dengan usia. tahun ni, jika dipanjangkan usia, akan mencecah 30 le, hehe. tapi aku ok je, tak kisah pun brp umur, hidup tetap diteruskan. Tuhan dah atur yang terbaik untuk kita, yang penting kita berusaha untuk jadi yang terbaik, kan? betul ke x ni? huhu.

waktu, juga dikaitkan dengan penantian. semalam, kekaseh gelap encik saya bertanya, kenapa perlu tunggu masa yang terlalu lama? tidakkah merasakan bahawa penantian itu satu penyeksaan, ataupun tidakkah terasa bahawa mungkin penantian itu akan menjadi sesuatu yang sia-sia? hmm. (encik, betapa beratnya menanggung di dalam dada, betapa saratnya hati dengan rasa.. penat, dan letih. tp saya percaya hati kita semua ni milik Tuhan, Dia yang gerakkan. dah kalau Dia kata kena tunggu, maka saya akan tunggu.)

dan hari ini, pastinya akan menjadi hari kerja yang paling panjang dalam hidup saya. semuanya gara-gara kekaseh gelapku perakam waktu itu! adeh!

3 comments:

Anonymous said...

ooo... si dia itu encik rupanya...
satu2nya in yg aku kenal dgn panggilan 'encik' adalah arwah atok aku dulu... Al-Fatihah...

Fazira Albaijure said...

al Fatihah..

Nurr said...

:) he... sarah dah ada si dia... tumpang gembira. Betul lah tu, berat menanggung rasa.... apapun, SELAMAT TAHUN BARU SARAH!