tiba tiba saya rasa rindu
rindu pada zaman belajar (secara lengai) semasa menyiapkan masters di utp
rindu pada kesibukan yang sebenarnya tak sibuk pun masa tu
rindu pada komitmen yang saya ada dan mampu berikan pada ms itu
rindu pada adik2 yg selalu sy marah di kelas latihan silat
rindu pada mengajar adik2 di kelas latihan
rindu pada memberi penerangan di kelas latihan
rindu pada dimarahi penyelia saya
rindu pada dimarahi oleh yang dipertua
rindu pada dimarahi oleh abg2 dan kakak2 yang selalu memberi sokongan sebenarnya
rindu pada membuat tugasan2 persatuan yang sarat dengan matlamat perjuangan
rindu pada aktiviti2 di hujung minggu bersama sa'udara' seperguruan
rindu pada membuat persiapan setiap kali majlis ijazah
rindu pada semangat mencari kefahaman dan pengertian hidup
saya rindu itu semua
saya rindu...
:'(
** bila mana saya berada di fasa yang kurang selesa seperti sekarang ini, saya selalunya berbicara sendiri di blog. terima kasih kawan2 yang sudi memberi sokongan selama ini. membuatkan saya terus bersemangat utk terus memblog, walaupun kdg kala kemerapuannya agak melampau, hehehe... dan selepas ini, sy pasti merasa lebih selesa insyaAllah, kerana tidak lagi tersimpan di dada. kata seorang kakak kepada saya, "biasa la tu, dugaan pasti dtg. bila dah faham, Tuhan pasti akan uji kita.. masing2 diuji dgn cara yg x sama.. kakak diuji mcm lain, sarah diuji mcm lain.." (fahamkah saya?). terima kasih kakak, atas peringatan yang diberikan.
*sigh* ganbatte cik sarah~!!!
terjumpa gmbr ini di dlm hdd td. sy suka gmbr ni. semuanya tersenyum dan tersengih. menceriakan suasana :)
8 comments:
x lama lg dpt la tu
"rindu pada adik2 yg selalu sy marah di kelas latihan silat" <-- yg ni saya termasuk tak?? ahaks~
jon: xtau la nk dpt apa, huhu...
cik aso: kalau pernah termarah, sori ya. selalu ada gangguan emosi. br nk bljr mengawal. huhu.. sori...
tba2 terigt msa kak sara ajr klas diyana (UTP15) msa asas dlu..
wpun skjap tp msa tu bdk2 klas diyana (trmasuk diyana skali kot) igt kak sara ni garang..huhu~ =)
dyana: mmg garang pun kan!? hehe
sy rindu juge masa2 kak sara kt cni..
kemana2 tmpg kete comel PET 2000 tu..
fana: rindu~ huhu :'(
saya rindu pada PET 2000...huhuhu
Post a Comment