April 3, 2009

benarkah wanita memerlukan lelaki?

ada yang fwd kat mailbox sy pagi tadi... saja nk share.. mmg ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. hehe. tp mungkin x kena semua, tempias2 je kotttt :P enjoice reading~!!

Untuk renungan, buat sahabat-sahabatku. Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki. tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan di hujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan? (heh? ye ke? bole try kottt hahaha)

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. (jgn perasan pulak jika kita dpt lelaki yg baik tu maknanya kita adalah perempuan yg baik. mgkin lelaki yg baik tu dihntr kepada kita krn kita ni jahat. dan lelaki itu adalah org yg dihntr utk memperbaiki kita. bersyukur je la byk2 krn Tuhan masih memberikan ruang utk kita berubah~ sesungguhnya dia maha Pengasih dan Penyayang...)

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kebanyakan dan hampir semua kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian (huhu, kwn2 sy x gatal, sy je yg gatal, hahaha), kini sudah disunting, dan bakal sudah pun menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai dan juga ibu kepada anak2 mereka yang comel (semoga menjadi anak yg soleh dan solehah, amiiinn). Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha (gaha tu apa?) sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai. (weeewiittt... heheheh)

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya. (weeeewiiiiittttttt lagiiii~ heheh)

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik... usaha dan cuba buat yang terbaik. apa yang penting? kejesame!!! peace! hehe...

(saya rindu berfotografi~ tolong......)

8 comments:

Wid Shualdi said...

Saya perlukan lelaki untuk pikul barang2 shopping saya! hihihi....

jon jonson said...

makin dekat nampaknya...wit2

n i n a said...

pinjam slr

chillsberry said...

of us there is weakness, of us thus we compliment each other.

tunggu pos terbaru, Gila-Gila Remaja. Heh..promosi kejap.

cik ayu said...

"apa yg penting? kerjasama!,
apa yg penting? kerjasama!,
wonderpets, wonderpets,
kami datang,
membantu anak haiwan yg kesusahan,
kami tak besar dan kami tak kuat,
bila bekerjasama, semua jadi mudah...yaaaayy wonderpets! yeaah!!"

Fazira Albaijure said...

widyan: huhu. bagus!

jon: entahlah. rsnya mcm semakin jauh. huhu. serah kat Tuhan saja.. ada rezki, insyaAllah..

nina: nk watpa?

chills: :)

ayu: yeahhh!! hehehe...

lady zaini said...

saya bertekad untuk solo seumur hidup..kerja gila-gila sampai mati. dan sayalah orang pertama yg menamatkan zaman solo..among our frenz..
huhu~
jodoh namanya.
Cepat atau lambat, yang penting kita bahagia. kan kan?

Fazira Albaijure said...

ladyzaini: setuju~!!! ;)