Dapat bertemu juga,
satu malam,
sekejap tak mengapa,
bertanya khabar,
berjabat menyampai salam,
itu yang mendalam,
mabuk kasih karam.
Walau hanya sekala,
untuk penziarah merana,
semua itu manis lara,
bertemu jua,
berpisah pula,
dan menangis cinta.
Faisal Tehrani, Iraq
(Mingguan Malaysia 19/4/2009)
---
dah lama ciksarah tak memblog rasanya. hampir seminggu. terlalu byk yg difikirkan dalam kepala ciksarah sampai tak mampu nk disampaikan melalui jari jemari ini (cehwah! hehe)
bertemu. ciksarah menemui sesuatu sepanjang tempoh tidak berblog ini. tetapi penemuan itu terlalu sukar utk diceritakan, melainkan jika kita sendiri yang melaluinya. terlalu peribadi pada ciksarah.
hmmm.. hidup mesti diteruskan kan. apa yg perlu dilihat, apa yang perlu didengar, apa yang perlu difikir, semuanya dah tertulis, semuanya dah dinyatakan. cuma tinggal kita saja yang perlu membuat pilihan. kwn ciksarah kata, ada sesetengah perkara itu kita perlu terima kerana kita tidak lagi dapat utk mengubahnya, dan semoga kita diberi kekuatan utk meredhakannya, dan ada juga sesetengah perkara yang kita bole ubah selagi ada kekuatan dalam diri kita, berubah kepada yang lebih baik. dan semoga kita akan dapat petunjuk untuk membezakan di antara keduanya itu (ni mula nk melalut dah la ni, huhu.. sori...)
dan hari ni, tentunya ciksarah masih rindu...
3 comments:
tau apa ubat rindu? coklat....
takkan rasa nikmat pertemuan andai tiada perpisahan menyakitkan
king: :)
jon: :'(
Post a Comment